Empat (4)

20.3K 417 2
                                    

4 bulan kemudian

Athirah sedang menyiapkan tugasannya di sebuah meja di kafe sebelum diganggu oleh Joe yang baru datang dengan dua gelas air milo

"Hai sayang , ni i ada belikan u air" kata joe

Athirah menjeling joe tanda rimas dengan kehadirannya

"U ni jeling2 buat i geram je" kata joe

Lepas pertemuan mereka 4 bulan yang lepas joe sering mengganggu Athirah dan mengatakan pada semua orang bahawa Athirah adalah kekasihnya

Tapi Athirah tak ambil tahu lagi pada joe sebab dia masak dengan perangai joe

"Boleh tak awak duduk diam2 jangan ganggu saya tak nampak ke saya tengah sibuk ni" kata Athirah

Joe buat tak tahu dan duduk rapat dengan Athirah

"Sayang ni tak nampak ke oramg tengah tengok ni cuba sweet sikit" bisik joe

Athirah buat tak layan dan terus tinggalkan Joe di situ

"Sayang" panggil Joe bila dia nampak Athirah dah jalan

Joe genggam tangan dia tanda dia geram

"Hai baby , busy ke?" Tanya sally pada Lukman yang sedang menulis sesuatu

"Busy , kau nak apa?" Tanya Lukman kasar bila dia rimas sally selalu ganggu dia

Sally memang dari dulu lagi menyimpan perasaan terhadap Lukman namun lelaki itu sentiasa menolaknya dan kata bahawa dia tidak layak untuknya

"Baby you dah makan? Jom i belanja" kata Sally baru duduk di sebelah lukman sambil bermain dengan rambutnya yang baru di warna dengan warna hijau

"You je la pergi makan i dah kenyang , lagipun bila tengok you lagi i rasa tak berselera nak makan" kata Lukman dan mengemas barangnya

"Lukman you ni memang kan kalau tak sakitkan hati i ni you memang rasa tak lengkap agaknya hidup you" kata Sally sebal bila lukman kutuk di macam tu sekali

"Baru tahu ke? Ingatkan selama ni aku tolak kau tak faham bahasa melayu" perli Lukman dan terus blah tinggalkan sally di situ

Sally menghentak kaki nya yang memakai kasut tinggi itu dilantai

"Tak apa i tetap akan dapatkan you juga" kata Sally

Ketika Lukman sedang berjalan dengan cepat tiba2 dia dilanggar oleh seseorang dari depan

"Maaf saya tak sengaja " kata perempuan itu

Lukman mengutip buku2 nya yang terjatuh di lantai

"Tak apa saya pun tak tengok depan tadi" kata Lukman dan menyerahkan buku perempuan itu yang dia kutip

"Maaf ye lagi sekali" kata perempuan itu sambil senyum manis dan pergi dari situ

Lukman tengok lama wajah perempuan itu sehinggakan perempuan itu telah berjalan pergi pun Lukman masih berdiri disitu dan pandang pergerakkan perempuan itu yang memakai jubah berwarna peach dengan selendang pink dan berkasut sport , memang penampilan yang berbeza dari perempuan lain di kolej itu

'Cantik juga dia'

♤Perkahwinan Kontrak♧Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt