Bab 6 - Test of Love

22K 104 2
                                    

Isnin 24/2

"Abang, solat subuh nak?" Tiba2 terdengar suara Liza mengejutkan aku didalam gelap itu.

"Dah pukul berapa?"

"5.30. Kejap lagi masuk subuh."

"Liza tak tidor ke?"

"Kan Liza terlena dekat abang semalam. Lepas solat nanti abang tidor le balik."

Aku bangun dan dia memeluk dan mencium pipiku, cuma sekejap. Dan kami turun kedapor bersama2. Aku tau dia tidak berani turun bersorangan, belum biasa dirumahku ini. Aku menopang dagu dimeja dapor bila mak menjenguk.

"Ape kamu buat bangun pagi2 buta ni Dan."

"Tu, Liza ajak semayang subuh."

Mak tersenyum, "Elok le tu Dan. Takat Maghrib dengan Isyak aje mane cukup." Pagi2 lagi dah kena. "Liza tak kejutkan Ani same ke?" Mak tanya bila Liza keluar dari bilik air.

"Tak pulak Mak Long. Nanti saye tanye dier."

"Haa Dan." Aku terus bangun dan menuju kebilik air.

Pagi tu aku bersarapan sekali dengan Liza dan Ani. Dan aku juga berada dilaman sewaktu mereka menaiki moto kesekolah. Ayah Dan Pak Teh baru balik dari surau.

"Nak kemane ni Dan, awe2 dah bangun." Pak Teh menegur.

"Nak masuk tidor le Pak Teh." Aku menjawab.

"Liza kejutkan dier, suruh semayang subuh." Mak menyambung.

"Elok sangat le. Kalo dengan kite, banyak jawabnya." Ayah dan Pak Teh ketawa, macam menyindir aku pulak. Begitu pun aku amat gembira melihat mereka berdua yang sudah lama berkawan rapat, ceria semula.

"Takpe le Pak Teh, saye masuk dulu."

"Cadang abang bile kite nak buat majlis deme ni?" Aku terdengar dihujung telinga.

"Kite buat bulan empat boleh kut, habis Muharram ni. Setuju?"

Aku tak jadi naik, berbaring kat kerusi panjang diruang tamu, mencuri dengar bualan mereka mengenai aku dan Liza.

"Ikut abang le, kite doa bagi diorang ni selamat sudah. Liza duduk kat rumah abang ni takpe ke?"

"Entah le Senin, abang pun payah nak cakap. Memang le tak elok dipandang orang, tapi nak buat camane, due2 bepenyakit. Bila Liza tu duduk kat sini, nampaknya due2 dah makin pulih. Masing2 pun tekun blajor, periksa besor pulak tu kali ni."

"Saye pun ingat macam tu jugak. Dah due2 nampak elok kat sini, maleh plak nak ganggu, deme. Nak ajak Dan kerumah kami pun takut dier teringat2 mase dok ngajor kakak Liza."

"Toksah le riso, abang dengan akak kamu ni pun rajin jugak dok jenguk2 deme tu. Lagi pun Ani ade blajor skali."

"Saye dengan Imah tak riso Liza tu kat sini. Dan tu pun budak baik, bekawan dengan kakak Liza dulu pun, tak penah buat tak senonoh. Pasal tu kut dier sedih sangat bile Ida buat kat dier camtu. Harap2 Liza tak ikut macam kakak dier. Tidak mane saye nak sorok muke ni."

"Yang lame tu kite lupe2kan le. Mungkin dah jodoh Dan dengan Liza, memang secocok pun. Tengok tadi, ngantuk2 pun bangun jugak bile Liza kejut sembahyang subuh." Mereka ketawa lagi.

Lama jugak mereka berdiam diri. "Ida dok blajor lagi ke Senin?"

"Entah bang, saye tak tau, dan saye tak mau ambik tau. Saye tak bagi dier jejak kaki dirumah selagi saye ade. Dah bekawan elok2 dengan Dan, jauh aje dari mate kite, cari laki orang pulak. Malu sungguh saye. Nasib baik le anak abang tu baik, tak reti nak bedendam, mau nolong kami lagi. Kalau idak Liza pun entah jadi ape saye pun tak tau."

Yang Teristimewa - Bahagian 2Onde histórias criam vida. Descubra agora