Bab 3 - Bunga Berkembang Lagi

23.1K 113 1
                                    

Rabu 19/2

Kertas pertamaku sudah selesai, aku dah jawabnya sebaik mungkin Dan aku ada lagi lima hari sebelum kertas kedua. Keluar saja dari dewan aku dah bersedia untuk menuju kampong. Aku tau Liza menungguku. Dia benar2 berjaya memujuk dan melembutkan hatiku untuk balik agar dia dapat bersama2ku.

Sejak petang Rabu itu, Liza bersamaku setiap detik. Semua keperluanku, makan minumku dijaganya dengan rapi, malah bersengkang mata bersamaku hingga kepagi. Kali ini dia tidak balik kerumahnya, cuma menjenguk sekali sekala sahaja dan tidur dibilik Ani untuk sejam dua menjelang pagi.

"Liza pegi le tidur dulu. Abang pun dah nak berenti ni." Kataku bila melihat dia tersengguk2 disebelahku.

"Takpe le, abang buat le keje abang." Dia juga menumpang belajar untuk STPMnya dihujung tahun ini.

Dia dah tersandar dibahuku. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Ayam pun dah mula berkokok. Aku menutup buku, menarik nafas panjang dan melenggok2kan kepalaku. Aku sendiri pun dah rasa mengantuk walaupun seteko air kopi sudah habis aku dan Liza minum. Aku memandang Liza, menatap wajah yang sedang tidur nyenyak disebelahku. Tenang dan lembut menarik nafas. Memang dia sudah berubah banyak dari waktu aku mengajarnya dulu, hampir tiga tahun lalu. Memang dia sudah menjadi gadis yang cantik, berkulit cerah mengikut Pak Teh. Bibir nipisnya terbentuk cantik bagaikan tersenyum walaupun didalam lenanya. Memang tidak sepatutnya gadis yang sebegini cantik menempuh derita, semuanya kerana aku. Sanggup memendam rasa, beralah kepada kakaknya. Memang dia sungguh baik.

Aku meramas2 tangannya yang terkulai diribanya. "Liza," aku membisik. "Jom masuk tido."

Dia membuka mata, memandang aku, memegang tanganku dan diletakkannya dipipinya.

"Liza, dah pukul duer ni." Aku membisik lagi.

"Kite duduk kejap ye." Aku angguk sambil mencium pelipisnya. "Abang sayang Liza tak?" Suaranya lembut bertanya.

"Abang sayang Liza." Dia mengangguk, mungkin puas dengan jawapanku. Aku mengusap bahunya. Batang aku keras didalam seluar trek, tapi aku tidak pedulikan. Sayangku pada Liza mula berputik dan sudah mencukupi untuk menceriakan hidupku.

"Susah tak paper hari ni?" Dia mendongak melihat mukaku.

"Boleh ler tahan."

"Liza selalu doakan abang dapat result baik nanti."

"Trime kasih Liza, memang abang pun harapkan doa Liza. Hati abang pun rase tenang tadi, tau Liza ade."

Agak lama juga kami membisu, bagi peluang sepuas2nya untuk dia bermanja denganku, tanganku saja yang membelai rambutnya yang ikal itu. "Jom Liza, nanti abang pun telene same kat sini."

Dia bangun sambil menarik sama tangan aku. Didepan pintu bilik Ani itu dia mengucup lembut dipipiku. "Selamat malam bang."

"Selamat malam." Dan aku menutup lampu sebelum masuk kebilik aku.

Yang Teristimewa - Bahagian 2Where stories live. Discover now