Dua (2)

24.8K 440 2
                                    

Setelah tiba di kolej tersebut Athirah bersalaman dengan kedua orang tuanya

"Ingat ye ,selalu telefon ibu" pesan puan Amirah

Athirah senyum dan peluk ibunya dengan erat

"Dah la tu dia nak pergi belajar bukannya nak pergi perang" kata encik Azim pula

Puan Amirah tampar manja lengan suaminya itu

"Lukman dah bawa semua borang peribadi kan?" Tanya Pak Samad pemandu peribadi keluarga Lukman

Lukman senyum dan tunjuk fail yang berisi semua borang peribadinya pada pak samad

Pak samad senyum dan tepuk belakang badan Lukman sebagai memberi semangat

"Saya masuk dulu pak samad" kata Lukman dan masuk setelah bersalaman dengan pak samad

"Kesian budak ni , nak pergi belajar pun mak bapa tak datang hantar" kata pak samad setelah Lukman masuk

Lukman pandang sekeliling dan nampak ramai pelajar kolej sedang bersalaman dan peluk sambil nangis 
macam nak pergi tak kembali lagi

"Apasal diorang ni , macam nak pergi serah nyawa tu dah kenapa? Cengeng" kata Lukman dan berjalan ke tempat pendaftaran

Setelah selesai berdaftar Lukman masuk ke bilik yang telah disediakan untuknya buat sementara sebelum mereka mencari rumah sewa

"Aku sorang je ke?" Tanya Lukman sendiri

Lukman masuk dan kemas baju2 dia dan letak dalam almari yang juga telah disediakan

Lukman pandang bilik yang tersedia dengan dua katil single , dua almari , dua meja belajar dan satu tandas

"Bagus juga kalau akh tinggal sorang tak ada lah sempit " kata Lukman dan sebelum dia sempat masuk tandas seorang lelaki masuk dan senyum pada Lukman

"Oh kau roomate aku eh? Aku Miza " sapa Miza

"Roomate kau?" Tanya Lukman

"Ya , aku daftar pukul 10 tadi lepas tu aku keluar beli air and kebetulan aku ada beli lebih bolehlah kita kongsi sambil borak" kata Miza

"Its ok , aku dah minum tadi" kata Lukman dan teruskan niat dia nak ke tandas tadi

"Sombong juga roomate aku ni, aish..
tak baik cakap macamtu Miza entah2 dia sedih sebab kena berpisah dengan mak ayah dia" teka Miza dan duduk di katilnya

Athirah masuk ke biliknya yang riuh dengan gelak tawa kawan sebiliknya yang baru

"Erm..Assalmualaikum" sapa Athirah dan masuk

"Waalaikumsalam" jawab seorang perempuan dengan kasar sambil tutup telefonnya

"Hai saya Athirah , awak siapa?" Tanya Athirah cuba bermesra

"Aku ada tanya nama kau ke?" Tanya perempuan tadi dan bangun lalu keluar dengan sengaja melanggar bahu Athirah

"Astaghfirullah , ada juga rupanya orang kejam macam ni orang nak berkenalan pun nak marah " bebel Athirah sambil kemas barang2 dia

"Tak apa Athirah 6 bulan je lepas tu kau boleh cari rumah sewa" kata Athirah

Selepas itu Athirah terpandang sebuah buku atas katil kawan sebiliknya tadi

"Oh nama dia Siti Salehah" kata Athirah dan duduk semula di katilnya

Athirah terfikir tentang perempuan tadi sebab kenapa dia berkasar dengan Athirah tanpa sebab dan penampilannya tadi sangat mejolok mata dengan rambut yang diwarnakan merah dan pakaian yang terlalu ketat dan seksi memang tidak masuk dengan namanya yang ayu


♤Perkahwinan Kontrak♧Where stories live. Discover now