Enam belas(16)

17.2K 371 6
                                    

Lukman berulang alik di hadapan pintu bilik pejabatnya dari dalam sambil mengetuk kepalanya dengan telefon

"Asal kau ni pengecut sangat Lukman , nak ajak keluar lunch je pun" kata Lukman sendiri

"Ehem..Athirah keluar lunch dengan saya?" Lukman practice sendiri di dalam biliknya sambil pandang dinding yang dicat warna kelabu

"Tak boleh tak boleh , macam kerek je" kata Lukman sendiri

"Ehem..lunch dengan saya , saya tak suka makan sorang2" practice lukman lagi

"Ish..kalau dia cakap habis selama ni encik lunch dengan siapa? Dah tak masuk akal pula" bebel Lukman sendiri

"Lagi sekali , ehem..Athirah jom kita lunch " cuba lukman lagi

"Ah!!! Asal ayat macam tak kena je" kata Lukman dan terus duduk di sofa

"Ah lantaklah...apa yang keluar nanti" kata Lukman dan terus keluar

"Ehem..Athirah awak lunch dengan siapa hari ni?" Tanya Lukman pada Athirah yang sedang menaip sesuatu di telefon

"Oh..saya keluar sorang kot , sebab Miza pun tak ada dia keluar dengan laki dia" jawab Athirah

"Erm...baguslah , kalau macam tu lunch dengan saya" kata Lukman

"Er..tapi..."

"Saya tunggu dekat tempat parking" potong Lukman dan terus berjalan ke pintu lif

"Ish...dia ni , aku belum habis cakap lagi dia bagi tanda noktah pula" kata Athirah sendiri sambil mencapai beg tangannya



"Erm..macam jauh sangat je kedai yang encik nak bawa saya ni" kata Athirah setelah 15 minit mereka diam sepanjang perjalanan

"Saya nak bawa awak keluar lunch dekat restaurant kegemaran saya , tak ada lah jauh sangat lagi 10 minit sampai la" jawab Lukman yang tersengih sambil fokus pada pemanduannya

'Tak jauh dia kata , dah lepas tol kot tu pun ambik masa 25 minit nak sampai . Aku pun makan dekat warung depan office je' bebel Athirah dalam hati

"Awak hujung minggu ni ada nak pergi mana2 ?" Tanya Lukman

"Ada, saya nak balik kampung jumpa mak bapa saya" kata Athirah

"Oh...saya nak ikut boleh?" Tanya Lukman

"Hah! Encik nak ikut ! Buat apa?" Tanya Athirah kelam kabut bila Lukman cakap dia nak ikut

'Habis la , kang mak aku fikir aku bawa balik calon suami pula' bebel Athirah lagi dalam hati

"Saja nak berkenalan dengan parents awak" jawab lukman selamba

"Berkenalan , nak buat apa ?" Tanya Athirah lagi

"Kenapa , bapa awak garang eh ? Dia tak suka awak bawa balik lelaki atau...awak takut nanti boyfriend awak dekat kampung jaelous bila awak bawa balik lelaki?" Perangkap Lukman 

"Ish...encik ni , bukan la tapi saya takut nanti diorang salah faham diorang ingat encik ni bakal suami saya pula" terang Athirah

"La biar lah , memang itu pun sebab saya nak ikut awak balik kampung " jawab Lukman berterus terang

"What ! Encik ni kenapa ? Jangan main2 boleh ? Ini soal kahwin tau" marah Athirah

"Mana ada saya main2 saya serius ni" jawab Lukman

"No saya dengan encik hanya bos and pekerja aje tak lebih dari tu" kata Athirah

"Tapi awak yang cakap awak tak berpunya , and saya pun tak berpunya so why not kalau kita kahwin je" kata Lukman yang telah memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran

"Encik...saya baru aje kerja dekat office tu , memang tak masuk akal la kalau tiba2 je encik nak kahwin dengan saya" terang Athirah

"Athirah tolonglah kahwin dengan saya please ... saya dah buntu ni " kata Lukman meminta simpati Athirah

"Apa maksud encik Lukman buntu?" Tanya Athirah yang pelik

"Saya kena paksa kahwin" kata Lukman

"Habis apa kena mengena dengan saya?" Tanya Athirah

"Saya rasa awak aje yang layak jadi isteri saya" kata Lukman

"Apa ? Tak encik cuma bos saya bukan kekasih saya . Lagipun saya tak ada rasa suka pun dekat encik" kata Athirah dengan suara yang perlahan

Lukman rasa jantungnya baru meletup mendengar kata gadis yang dia suka selama ini tidak ada rasa suka padanya

"Tak apa pasal cinta tu boleh hadir lepas kahwin , and orang cakap cinta selepas kahwin tu indah" pujuk Lukman lagi

Athirah diam memikirkan permintaan lukman...

♤Perkahwinan Kontrak♧Où les histoires vivent. Découvrez maintenant