Lima (5)

20K 417 3
                                    

Athirah melipat bajunya dan di masukkan ke dalam beg pakaian

"Awak dah kemas semua barang ke?" Tanya Athirah pada roomatenya yang sombong tu

Sally jeling pada Athirah dan keluar dari bilik tu

Athirah hanya mampu menggeleng kepala , 4 bulan tinggal sebilik namun perempuan itu langsung tidak mahu bercakap dengan Athirah

Athirah bangun dan masuk ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan solat asar

Setelah siap athirah keluar dan pergi ke rumah sewanya yang baru di disewa bersama lagi 4 orang rakan kolej yang lain

"Ok so Athirah bilik kau dekat atas sebelah kiri " kata Mira kawan baru Athirah

"Ok aku tak kisah mana2 pun boleh" kata Athirah dan naik ke atas untuk melihat biliknya

Lepas kemas baju di bilik barunya itu dia turun ke bawah untuk berkumpul dengan rakan2nya yang lain

"Mira , kau kenal tak salehah ?" Tanya Athirah yang baru duduk di sebelah Mira

"Oh budak pempuan yang berlagak diva tu eh, kenal siapa tak kenal dia tu berlagak kaya tapi tak sebenarnya anak makcik jual nasi lemak je" kata Mira yang memang tak puas hati dengan sally

"Oh , aku ingat dia anak orang kaya , patutlah dia suruh aku panggil sally padahal aku tengok nama dia salehah dekat buku dia haritu" Kata Athirah yang kini sudah tahu sedikit tentang Sally

"Eh kejap , kau aku rasa lagi 2 bulan kena pergi training kan?" Tanya Mira

Athirah menganggukkan kepalanya mata masih fokus pada kaca tv

"Kau dah cari dah syarikat mana nak praktikal nanti?" Tanya Mira lagi

"Belum , kau tahu la aku mana keluar sangat " jawab Athirah

Mira diam sebentar fikir macam mana nak tolong kawannya ni

"Oh ya , papa aku ada syarikat sendiri apa kata kau training kat syarikat papa aku je" kata Mira

"Serius! Betul ke ? Boleh ke?" Tanya Athirah tak percaya

"Betullah , nak tipu buat apa . Tapi syarikat papa aku kecil je tak lah macam syarikat papa Lukman" kata Mira

"Lukman? Siapa tu?" Tanya Athirah pelik bila kawannya menyebut nama lelaki yang dia tak kenal

"Oh tu abang tiri aku" jawab Mira

"Oh jadi kau ada abang tiri?" Tanya Athirah berminat nak tahu pasal kawannya ini

"Ada , papa aku kahwin dengan aunty Safia dah 9 bulan, aunty safia pula janda anak satu anak dia lelaki sama umur dengan kita dia kolej sama kita tapi bahagian lain sebab ye la papa dia kaya ada syarikat besar so dia kena dengar cakap papa dia sebab nak ambik alih syarikat papa dia" kata Mira bercerita dengan lebih detail

Athirah hanya mampu menganggukkan kepala dalam hati timbul rasa simpati pada lelaki itu kerana ibubapa nya berpisah dan kasih sayangnya juga telah berpisah

"So abang tiri kau tu tinggal serumah dengan korang ke?" Tanya Athirah lagi

"Tak lah , dia tinggal dengan papa dia tapi kalau aunty safia panggil juga suruh dia tinggal dengan kitaorang dia tinggal dalam 3 hari je lepas tu blah , sepanjang ada kat rumah pun dia tak makan semeja dengan kitaorang " terang Mira lagi

"Kau kenapa tak panggil aunty safia tu mama?" Tanya Athirah

"Aku masih sayangkan arwah ummi aku , jadi aku boleh terima aunty safia cuma bukan untuk aku anggap sebagai ummi aku tapi sebagai tempat untuk aku luahkan masalah" kata Mira

Athirah menghampiri kawannya itu dan mengusap belakang badan mira sebagai memberi semangat

Mira senyum dan peluk Athirah dengan erat

♤Perkahwinan Kontrak♧Where stories live. Discover now