Dua Puluh Lima(25)

26.5K 440 30
                                    

Petang itu ketika Lukman dan Athirah sedang bermain kejar2 di halaman rumah mereka , Lukman terdengar suara seseorang memberi salam di hadapan pintu Pagar rumah mereka

"Sayang tu ada orang datang" kata Lukman pada Athirah yang berdiri jauh darinya

"Tak nak , abang tipu " kata Athirah sambil ketawa

"Tak , betul cuba sayang dengar" kata Lukman

"Haah , kejap sayang pergi buka pintu" kata Athirah dan segera berlari ke arah pintu pagar rumah mereka

"Waalaikumsalam" jawab Athirah pada orang yang memberi salam di luar pagar

"Ma..mama" panggil Athirah dengan terketar ketar bila lihat orang memberi salam itu adalah ibu mertuanya

"Lukman ada?" Tanya Mama Lukman dengan suara yang lembut

Athirah hanya menganggukkan kepalanya dan memberi ruang supaya mama lukman masuk ke dalam

"Mama, ada apa datang rumah Luk?" Tanya Lukman dengan suara yang agak kasar

"Mama , mama nak minta maaf pada Luk dan pada isteri Luk . Mama sedar mama salah mama tahu mama tak patut cakap yang bukan2 dekat korang" kata Mama Lukman sambil menangis

"Mama.." panggil Athirah sambil usap belakang badan ibu mertuanya itu

"Mama minta maaf Athirah mama tahu mama tak pernah jadi ibu yang baik untuk Lukman tapi mama buat semua ni sebab mama sayang dia mama nak yang terbaik untuk dia" kata mama Lukman sambil menangis

"Mama kalau nak yang terbaik untuk Luk , sepatutnya mama sokong apa yang Luk nak buat bukan aturkan hidup Luk" kata Lukman

"Mama tahu mama salah , mama minta maaf" kata Mama Lukman sambil menangis dan mencium tangan kiri Athirah

"Dah lah mama , tak payah fikirkan sangat mama tak buat salah yang besar pun dekat kitaorang dan Athirah pun tak simpan dalam hati apa yang mama cakap sebelum ni" kata Athirah dengan lembut

"Tapi Lukman..lukman tak maafkan mama" kata Mama Lukman

"Abang" panggil Athirah

"Luk..luk dah maafkan mama cuma luk harap sangat Luk dapat balik kasih sayang seorang ibu ,Luk nak sangat rasa kasih sayang yang orang lain rasa" kata Lukman dan terduduk di sebelah mama nya sambil peluk mamnya itu

"Ye , mama janji lepas ni mama akan jadi mama yang terbaik untuk Luk" kata Mama lukman

"Luk minta maaf ma , Luk sedar Luk pun banyak sakitkan hati mama" kata Lukman dan mencium tangan ibunya

"Tak , Luk tak ada salah pun mama yang salah " kata Mama Lukman

"Lepas ni , selalu2 lah datang jenguk mama , mama sunyi tanpa anak dan menantu dekat rumah" kata Mama Lukman

" ye kami janji lepas ni , kami selalu balik jenguk mama" kata Athirah

Malam itu mereka makan malam bersama dengan mama Lukman dengan begitu meriah sekali , mendengar mama Lukman bercerita tentang Lukman sewaktu kecil dan macam2 lagi gurauan

Athirah mengucapkan syukur dalam hati kerana tuhan telah melembutkan hati ibu mertuanya itu , walaupun Athirah tidak tahu kenapa tiba2 ibu mertuanya itu menjadi baik namun Athirah akan sentiasa memaafkan ibu mertuanya itu

Ketika mereka sedang berborak di ruang tamu tiba2 tekak Athirah terasa loya namun dia cuba untuk tahan sebab tak nak ganggu mood gembira anak beranak itu

Tapi telah lama cuba ditahan akhirnya rasa macam nak terkeluar juga segera Athirah berlari ke singki dan keluarkan semua makanan dalam perutnya

"Sayang, sayang kenapa ni?" Tanya Lukman dengan cemas bila si Isteri tiba2 muntah

"Luk , mama rasa baik Luk bawa pergi hospital tu tengok sampai dah tak ada apa dah nak keluar tu" kata Mama Lukman

"Baik ma, mama tolong tengokkan Athirah kejap Luk nak naik ambik dompet dengan kunci kereta" kata Lukman dan segera berlari naik ke atas

Mama lukman mengambil alih untuk menepuk perlahan belakang badan menantunya itu

"Mama rasa Athirah dah ada isi ni" kata mama Lukman pada Athirah sambil tersenyum

"Betul ke ma?" Tanya Athirah yang telah lega sedikit

"Ye , dulu waktu mama mengandung Lukman macam ni lah" kata mama Lukman

Athirah tersenyum gembira dan berdoa agar apa yang dikatakan oleh mamanya itu menjadi kenyataan kerana dia juga terlalu menginginkan cahaya mata

"Dah , jom sayang" kata Lukman yang kelam kabut turun dari tangga

"Mama?" Tanya Lukman ketika mereka keluar dari rumah

"Tak apa , mama tunggu dekat rumah aje" kata Mama Lukman sambil senyum

Lukman segera membawa Athirah ke klinik berdekatan dengan rumah mereka

"Doktor macam mana , isteri saya kenapa?" Tanya Lukman selepas melihat doktor dan isterinya keluar dari bilik pemeriksaan

"Tak ada penyakit yang serius pun Encik Lukman, cuma isteri Encik mengalami proses awal kehamilan" kata Doktor tersebut dengan wajah yang ceria

"Batul ke ni doktor?" Tanya Lukman tak percaya dan terus tersenyum bahagia sambil mengucapkan syukur

"Betul Encik , jadi saya nasihatkan agar Puan Athirah tak lakukan kerja2 yang berat dan tidak terlalu stress" nasihat Doktor itu

"Baik doktor terima kasih" kata Lukman dan menggenggam tangan Athirah dengan erat

"Ya allah terima kasih sangat2" ucap Lukman ketika mereka berjalan keluar dari klinik

"Abang ni , kalau ya pun gembira masuk lah dalam kereta dulu tengok semua orang usya abang " kata Athirah sambil melihat sekeliling

"Mana boleh sayang , abang rasa macam nak jerit je bagitahu satu dunia yang abang bakal jadi bapa" kata Lukman dan peluk pinggang Athirah

"Yelah abang, jom kita balik bagitahu mama" kata Athirah

"Tentu mama gembira ni" kata Lukman


Lukman tak lepas memeluk Athirah ketika mereka sedang baring di atas katil

"Abang tak tahu macam mana nak ucapkan terima kasih dekat sayang sebab sudi mengandungkan zuriat abang" kata Lukman sambil cium pipi athirah

"Saya sebenarnya ada benda nak cakap dengan abang" kata Athirah sambil duduk dan pegang tangan Lukman

"Ada apa sayang?" Tanya Lukman

"Sebenarnya selama ni saya tak pernah.." kata Athirah sengaja menggantungkan ayat

"Tak pernah apa sayang? Jangan lah bagi ayat tergantung macam ni abang takut" kata Lukman dengan wajah sedih

"Tak pernah rasa terpaksa , saya rasa bersyukur sebab abang suami yang sangat sweet " kata Athirah dan baring di paha Lukman

"Ish..sengaja kan nak buat abang rasa macam ni?" Kata Lukman dan mencium dahi Athirah

"I Love You Abang" kata Athirah

"I love You too sayang and you too" kata Lukman sambil mengusap perut Athirah yang masih kempis

TAMAT💑

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 28, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

♤Perkahwinan Kontrak♧Where stories live. Discover now