Tujuh(7)

18.5K 344 4
                                    

"Alhamdulillah,akhirnya tamat juga alam belajar  ni kan" kata Athirah pada kawannya

"Tu lah , dah 2 tahun kita belajar kat sini kan" kata Fifi kawan serumah Athirah

"Thirah" panggil ibu Athirah dari belakang

"Ibu , maaf Thirah tak nampak tadi" kata Athirah sambil menyalami tangan ibunya

Selepas majlis penyampaian ijazah tamat Athirah ikut ibubapanya pulang ke rumah mereka untuk cuti seketika sebelum mula mencari kerja , dengan keputusan yang sangat cemerlang tak ada masalah bagi dia mencari kerja yang bagus di bandar

"Lepas ni kakak nak cari kerja di mana?" Tanya ayah Athirah yang sedang memandu

"Akak rasa akak nak cari kerja dekat KL ni je senang sikit tak ada la jauh sangat kan nak balik jenguk ibu ngan ayah" kata Athirah

"Hm..bagus la tu , ayah pun takut juga nanti akak nak cari kerja dekat luar negara ke apa risau pula keselamatan akak" kata Ayah Athirah

"Tak la jangan risau akak ni anak jati malaysia" gurau Athirah

Ibu dan ayahnya hanya ketawa

"Lepas ni Lukman nak kerja mana? , kerja dengan syarikat papa je lah ye" kata mama Lukman ketika mereka sedang makan malam bersama dengan keluarga tiri lukman

"Tak apa , lagipun papa kandung lukman dah tanya dulu untuk lukman kerja dengan dia" jawab lukman selamba

Dia memang belum boleh menerima papa tirinya ini lagi , kerana dia terlalu rapat dengan papa kandungnya keputusan yang mamanya buat untuk bercerai telah memisahkan lukman dengan papanya  jadi dia bertekad untuk tidak menurut suruhan mamanya untuk menyayangi papa barunya ini

Ketika mereka telah diam tiba2 telefon lukman berbunyi,lukman segera bangun dan keluar untuk menjawab panggilan

"Hello , assalamualaikum bro . Kau ada mana sekarang aku ingat nak ajak kau lepak malam ni bosan lah asyik lepak ngan Azim dan johan " kata kawannya Afiq

"Waalaikumsalam , bolehlah kau ni ..nak jumpa kat mana?" Tanya Lukman

"Hmm...tempat biasa or kau ada nak pergi tempat lain?" Tanya Afiq

"Ok lah tempat biasa jumpa kau lagi 20 minit" kata Lukman sebelum menamatkan panggilan

Setelah panggilan ditamatkan Lukman segera siap dan mencapai kunci keretanya

♤Perkahwinan Kontrak♧Where stories live. Discover now