Bab 1 - Salin Tikar

51.9K 174 15
                                    

Jumaat 14/2

Pagi Jumaat lepas aku terima panggilan dari ayah, meminta aku pulang segera, mak sakit. Aku terus menerpa balik dengan motor berbekalkan sedikit buku dan nota2 kuliahku. Memang sejak kebelakangan ini aku merasa bersalah terhadap emak dan ayah, jarang benar aku menjenguk mereka, walaupun dihari Raya Haji yang baru lalu. Walaupun kami bercuti seminggu untuk ulangkaji, memang tiada niatku untuk tinggal dirumah. Lebih aman dan tenteram jika aku duduk dikampus. Kini tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku menghadapi kertas pertamaku.

Memang mak sakit, tapi cuma demam biasa saja. Hari tu aku yang ambil alih tugas Ani menjaga mak, memimpinnya kebilik air, menyudu makanannya walaupun pada awalnya dia kata masih berupaya untuk makan sendiri. Sehari aku tidak keluar rumah. Bila Ani balik dari sekolah petang tu baru aku menyandar diri diruang depan, menonton tv.

"Abang tak pegi ke jumpe kawan2 abang? Deme tau abang balik." Ani bersuara sambil duduk dekatku.

"Takpe le Ani, abang lebih rase seronok duduk camni."

"Bang, kak Ida tak balik sini dah. Pak Teh tak bagi dier balik lepas ari deme nikah tu."

Mata aku berair kembali, bibirku terketar2, hatiku masih tersentuh lagi bila mendengar nama itu. Aku tidak beralih, menumpu ke tv. Mungkin Ani dapat mendengar seduku, dia bangun dan duduk mengadap aku.

"Ani mintak maaf abang. Ani takkan sebut lagi." Dia mengambil tanganku dan mencium. Dia juga tersedu sedan sambil beredar dari situ.

Aku sangkakan aku sudah berupaya melupainya, namun mendengar namanya saja sudah melemahkan jiwaku. Aku menarik nafas panjang2, memejamkan mata dan mencuba sedaya upaya membayangkan kehidupan aku dikampus hari ini, ketika ini. Pun aku terasa kesunyian, Zek yang sering menemaniku dikala musim berkabung ini pun sudah balik kekampungnya.

Dialah satu-satunya sahabatku dikala suka dan duka. Sanggup mendengar rintihanku berjam2, memberi nasihat dan semangat untukku meneruskan sisa2 hidupku ini. Aku sendiri pun tak tahu mengapa semasa kami tinggal sebilik, persahabatan kami tidak sebegini erat, cuma dilarut malam saja kami bersama, masing2 dengan hal sendiri. Aku tau dia pun dialam percintaan ketika itu, dengan coursemate aku. Masing2 sibuk melayan perasaan masing2. Tapi dia memang bertuah, walaupun tragedy menimpa, cinta mereka berdua berakhir dijinjang pelamin. Tetapi aku, berkubur ditengah jalan.

Entah mengapa takdir menemukan kami semula, punya masa untuk berbual untuk seketika. Dan dimasa itulah aku merayu untuk bekerja dengannya. Aku tau dia dan isterinya sudah senang lenang, sudah punya kilang peninggalan mertuanya, sudah punya chalet sendiri di Teluk Bahang. Aku meminta ehsannya untuk bekerja dikilangnya, kerja biasa pun takpa. Dan sedikit demi sedikit dia berupaya menyelongkar lubuk hatiku. Sejak itu dia dan isterinya sering mendampingi aku. Walaupun aku cuba menyendiri, tetapi Cathy, isterinya berjaya menenangkan hatiku. Mereka suami isterilah yang meniup semula semangat aku untuk tabah menghadapi dugaan ini. Memang dugaan yang dihadapi mereka berdua lebih getir lagi, namun dapat juga mereka atasi bersama, aku cuma gagal dalam percintaan. Malu dengan cabaran yang mereka lemparkan, membuat aku bertekad untuk terus hidup, dan berjaya dalam hidupku.

"Dan." Tiba2 suara mak memanggil. Terasa hampir sekali. Aku bingkas bangun dari berbaring dikerusi panjang.

Bukan saja mak, ayah, adik2 yang tercegat berdiri disitu, tetapi juga seluruh keluarga Pak Teh.

"Duduk Dan." Mak menarik tanganku duduk semula dikerusi itu. Dia dan Ani duduk disebelahku. "Kami semue ni ade hal mustahak nak sembang dengan Dan. Dan dengar baik2 ye. Lepas tu ikut suke Dan ler, buat le keputusan sendiri. Kami semue akan ikut ape Dan cakap." Nampaknya kisah sedihku masih belum berakhir lagi. Aku angguk.

"Dan, Pak Teh harap kite semue lupekan criter lame tu. Kami semue pun dah janji takkan ungkit2 lagi, kalau boleh taknak sebut lagi. Ari ni bukan kali petame kami cakap pasal ni, kami semue dah sepakat, tapi ape pun macam mak Dan cakap tadi, semue bergantung atas Dan sendiri. Iye Dan, iye le kami, idak Dan, idak le kami. Pak Teh harap lepas ni pun, jangan le terentak ati pulak dengan Pak Teh dan Mak Teh, dengan mak dan ayah Dan sendiri. Kami bepakat pun nak buat yang terbaik untuk kite semue. Yang itu Dan mesti faham betul2." Aku angguk, tapi Pak Teh bagai sudah tidak dapat menahan perasaannya.

"Dan, sekali lagi Mak Teh dan Pak Teh nak mintak tolong dekat Dan, betul2 nak mintak tolong. Kami tau kami dah lukakan ati Dan. Name kami seniri pun dah busuk dikampung ni, tapi nak buat camane, bukan kami seniri nak macam tu." Suara Mak Teh terisak2. "Kami dah fikir dalam2, dah bincang panjang. Mak dan ayah Dan seniri pun dah setuju. Mak Teh dan Pak Teh pun berharap benor yang Dan pun dapat stuju jugak. Kite buang yang keruh, ambik yang jernih. Tolong le kami Dan, dah tak tahan benor kami tanggung malu dan rase salah ni." Terisak2 Mak Teh menangis.

"Dan," ayahku pula bersuara. "Kami becadang nak jodohkan kamu dengan Liza." Dia angkat tangannya, tidak benarkan aku bercakap. "Memang dia nak dijadikan ganti kakak dier. Memang nak tebus malu Pak Teh dan Mak Teh. Betul dier tak same dengan kakak dier, Dan pun mungkin tak sayang dier macam kakak dier. Takde sape yang boleh ganti. Tapi dier sanggup."

"Dan," emak memegang tanganku. "selama ni, banyak mane kamu menangis, banyak tu ler dier nangis. Selame mane kamu besedih, selame tu jugak dier pun besedih same. Sekuat mane kamu sayang kat kakak dier, emak pecaye kuat tu jugak sayang dier kat kamu. Dari petang raye tu lagi dier dah nangis kat kamu, dah tak tahan tengok kamu macam ni. Selame ni kite semue bute, nampak kakak dier aje." Emak pun sudah sedu sedan. Liza pun sudah terjelepuk diribaan Mak Teh. Suasana pilu sudah tak terbendung lagi. Aku menutup mukaku. Air mataku berderai. "Dier tengok aje kamu bedue seronok, sanggup mengalah kat kakak dier. Buat2 tompang seronok."

"Malam tu lepas balik dari sini baru Pak Teh tau crite dier. Memang puas dan kami pujuk, dah merate kami berubat. Satu aje katenye, selagi kamu merane, dier pun same."

"Dan anak mak, tolong ler. Mak tau kamu anak yang baik, nak nolong ni memang takde hadnye, takde batasnye. Allah saje yang tau niat kite. Kite buang le yang keruh, lupakan yang lame tu. Kali ni pertolongan Dan bukan stakat nak tebus malu, bukan stakat nak ambik ganti, tapi nak bagi due rumah kite ni idup balik. Bukan takat Dan sorang aje yang remuk ati, tapi kami semue. Dan boleh jugak lari dari kampong ni, tapi kami yang ari2 pandang muke ni macam mane. Tengok Liza aje pun dah meleh air mate kami."

Yang Teristimewa - Bahagian 2Où les histoires vivent. Découvrez maintenant