Dua Puluh (20)

18.2K 370 10
                                    

Akhirnya hari yang ditunggu tiba jua , perkahwinan yang berlangsung disebelah perempuan berjalan dengan begitu meriah

Athirah yang sedang diandam oleh mak andam yang dikenali oleh ibu Athirah kelihatan begitu berseri sekali

"Athirah ni lawa kan , tak payah makeup banyak2 pun dah berseri dah untung Lukman" puji mak andam

"Terima kasih " kata Athirah yang gementar

"Macam mana dah siap? " tanya Ibu Athirah yang baru masuk ke biliknya

"Dah puan" jawab mak andam

"Cantik nya anak dara ibu ni" puji ibu Athirah

"Terima kasih " kata Athirah

"Dah jom , pihak lelaki dah sampai tu semua orang pun dah tak sabar nak tengok pengantin" usik ibu Athirah

"Ish..ibu ni buat Kakak rasa lagi gementar" kata Athirah yang mula sejuk kaki dan tangan

"Tak adalah , jom semua orang tengah tunggu tu , encik suami pun tengah tunggu tu" kata Ibu Athirah lagi

"Yelah , kejap biar aku touch up sikit tudung dia" balas mak andam tu sambil perbetul tudung athirah

Setelah siap , athirah diiring turun oleh ibunya dan berjalan untuk berdiri disebelah Lukman yang segak berbaju melayu berwarna biru laut

"Cantik awak hari ni" bisik Lukman setelah Athirah berdiri disebelahnya sebelum naik ke atas pelamin yang siap dihias dengan cantik oleh busana pengantin

"Awak pun nampak kacak pakai macam ni" balas Athirah sambil memandang depan sebab malu nak pandang wajah Lukman

"Kenapa pandang depan , tak nak ke pandang encik suami awak yang kacak ni" usik Lukman

Athirah senyum malu dan tunduk

Setelah selesai majlis pada petang itu Athirah masuk ke bilik untuk membersihkan diri dan solat

Ketika Athirah sedang melipat sejadah lukman masuk lalu mengunci pintu bilik

Lukman senyum dan menghampiri Athirah yang kelihatan takut atau malu

"Erm..awak kalau nak mandi , awak boleh guna tuala yang kat dalam bilik air tu" kata Athirah pada lukman yang memandangnya tak lepas

"Ok , abang mandi dulu . Kejap lagi lepas solat abang ada benda nak bagitahu" kata Lukman dan mengusap kepala Athirah yang masih bertudung

Athirah memegang dadanya selepas Lukman masuk ke dalam tandas

Setelah Lukman selesai solat Lukman memandang Athirah yang dari tadi merenung dirinya ketika solat

"Kenapa sayang , ada apa2 nak kata ke?" Tanya Lukman

"Tak lah , saya cuma nak tanya pasal kontrak kita" balas Athirah

"Oh..pasal tu , sayang tunggu kejap " kata Lukman dan mengambil beg galasnya yang dibawa oleh pembantu rumah papa nya tadi

"Ni kontrak kita" kata Lukman sambil menghulurkan sekeping kertas yang diprint kontrak mereka

"Sayang baca then sign , kalau ada yang tak puas hati boleh tanya abang" kata Lukman dan mengambil tempat di hadapan Athirah yang duduk di atas katil

"Kejap , kenapa kontrak ni macam pihak saya saja , mana syarat2 awak?" Tanya Athirah yang pelik setelah membaca kontrak tersebut

"Tu yang kat bawah tu " balas Lukman sambil tunjuk di bahagian bawah surat tersebut

Athirah terdiam dan tertunduk malu dengan syarat Lukman

"Syarat abang tak banyak pun sayang , cuma satu je yang abang minta supaya sayang setia dan terima abang" kata Lukman dan pegang wajah Athirah yang tertunduk

"Bukan ke perkahwinan ni semata mata sebab awak nak selamatkan diri awak dari dikahwinkan dengan pilihan keluarga?" Tanya Athirah yang memandang wajah Lukman

"Mungkin sayang pikir macam tu , tapi sejujurnya abang pilih sayang sebagai isteri sebab abang dah lama sukakan sayang tak maksud abang cinta kan sayang" kata Lukman lagi

"Jadi awak kahwin dengan saya sebab sayang bukan sebab terpaksa" tanya Athirah lagi meminta kepastian

"Ye , abang nak sangat jadikan sayang milik abang sepenuhnya " kata Lukman

"And kalau sayang nak tahu abang minta pembantu papa tukarkan sayang untuk jadi p.a abang sebab abang dah mula sukakan sayang" kata Lukman lagi

"Saya ...saya tak tahu nak kata apa , sebab saya ingat ini perkahwinan kontrak" kata Athirah

"Yelah , kontrak la ni . Kontrak dia supaya sayang setia dan terima abang tapi kontrak sayang pula supaya abang jangan sentuh sayang selagi sayang tak bersedia and ada banyak lagi yang sebenarnya abang tak puas hati" kata Lukman sambil tarik muka

Athirah ketawa dan dengan segera kertas ditangannya itu dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah yang berada di sebelah katil

"No more contract , i'm all yours" kata Athirah dan senyum sambil pegang tangan Lukman

Lukman tersenyum senang kerana Athirah telah sudi menerimanya sebagai suami

Pada malam itu tiada siapa lagi boleh menghalang Lukman untuk bahagia dengan pilihan hatinya sendiri


♤Perkahwinan Kontrak♧Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora