Bab 12 - Nikah Gantung

16.2K 93 2
                                    

Sabtu 12/4

Zek dan Cathy tiba sepertimana yang dijanji. Liza sudahpun menyediakan biliknya untuk mereka berdua. Buat semalam dua ini dia dirumah emaknya. Lepas sembahyang Asar, ayah, mak, Ani, Zek dan Cathy, dan tiga kawan ayah berjalan menuju rumah Pak Teh. Aku hanya memandang dari jendela saja.

"Macam mana?" Aku tidak sabar2 lagi terus bertanya kepada Zek. Memang wajah mereka semua kelihatan ceria, tetapi aku ingin tahu apa yang terjadi.

"Depa tolak." Ternganga aku, tidak percaya dengan cakapnya. "Depa tolak bekas sirih kat aku. Aku tak makan sirih. Aku tolak kat ayah hang la." Berdekah2 ketawa pak imam dan yang lain. Malu aku terkena dengan Zek.

Malam itu, habis Maghrib, aku ajak Zek kekedai dekat simpang. Sempat juga aku perkenalkannya kepada kawan2 yang ada sambil menerima ucapan tahniah dari mereka. Tetapi mereka faham, membiarkan aku berbincang dengan Zek sendirian. Aku berterus terang dengan Zek, menceritakan kedudukan sebenar aku dengan Liza. Pada aku hanya dialah seorang tempat aku meluahkan perasaan, meminta nasihat, dan mungkin juga bergantung harapan. Zek minta aku terus terang, dari hati kehati dengan ayah dan Pak Teh, tentu mereka faham dan dapat bantu. Dia sanggup bercakap bagi pihak aku. Aku tahu sejarah Zek dan Cathy, tau dimana kedudukannya, sebab itulah juga aku tidak segan silu meminta bantuannya.

Balik dari Isyak, aku dan Zek yang terkebelakang sekali.

"Pak Long, Pak Teh, boleh kita sembang sikit." Zek berbisik dengan mereka berdua. Mungkin mereka dapat membaca kehendak Zek yang tidak inginkan orang lain mendengar, terus mengikutnya menghampiri aku.

"Tadi ni Dan dah cerita panjang lebar kisah hidup dia. Memang dulu pun dia dah cerita suka duka dia, saya pun mampu setakat bagi nasihat saja la. Nak cerita banyak pun tak pandai, umur pun sebaya saja dengan dia. Tadi ni dia cerita agak mendalam jugak la tentang dia dengan Liza. Dah suka sama suka, dapat restu dari Pak Long dengan Pak Teh sekeluarga, duduk serumah, belajar sekali, kadang2 sampai tengah malam. Setakat ni belum la jadi apa2 yang tak elok, masing2 dok beringat. Tapi Dan ni, dia pikir panjang sikit, dia takut satu2 pekara yang tak elok terjadi antara depa berdua, maklum la sama2 muda, peluang hari2 dah ada. Nak suruh Liza balik rumah Pak Teh, nak duduk asing2, memang dia tak sanggup, tambah2 lagi dengan keadaan Liza yang nak ambik periksa.. Nak terang kedudukan sebenar dekat Pak Teh dengan Mak Teh memang senang, macam tu jugak dekat Pak Long dengan Mak Long, tapi dia kata jiran2 lain pun dah tau, Liza duduk rumah Pak Long, Dan yang dok mengajar dia dengan Ani, tau2 balik dok rumah sendiri pulak. Tentu depa fikir macam2 dan mungkin ada yang boleh sakitkan telinga kita." Dia berhenti, tarik nafas panjang. Ayah dan Pak Teh sabar mendengar. "Dan jugak kata dia sendiri pun dah tak sanggup berpisah dengan Liza, dia betul2 sayang kat Liza. Pasal tu la kut dia tak jadi nak kerja dengan saya di Penang tu. Dia jugak ada cerita yang Liza pun sayang sangat dekat dia, dan dia kata kalau Liza disuruh balik rumah Pak Teh, mungkin pelajaran dia terjejas, kesihatan dia terganggu. Saya sendiri tak tau la betul ka tak betul. Tapi sekali imbas saya tengok masa mai dulu pun, pagi tadi pun, Liza tu kira lebih seronok ada dirumah Pak Long lagi, pasal Dan ada. Kira macam payah dah la nak pisahkan depa berdua ni. Dan pun ada cerita macam mana dia mula2 mau terima Liza dulu, dapat ganti tempat kakak dia. Jadi saya pun kalau boleh tak mau kesedihan macam tu ulang lagi, lebih2 lagi bila saya tengok dua keluarga ni sungguh2 ceria." Pak Teh ingin bercakap tetapi Zek meminta sabar. "Macam ni Pak Teh, saya ada sikit lagi nak cakap, lepas tu kita pakat dengar pula apa Pak Teh, Pak Long, Dan pun, kalau nak cakap. Jadi orang kata kita nak luah perasaan pun puas, takdak siapa2 ganggu, sekat. Lepas tu baru kita timbang la cari jalan yang elok. Kita semua ni pun nak mencari yang terbaik untuk keluarga kita. Setakat ni pun saya tengok dua keluarga ni dok tolong, menolong, seronok bersembang, melawak. Jadi yang kita nak cari ni, sikit saja lagi. Dua orang yang menghubungkan dua keluarga ni. Saya ada cadang dekat Dan tadi, menikah saja la, itu jalan yang terbaik. Tapi memang la ada jugak halangan2 dia, orang kampong tentu terkejut, baru bertunang, tau2 dah nak kawin, tentu macam2 cerita keluar. Yang keduanya, Liza sekolah lagi, nak ambik STPM pulak tu. Tentulah sikit sebanyak jejas jugak pelajaran dia. Saya tau Pak Long, Pak Teh, saya sendiri pun menikah dengan Cathy dulu, sama2 belajar. Tapi nasib baik la, kami dah masuk Universiti, orang tak heran sangat. Tapi beban dekat diri kami memang berat, alam rumah tangga, alam pelajaran, alam perniagaan, semua kena jaga, semua kena tumpu. Kadang2 tu bila balik rumah, kami sama2 menangis. Tapi Alhamdulillah la, ayah dengan mak saya banyak bantu kami. Sayang Cathy tu macam anak sendiri, tau kata dia anak yatim piatu. Jadi la ni mari kita pakat tolong depa dua orang ni pulak. Saya cadang bagi depa berdua ni nikah senyap2, bukan la nak sorok sebab hal2 yang tak elok, tapi dengan niat, bila sampai masa dan ketika yang elok, sesuai nanti, kita buat kenduri besar2. Dan pun cakap kalau boleh dia tak mau bersama lagi dengan Liza sampai masa kenduri, nak bagi Liza tumpu dekat periksa. Jadi yang menikah ni, sebagai satu pelapik saja, takut2 sama2 tak dapat kawal perasaan. Pasal itu saja, takdak niat lain dah." Aku yang belajar Komunikasi pun aku rasa tak dapat sampaikan hajat aku macam tu. Walaupun Zek cakap cara utara dia, tapi aku tau ayah dan Pak Teh faham semua yang dicakapkannya itu. "Pandangan Pak Teh macam mana?"

Yang Teristimewa - Bahagian 2Where stories live. Discover now