Bab 4 - Cadangan Meminang

21.3K 114 0
                                    

Khamis 20/2

"Mane semue pegi mak?" Aku tanya bila terasa sunyi sangat. Mungkin hatiku mencarinya.

"Ke skolah ler." Mak jawab sambil meletakkan nasi goreng didepan aku. "Ha, Imah, masuk ler." Mak Teh masuk dan duduk didepan aku. Kami berbalas senyum.

"Mari makan same Mak Teh."

"Kamu makan le Dan, Mak Teh dah makan." Dia menyambut cawan kopi yang diberi mak. "Kamu dok blajor ni, tidor pukul berape?"

"Tak tentu, bile ngantuk tu tido le, dah tak masuk otak dah mase tu. Tapi smalam awal sikit." Aku teringatkan Liza. "Ni yang Liza dok teman saye ni takpe ke Mak Teh?" Aku menjeling kepada mak.

"Dier seniri yang nak temankan kamu. Dier pun blajor same kan?"

"Memang le blajor same... tapi ape pulak orang kate nanti. Duduk pulak berdue sampe tengah malam, Ani tu masuk aje pukul 11.00 dah menguap tak renti2."

"Mak Teh tau kamu budak baik Dan. Mak Teh pecaye kamu takkan buat yang tak senonoh kat Liza."

"Mane Mak Teh tau?" Aku mengacah.

Dia diam sebentar, mungkin mengenang kembali sesuatu. Matanya bertempu kecawan kopi didepannya. "Dulu mase Pak Teh pakse Ida balik dengan Harun tu, Harun nak ngelak dari kena kawin, tapi Ida cakap kamu tak penah ape2kan dier, dare lagi mase jumpe Harun. Baru sengap budak tu."

Aku terdiam. Hari ni aku dapat menerima bila nama itu disebut didepanku. Walaupun dadaku masih terasa sebak, aku sudah berupaya mengawal diri. Mau juga dier mempertahankan aku, bisik hatiku.

"Kalo kamu taknak, Mak Teh boleh suruh dier balik." Aku memandang mak.

"Bior le deme blajor same2, masing2 pun nak perikse. Nanti merajuk pulak si Liza tu. Akak pun kesian sangat tengok dier, sampe kurus cengkung makan ati, sekse diri." Mak menggeleng2 kepala. "Nak buat camane, budak2 zaman IT kut!!!."

"Abang Long tak kate ape ke dier duduk sini akak?"

"Nak kate ape dah. Harap deme masing2 pandai jage diri udah ler. Ingat tu Dan."

"Insyaallah mak, Mak Teh. Dan akan jage dier. Dan sendiri pun kalo boleh tak nak pisang bebuah duer kali."

"Ni ayah kamu kate nak tunangkan kamu bedue abis perikse kamu ni, stuju ke?"

"Kan Dan dah serahkan pade mak, ayah, Mak Teh dan Pak Teh. Buat le ape yang baik, Dan ikut aje. Tapi kan Liza tu skolah lagi."

"Nak tunang aje Dan. Kenuri esok, kite tengok ler camane." Mak Teh sambung. Aku cuma angguk aje.

Tiba2 sebuah kucupan hinggap dipipiku. "Hai, tido ke?" Liza masih dengan pakaian sekolahnya. Senyumnya manis sekali.

"Tak, saje pejam mate." Buku masih terbentang didadaku.

"Jom. Mak Long cakap abang tak makan lagi." Memang aku menunggu dia. "Ani pun dah dok tunggu tuu."

Aku bangun dan memeluk tubuhnya sekejap, mencium pipinya. "Jom." Semangat aku untuk hidup, untuk berjaya makin hari makin kuat.

"Abang, petang ni tolong kami buat assignment PA!" Ani bersuara sambil kami makan.

"Liza pun kena jugak?" Dia angguk

"Malam ni boleh? Otak abang pun nak releks jugak. Malam le kite same2 discuss. Petang ni abang nak ke P kejap." Aku belum pun keluar rumah sejak balik.

"Liza ikut same boleh?"

"Heii, kire nak ngekor aje. Balik mintak permission dulu." Namun aku gembira dia sudi bersamaku.

Dan petang itu, kira2 pukul 5.00 baru kami dapat keluar, buat pertama kali. Kami ke B dulu, ke sibercafe. Sudah dua tiga hari aku tak check e-mel aku. Ada satu dari Zek, bertanya khabar dan perkembangan semasa aku. Dia pun tumpang gembira bila aku bagitau tentang Liza beberapa hari dulu.

"Siapa dia Zek tu?"

"Kawan baik abang, dulu kami satu bilik."

"Dier tau Liza?"

"Abang citer. Dier sorang aje yang tau sejarah idup abang. Hari tu abang ingat taknak balik dah lepas exam ni pun, nak keje dengan dier."

"Le ni?"

"Abang kene balik. Kan Liza pulak nak exam pas ni. Takkan abang nak biorkan Liza sorang2."

Dia senyum sambil pandang tepat kepadaku. "Trime kasih bang."

Kami sampai balik waktu senja, sudah gelap pun. Aku terhenti kat simpang ditengah kampong.

"Apasal bang?" Aku geleng kepala sambil teruskan perjalanan. Kenangan lamaku masih menjelma. Tempat jatuh lagi dikenang. Tetapi kehadiran Liza memberi kekuatan padaku.

Dihalaman rumah aku, aku berenti agak jauh sikit. Kedua2 kami masih lagi diatas moto. "Liza, abang tanye ni Liza tolong jawab dengan ikhlas ye?" Dia angguk. "Betul ke Liza sayang abang?"

"Betul, Liza sayang abang dari dulu lagi... tapi..."

"Bukan pasal nak ganti kakak, nak tebus maruah mak ayah Liza?"

"Memang semue sekali, Liza mengaku. Tapi kalau Liza tak sayang abang, Liza tak buat semue tu. Liza memang sayang abang, Liza tak mau tengok abang merane, Liza tak sanggup." Dia sudah sedu sedan.

"Shhhh..." Aku tepuk2 lututnya. "Dah, dah. Abang pun dah mula sayang kat Liza, tapi Liza tau kan hati abang? Sikit2 Liza dah mula ubat, dah boleh senyum sikit2, dah buat abang balik sini. Abang pun dah mule rindu kat Liza tau...."

"Hati Liza lege bila abang cakap macam tu. Liza faham ati abang, Liza tau Liza kene sabor sampe abang dapat trime Liza spenuh ati. Pade Liza, dah boleh stakat skarang pun Liza dah syukur banyak2. Mak dengan ayah abang pun layan Liza dengan baik, walaupun kite takde ape2 lagi."

Ketika ini kami sudah menuju kekerusi panjang kat bawah pokok rambutan didepan rumah. Lampu rumahku menerangi samar2 ditempat kami duduk.

"Ayah cakap nak pinang Liza abis perikse abang ni. Liza setuju tak?"

"Liza stuju, kalau abang setuju." Dia mencium tanganku yang digenggamnya sejak tadi. "Abis periksa ni abang nak buat ape?"

"Kan sawit tu ade, bukan abang tak biase, pastu ngajor."

"Kat mane?"

"Aisey, anak murid abang niii, lembab betul." Aku tarik hidung dia. Kami ketawa kecil. "Dah ler, jom kite masuk. Terlepas Maghrib pulak nanti." Dia memang kuat ibadat, dan aku pun sudah mula terikut2.

Yang Teristimewa - Bahagian 2Where stories live. Discover now