Athirah merenggangkan badannya di atas katil setelah baru bangun dari tidur , jam disebelah dikerling
Jam menunjukkan tepat pukul 12.30 tengah hari , Athirah segera bangun dan duduk di atas katil
"Ish...asal boleh terlewat ni , mana suami aku ni?" Tanya Athirah setelah melihat Lukman tiada di sisinya
"Jangan cakap dia tinggal aku sorang2 dekat bilik ni , huhu~ sampai hati abang tinggal sayang dah lah dekat Thailand kalau rumah tak apa juga" bebel Athirah
Athirah mencapai telefonnya dengan muka sedih lalu nombor Lukman didail
"Abang...abang dekat mana kenapa tinggal sayang sorang2" rengek Athirah setelah Lukman menjawab panggilan
"Sorry sayang , abang tengah beli makan ni untuk kita , tunggu sayang bangun macam lambat sangat and sayang pun nampak penat so abang pergi beli untuk sayang" terang Lukman
"Dari pukul berapa abang keluar?" Tanya Athirah sambil membetulkan rambutnya yang kusut setelah bangun dari tidur
"Dari pukul 10 lagi , abang cari kedai makan halal , susah sangat nak jumpa" terang Lukman lagi
"Tak apa lah , sayang tunggu abang balik jangan lama2 tau" rengek Athirah lagi
"Ok , sayang gi mandi dulu abang bau macam busuk aje dari sini" usik Lukman
"Ish..abang ni jahat , tak mau lah kawan dengan abang lagi" kata Athirah berpura pura merajuk
"Ala...habis nanti abang nak honeymoon dengan siapa?" Tanya Lukman melayan kerenah Athirah
"Honeymoon sorang2" kata Athirah sambil gigit bibir
"Tak apa lah , abang cari ajelah awek Thai kat sini" gurau Athirah
"Ok , ni tak lawak abang jangan buat hal eh kita baru 3 hari kahwin nampak sangat buaya " kata Athirah
"Ala...abang gurau aje , lagipun kalau nak dibandingkan sayang dengan minah Thai sayang Hot lagi" usik Lukman sambil ketawa
"Abang ni..., dah lah sayang nak mandi bye..." kata Athirah
"Bye..mandi bersih2 tau" usik Lukman lagi sebelum menutup panggilan
Athirah tersenyum dan segera bangun mencapai tuala
"Nasib sempat subuh pagi tadi" bebel Athirah lagi ketika berjalan masuk ke tandas
Setelah makan pagi dengan penuh romantik , lukman dan Athirah berjalan jalan di kota Thailand melawat tempat2 yang cantik
Mereka kelihatan seperti pasangan yang sangat bahagia dan romantis sekali , sekali2 Lukman akan mengusik Athirah dan membuatkan gadis itu menarik muka dan tertawaSungguh Lukman mengucapkan syukur di dalam hati kerana Athirah adalah jodohnya yang telah ditakdirkan oleh tuhan , lukman berasa begitu gembira sekali bila berada di samping Athirah
Athirah juga begitu , bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan kuat mengusik seperti Lukman yang boleh mengindahkan hari2 mereka
Pada malam itu setelah mereka pulang ke hotel mereka berdua menunaikan solat Isyak dan berbincang tentang Lukman yang akan membawa Athirah berjumpa dengan mamanya setelah mereka pulang ke Malaysia
Diorang tk jadi pergi indon Athirah nak pergi Thailand😆
YOU ARE READING
♤Perkahwinan Kontrak♧
RomanceAthirah seorang gadis kampung biasa yang berkahwin dengan seorang lelaki yang kaya atas sebab niat untuk menolong lelaki itu dari dinikahkan dengan pilihan keluarga Lukman Nizam seorang CEO di sebuah syarikat model yang sangat terkenal , dia seorang...