Lapan belas (18)

16.5K 354 3
                                    

Petang ahad itu rumah ibubapa Athirah begitu riuh sekali dengan suara usik mengusik

"Ayah harap Lukman dapat jaga Athirah kat sana" pesan ayah Athirah pada Lukman yang sedang makan dihadapannya ketika mereka makan tengahari bersama

"Tu la , ibu selalu risau Athirah sorang2 dekat sana tu" kata ibu athirah pula bersuara

"Inshaallah ibu ayah , lukman akan jaga Athirah dengan baik" kata Lukman dengan sopan dan mesra tanpa segan silu seperti kali pertama dia jejakkan kakinya di rumah itu tadi pagi

"Alhamdulillah , lega hati ibu ni bila anak dara ibu dah nak kahwin " kata ibu Athirah lagi

"Tapi , kenapa korang nak nikah cepat sangat , kenapa tak nak tunang dulu" kata Ayah Athirah yang pelik

"Sebenarnya ayah , tu sebab susah Lukman nak selalu perhatikan Athirah lagipun tak maniskan selalu keluar berdua tanpa pengawasan orang tua takut ada orang ketiga nanti" terang Lukman dengan lembut

Ayah Athirah bersyukur kerana mendapat bakal menantu yang begitu baik dan sopan

"Alhamdulillah , betul la tu tak elok selalu keluar berdua ni tak manis dipandang" pesan ibu Athirah

'Keluar selalu konon , keluar baru sekali ' cebik Athirah dalam hati setelah membatu di situ

"Hah , kakak kenapa diam je ni ?" Tanya ayah Athirah yang perasan anak daranya itu diam dari tadi

"Eh, tak ada apa la ayah cuma gementar sikit bila dengar pasal kahwin ni" kata Athirah dengan senyum

"La ingatkan sakit ke apa" kata ayah Athirah lagi

"Tak la" jawap Athirah dan sambung makan

"Nanti jangan lupa bawa mak ayah kamu datang sekali Lukman" pesan ayah Athirah ketika mereka sedang memakai kasut untuk pulang ke KL

"Insyaallah ayah , nanti Lukman bawa papa datang sini " kata Lukman

Athirah yang hanya mendengar pelik bila Lukman hanya menyebut nama papanya sahaja

"Hah , elok lah tu perkara elok baik dicepatkan" kata Ibu athirah

"Baik ibu , kami balik dulu ayah ibu " kata Lukman sambil salam tangan ayah Athirah

"Boleh saya tanya sesuatu?" Tanya Athirah ketika mereka berdua di dalam kereta

"Boleh tanya ajelah athirah" kata Lukman yang sibuk memandu

"Kenapa encik sebut papa encik aje tadi" kata Athirah

"Saya tak ada mama" jawab Lukman selamba

"Oh...maaf , saya janji tak tanya lagi" kata Athirah

"Its okay , anyway lusa jangan lupa pakai lawa2 kita pergi rumah papa saya pula minta restu" pesan Lukman yang berubah gembira

"Rumah papa encik?" Tanya Athirah terkejut

"Yelah , tak kan awak tak nak minta restu papa saya and boleh tak jangan panggil saya encik bila kita dekat luar pejabat saya rasa tak selesa" kata Lukman

"Habis saya nak panggil apa?" Tanya Athirah

"Panggillah abang ke , sayang ke , baby ke kalau nak honey pun boleh" usik Lukman sambil ketawa

Athirah membuat muka dan melihat keluar tingkap

"Apa kata saya panggil...Lukluk" cadang Athirah sambil ketawa

"Lukluk?! , macam pelik je" kata Lukman

"Yelah macam sesuai je kalau nak lulu pun boleh" usik Athirah lagi

"Oh..sekarang dah pandai nak menyakat saya" kata Lukman dan pandang wajah Athirah sebentar

"Yelah tak salahkan kacau bakal suami " tanya Athirah dengan nada comel

Lukman ketawa dan diikuti dengan Athirah , sungguh Lukman gembira ketika itu dengan Athirah

♤Perkahwinan Kontrak♧Where stories live. Discover now