Enam (6)

19.6K 368 5
                                    

Lukman menghempaskan badannya di atas katil sambil mengambil telefonnya yang berada di sebelah katil

"Hello , Fiq kau busy tak" tanya Lukman pada kawan baiknya itu

"Kau ni , mestilah tak kawan baik aku tu call mana boleh busy" usik Afiq kawan baik Lukman

"Mana la tahu tengah busy dating ke apa kang awek majuk pula" sindir Lukman

"Wo bro tu deep , ni menusuk kalbu ni" gurau Afiq

Lukman ketawa perlahan

"Ni kau ada kat bilik kolej tu lagi ke?" Tanya Afiq

"Tak lah aku dah dapat rumah sewa" jawab Lukman

"Oh bagus la , kau duduk ngan kawan baru kau ke kau duduk sendiri" tanya Afiq lagi

"Duduk sendiri la kau tahu kan aku tak suka tinggal dengan orang lain" kata Lukman rimas bila kawannya tanya soalan yang memang dah tahu jawapannya

"Ok2 rileks bro so boleh la kitaorang lepak umah kau bila2" kata Afiq

"Boleh no hal , janji no girls kau bawa aku ok je korang datang" amaran Lukman berikan pada kawan baiknya yang memang dia dah tahu perangai playboynya itu

"Ok deal nanti aku gitau yang lain" kata Afiq

"So bro camne kolej ok , tak ada ke terpikat dengan mana2 awek" tanya Afiq lagi sambil ketawa

"Oh ya , lupa nak cita kat kau haritu ada satu awek ni dia terlanggar aku cantik bro ,ayu je wajah dia, lemah lembut lagi aku rasa aku syok la kat minah tu , tapi tu la aku macam tak percaya je entah2 dia sengaja berpura pakai macam muslimah sebab nak try aku mana la tau kan ,lagi pun  perempuan zaman sekarang mana ada lagi yang baik ,sopan ,lemah lembut semua " terang Lukman dengan panjang

Afiq ketawa di sebelah sana

"Kau ni , kau baru jumpa sekali kau dah judge dia macam tu entah2 dia memang yang macam kau cakap tu ayu , sopan , lemah lembut mana kau tahu" kata Afiq

Lukman angguk kepala dan buang fikirannya tentang wanita itu

" ok la stop cakap pasal minah tu , kau pula macam mana kat kelantan" tanya Lukman

Mereka berdua berbual hingga larut malam dengan  mendengar Afiq bercerita tentang kolejnya pada Lukman dan sekali Lukman akan ketawa dengan cerita Afiq tentang nak try goda awek tapi dibaling kasut heel , mereka berdua sahabat dari kecil yang memang selalu berkongsi cerita


Athirah mencapai telefon dan mendail nombor ibunya untuk bertanya khabar

Setelah 5 minit berdering akhirnya ibunya mengangkat telefon

"Assalamualaikum , anak ibu macam mana ?" Tanya ibu Athirah

"Waalaikumsalam , ish ibu ni orang nak tanya khabar dia tanya khabar orang dulu" usik Athirah

Ibu athirah ketawa

"Yelah2 ibu sihat , ayah sihat ,adik pun sihat  . Anak ibu ni macam mana pulak" tanya ibu Athirah

"Alhamdulillah sihat plus makin tembam ni" gurau Athirah

"Ye ke , baguslah macam tu janji kamu sihat dah" kata ibu Athirah

Banyak yang ditanya oleh ibu Athirah malam ini sehingga pukul 11.39 baru ibu athirah menamatkan panggilan kerana terlalu rindu pada anak sulungnya ini

♤Perkahwinan Kontrak♧Where stories live. Discover now