Sepuluh (10)

19.1K 370 11
                                    

"Betul ke ni encik ?" Tanya Athirah teruja pada Tuan Hazim

"Ye , awak diterima tapi..." kata Tuan Hazim yang tak tahu macam mana nak jelaskan pada Athirah tentang dia perlu berkerja sebagai P.A CEO Syarikat Manno Holding

"Tapi..apa?" Tanya Athirah tiba2 cuak pula bila Tuan Hazim buat wajah suspen

"Awak tak diterima untuk bekerja di department ni tapi di department bawah bahagian pengurusan Syarikat ni dan awak akan dilantik sebagai P.A" terang Tuan Hazim

Athirah yang terkejut terdiam sekejap tanpa pandang muka Tuan Hazim

"So...macam mana? Setuju tak?" Tanya Tuan Hazim

Athirah pandang Tuan Hazim

"Saya setuju , saya tak kisah apa pun kerjanya saya terima janji kerja saya halal" jawab Athirah dengan senyuman manis

Lega hati Tuan Hazim mendengar jawapan Athirah yang bersetuju nak kerja ni

"Jadi jom , saya bawa awak ke bawah dan kenalkan awak pada Bos awak" kata Tuan Hazim  bangun bersama Athirah untuk turun ke tingkat bawah berjumpa dengan Lukman

"Encik Lukman , saya kenalkan ni Athirah" kata Tuan Hazim ketika mereka sudah berada di dalam bilik pejabat Lukman

Athirah terkejut 'beruk' bila nampak wajah CEO Syarikat Manno Holdings ni yang merupakan lelaki yang tegur dia semalam

"Hai , saya Lukman" kata Lukman sambil senyum pandang Athirah yang terkaku berdiri pandang dia

"Saya...sa..saya..Athirah " kata Athirah dengan gagap mata dia masih tak boleh nak pandang tempat lain selain wajah Lukman sebab dia macam tak percaya dengan perkara yang sedang berlaku sekarang ni

"So jom saya tunjukkan bilik awak" kata Lukman dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibir dia

"Kalau macam tu saya minta diri dulu" kata Tuan Hazim yang sudah mahu beredar

lukman hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda izin

"Ni bilik awak , bilik awak dekat dengan bilik saya sebab apa2 nanti senang awak nak masuk bilik saya and kalau ada masalah awak boleh tanya pada kak Tini atau boleh rujuk terus dekat saya " pesan Lukman ketika mereka sudah berada di bilik yang akan Athirah bekerja nanti

"Lagi satu awak tahu kan P.A tugas dia apa?" Tanya Lukman lagi

Athirah hanya menganggukkan kepalanya

"Bagus, jadi saya tinggalkan awak untuk kemas bilik awak ni dulu kejap lagi saya akan kenalkan awak dengan staf2 yang lain" kata Lukman sebelum berjalan keluar dari bilik itu

Athirah bernafas dengan kuat sebab terlalu lama dia diam tadi

"Apa la kau ni Athirah , macam mana boleh tak perasan kelmarin dia tu CEO Syarikat ni" kutuk Athirah sendiri

Dia tanpa semangat terus mengemas biliknya

"Yang depan tu Sara , Amin , siti ,Kumar dan Asiah diorang berlima ni sebagai akaunten kat sini" terang Lukman ketika mereka sedang dalam sesi suai kenal

"Yang sebelah sana pula Ameer , Saiful , Kimi dan Aleef diorang ni kerani " kata Lukman lagi

"Saya kenalkan ini Athirah yang bekerja sebagai P.A saya" terang Lukman kepada pekerjanya yang lain

"Hai cik Athirah" sapa Ameer dan saiful sambil senyum

"Hai" balas Athirah dan senyum

"Baiklah yang lain saya akan kenalkan nanti" kata Lukman pada Athirah

Setelah itu mereka berdua masuk ke bilik Lukman

"Athirah saya ada beberapa soalan pribadi nak tanya" kata Lukman

"Tanyalah bos" kata Athirah

"Tapi sebelum tu jangan panggil saya bos please its sounds weird" kata Lukman

"Baiklah Encik Lukman" kata Athirah lagi

"Ok , erm..apa status awak?" Tanya Lukman

"Status ? Maksud Encik Lukman?" Tanya Athirah pelik dengan soalan tu

"Yelah awak ni dah kahwin ke tunangan orang ke kekasih orang ke bujang" kata Lukman menjelaskan soalannya tadi

"Oh..saya single lagi" kata Athirah

"Oh..ok " jawab Lukman gembira mendengar jawapan buah hati dia

"Awak ada soalan tak?" Tanya Lukman lagi

"Ada" jawab Athirah

"Silakan" kata Lukman

"Saya pun nak tahu status encik Lukman" kata Athirah

Lukman tersenyum

"Saya pun single lagi tapi...baru kemarin saya jumpa bakal isteri saya" jawab Lukman

Athirah pening sekejap

'Tadi cakap single ni tiba2 baru jumpa terus kata nak jadikan bakal isteri !! Biar betul bos aku ni' kata Athirah dalam hati

"Tak apa lah Encik Lukman saya masuk bilik saya dulu" kata Athirah meminta diri

"Ye" balas Lukman dengan senyuman manis

♤Perkahwinan Kontrak♧Where stories live. Discover now