Bab 2 - Teman Belajar

28.4K 123 7
                                    

Malam tu lepas Maghrib, Mak Teh datang, dia bersembang dengan mak. Aku yang baru keluar dari bilik air menegur Mak Teh dan terus naik.

"Dan, kamu nak perikse ke minggu depan?" Mak tanya dan aku angguk.

"Dan, tadi Liza mintak dengan Mak Teh, dier nak teman kamu blajor, dier pun nak blajor same jugak."

Aku memandang mak. "Bior le Dan. Sari duer ni kite ikut aje. Mak Teh cakap, dier pun dah lame tak peduli kat buku, asyik dok bawe diri. Ni dah dier seniri teringat nak blajor balik tu, kite ikut ler ndak dier. Kamu pun sambe2 tu bagi ler semangat sikit kat dier."

"Ikut ler mak. Tapi saye blajor sampe tengah malam."

"Takpe ler, Ani pun ade same. Bagi dier tidor dengan Ani." Ani yang berada dikepala tangga terus mengangguk.

"Trime kasih banyak Dan, nanti Mak Teh suruh dier datang." Katanya sambil bangun. "Takpe ler kak saye balik dulu. Mak Teh balik dulu Dan, Ani."

"Baik Mak Teh." Aku sahut.

Liza tiba masa kami tengah makan malam, bersama beg sekolahnya. Walaupun aku mengajak dia makan sama, dia menolak, sudah makan, katanya. Tetapi dia duduk juga bersama kami. Sesekali aku memandang, wajahnya wajahnya kelihatan tenang. Tiada lagi kesedihan dan airmata seperti petang tadi. Habis makan kami bertiga terus naik keatas. Mereka berdua membuat kerja2 sekolah, membiarkan aku sendirian membelek nota2 kuliahku. Kehadiran mereka berdua sedikit sebanyak memberi semangat untuk aku belajar.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.00. Aku bangun untuk merapatkan tingkap kaca, tidak mahu terlalu banyak angin masuk, aku sendiri sudah merasa sejuk. Bila aku hendak duduk balik ditempatku, Liza memandang aku. Aku senyum dan dia membalasnya. Walaupun mataku memandang buku, fikiranku sudah melayang, mengenang kembali rentetan peristiwa yang menggoncang hatiku sehingga dimalam ini Liza berada dirumah ini. Tapak tanganku mengusap-usap mukaku, cuba menyorok kepedihan yang masih terasa, berpaling kearah lain.

"Abang Dan..." Tangan Liza sudah memegang tanganku.

"Ani masuk tidor dulu." Terdengar suara Ani dan bunyi pintu tertutup.

Ani menarik tangan yang memekup mukaku. Dia pun sudah terisak2, menarik mukaku kedadanya dan memeluk dengan erat.

"Abang Dan, sudah le...." Setakat itu saja yang dapat diucapkan olehnya. Suaranya sudah tersekat2.

Lama juga kami sebegitu sehinggalah dia melepaskan pelukannya. "Tolong le bang. Liza tak tahan tengok abang macam ni." Katanya sambil mengesat air mataku dengan jarinya.

Aku angguk. Aku silap, aku salah. Aku tunjukkan emosiku didepannya. Sesuatu yang tidak patut aku lakukan, bukan saja ianya menghiris hatiku, tetapi hatinya juga.

"Abang mintak maaf." Aku bersandar dikerusi, menarik dan memeluk tubuhnya seperti petang tadi. Masing2 membisu, meredakan semula hati yang terkocak.

"Liza," Aku membisik. "dah dekat pukul satu ni." Kami sama2 terlena. Tanganku masih lagi dibahunya, kepalanya dibahuku.

"Abang, lupakan le yang lepas yer? Liza dah ade dekat abang ni." Dia masih tidak bergerak.

"Abang tau. Abang akan cube. Liza tolong abang yer?"

Dia angguk. "Liza akan ade same dengan Abang Dan selalu."

"Terima kasih Liza."

"Liza tau hati abang pedih, Liza dapat rase. Pasal tu Liza sendiri pun tak dapat tahan bile tengok abang. Tapi kite cuber yer...."

Aku mengeratkan lagi pelukanku. Sememangnya dia bersamaku.

"Dah ler, jom kite masuk tidor."

Dia bangun perlahan2, meramas2 tanganku sebelum melepaskannya semula dengan perlahan2. Dia memandang aku sebelum menutup pintu bilik.

Tengah hari Ahad itu aku dan keluarga dijemput untuk makan dirumah Mak Teh. Memang suasana sudah mulai ceria, semua sudah boleh tersenyum. Termasuk aku sendiri, apa tidaknya, sering diusik oleh mereka semua. Dan atas arahan Mak Teh, Liza perlu memanggil aku abang sahaja, disambut dengan tepuk sorak oleh adik2 yang lain. Ayah, mak dan Pak Teh hanya tersenyum. Aku tengok Liza memang cengkung, matanya dalam, tulang pipinya jelas, tidak seperti dulu. Kasihan aku melihat deritanya. Tetapi mak aku yang dikatakan sakit itu berseri2 mukanya. Aku tersenyum dihati.

Selama beberapa malam itu dia berulang alik antara dua rumah kami. Dihari sekolah dia akan turun bersama Ani, siap dengan pakaian sekolahnya, tetapi pulangnya terus kerumahnya, malam baru menjenguk balik dirumahku. Bila Ani beralah kebilik tidor, dia masih lagi menemaniku, berubah duduk berhampiran. Kadangkala memerhati aku, kadangkala membelek2 buku dan notaku. Kadang2 memberi senyuman dan bersembang bila melihat aku berehat sebentar.

"Minggu ni abang ada berapa paper?"

"Satu aje."

"Rabu tu?" Aku angguk.

"Minggu depan tu?"

"Start hari Selase sampai Khamis. Minggu satu lagi tu ade duer paper."

"Lepas perikse Rabu ni abang balik yer?"

"Entah ler Liza, abang tak berani janji...."

"Abang balik ler, Liza janji akan temankan abang lagi."

Aku melihat mukanya, dia bagaikan merayu, ingin bersamaku. Aku angguk, dan bagaikansatu kesakitan, satu senyuman mula terukir diwajahnya. Aku turut tersenyum. Dia mengambil tanganku dan mengucupnya.

"Terima kasih bang."

Pukul 4.00 petang Selasa itu aku sudah bersedia untuk bertolak balik kekampus, menghadapi kertas peperiksaanku yang pertama. Belum pernah lagi aku pulang kekampung ditengah2 musim periksa. Entah mengapa pujuk rayu Liza berupaya melembutkan hatiku. Didepan kedua orang tua kami pun dia berjanji untuk menemani aku sepanjang masa aku membuat persediaanku nanti. Dan ketika ini mereka semua sudah berkumpul dihalaman rumahku.

"Besok abang balik ye!" Liza bersuara.

Aku mengetap bibir, terharu dengan permintaannya itu sekali lagi, aku angguk, membuatkan seluruh ahli keluarga kami dan dia mengukir senyum.

"Liza jage diri baik2 ye." Dia angguk dan mencium tanganku sebelum perlahan2 aku meninggalkan perkarangan rumahku.

Yang Teristimewa - Bahagian 2Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu