Sembilan belas (19)

16.8K 347 2
                                    

Lukman memberhentikan keretanya dihadapan rumah banglo 3 tingkat milik Bapa Lukman

"Jom" ajak lukman yang sudah membuka tali pinggang keledar nya

"Tapi saya gementar , kalau bapa awak tak terima saya macam mana?" Tanya Athirah

Lukman ketawa , dan memandang wajah Athirah

"Jangan risau , papa saya tak macam tu papa saya terima setiap pilihan saya" pujuk Lukman untuk melembutkan hati Athirah

Athirah yang berasa tenang sedikit membuka tali pinggang keledarnya

Ketika mereka berdiri dihadapan pagar pintu rumah itu , lukman dapat melihat Athirah yang menggenggam tangannya mungkin sejuk

"Assalamualaikum" Lukman memberi salam sebelum membuka pintu rumah

"Waalaikumsalam , hah luk masuk2 " tegur papa Lukman dari dalam

Athirah dan Lukman melangkah masuk dan memberi senyuman manis pada papa lukman

"Assalamualaikum dato" sapa Athirah ketika mereka duduk berdepan dengan papa Lukman

"Waalaikumsalam , so ni la ye bakal isteri Luk" kata papa Lukman dengan senyuman tak lekang di bibir

"Haah ,ni la dia cantik kan pa" kata Lukman sambil pandang Athirah

"Cantik , papa berkenan nak jadikan menantu" kata Papa lukman dengan ketawa dan disambut oleh Lukman

Athirah terasa sedikit lega dengan sikap papa lukman yang begitu peramah

"Nanti makan tengah hari dekat sini ye Athirah , papa dah suruh bibik masakkan special untuk Athirah" kata Papa Lukman yang cuba berbual dengan Athirah yang diam

"Baik , dato" jawab Athirah

"Ish...apa ni dato2 , papa la kan tak lama lagi dah nak jadi anak perempuan papa" kata Papa Lukman

Athirah senyum malu dan tunduk

"Baik da..erh..tak papa" kata Athirah

Papa lukman dan lukman ketawa dengan perangai Athirah yang jelas takut ketika ini

Setelah berbual lama dan makan tengah hari , athirah semakin dapat menerima Papa lukman dan kini boleh berbual mesra seperti sebuah keluarga

"Athirah , papa harap sangat athirah mampu bahagiakan Lukman" kata papa lukman ketika mereka berdua sahaja di ruang tamu

"Kenapa pa?" Tanya Athirah yang pelik dengan permintaan papa Lukman

"Sebenarnya..dari kecik Lukman tak cukup kasih sayang macam budak lain " terang Papa Lukman

"Dia...tak dapat kasih sayang seorang ibu , mama Lukman tinggalkan kami waktu lukman masih kecik lagi , mama dia lari dengan lelaki lain " terang papa lukman lagi

Athirah tersentak dan diam

'Jadi kemarin yang dia bagitahu mama dia meninggal tu tipu?' Kata athirah dalam hati

"Sejak pada tu , lukman benci pada mama dia . Lukman anggap mama dia dah mati" terang papa lukman lagi

Kini athirah mengerti kenapa lukman kata macam tu

"Bincang apa ni?" Tanya Lukman yang baru turun dengan senyuman di bibir

Athirah pandang wajah lukman dengan simpati pada lelaki itu

"Papa ada kutuk luk eh?" Tanya Lukman tak berpuas hati

"Ish...mana ada kami cuma bincang sikit hal kahwin kamu " tipu papa lukman

Athirah cuma diam dan lansung tidak memandang wajah Lukman

"Kalau semua dah ok , apa kata kamu berdua pergi cari butik pengantin besok cepatkan semua urusan" cadang papa lukman

"Tu la lukman pun fikir macam tu , sayang macam mana ok?" Tanya Lukman sambil pandang Athirah

Athirah terkejut dengan panggilan yang baru keluar dari bibir Lukman

"Ha? Oh..erm..saya ok je" jawap Athirah perlahan

"Ha kalau macam tu bagus la " balas papa lukman pula

Setelah berbincang hal perkahwinan dengan papa lukman , lukman menghantar Athirah pulang ke rumah

♤Perkahwinan Kontrak♧Donde viven las historias. Descúbrelo ahora