Bab 11 - Duit Advance Gaji

13.8K 90 1
                                    

Isnin 24/3

"Za ade kelas tak petang ni?" Aku bertanya setelah lama kami berdiam diri. Seperti biasa Liza sudah berbaring dikatil aku disubuh pagi, memeluk aku dari belakang.

"Ari ni takde."

"Kite pegi cybercafe, nak check e-mel Zek tu. Nanti beleter pulak, duer tige ari baru nak bukak."

"Dier memang macam tu ke? Semue nak cepat."

"Biase le orang business, yang nak kene cepat tu dier buat cepat. Mase takde keje, boleh sembang ngan abang sampai duer tige jam."

"Dier memang rapat ke dengan abang?"

"Boleh jadi ye, boleh jadi idak. Abang aje yang rase rapat dengan dier. Dier sibuk, mase duduk sebilik dulu pun, jarang sangat kami dapat bersembang lame2, hai masuk, hai keluar. Yang abang rase rapat ngan dier tu mase abang tengah teruk ari tu. Abang tak malu dah nak mintak keje ngan dier, taknak balik sini lepas exam. Kami sembang panjang, Cathy pun join same. Abang tak malu dah, nangis depan deme. Dari situ ler Cathy selalu ajak makan same, kadang2 dengan Zek sekali."

"Zek tak jelous ke?"

"Nak jelous ape dengan kutu brahak macam abang ni. Nak beli baju sepasang kat Cathy pun tak mampu."

"Liza, Dan. Ralit2 telepas subuh nanti." Mak memanggil.

"Baik mak." Liza sahut dan terus turun meninggalkan aku.

Dalam e-mel, Zek bagitau dia dah masukkan wang 3,000 dalam akaun aku; seribu untuk tumpang kenduriku nanti dan perlu diserahkan kat ayah, seribu lagi hadiah pertunangan Cathy pada Liza dan perlu diserahkan kepadanya dan baki tu advance gaji aku untuk projek dia. Terkedu aku. Tak sangka sama sekali dia sanggup menghantar wang sebegitu banyak kepadaku. Dan tiada sebarang alasan yang boleh aku beri jika aku enggan menerima pemberiannya itu, wang dua ribu itu adalah hak ayah dan Liza, bahagian aku pun terpaksa aku terima jika aku mahu membantunya untuk projeknya itu.

Malam itu juga, sambil menonton tv, aku menyerahkan bahagian masing2. Liza berlinangan air mata menerima wang itu, ayah juga tidak terkata apa2, hanya berupaya menganguk2 sahaja. Memang kami semua bersyukur atas pemberiannya itu. Wang simpanan aku sendiri tinggal beberapa ratus saja lagi untuk belanja kehujung tahun. Kini baru aku sedar yang aku perlu bersama Zek untuk mengumpul sedikit wang belanja harian dan juga untuk hantaran Liza nanti. Zek sekali lagi memberi peluang keemasan kepadaku, mencari nafkah ditempat aku sendiri, tanpa terpisah dari Liza.

"Liza nak buat ape dengan duit tu?"

"Ntah le mak. Liza pun tak tau." Jawabnya didalam sendu.

"Besok Liza pegi buat pakaian baru untuk betunang nanti. Tentu Cathy seronok kalo dier tengok Liza pakai baju cantik dari duit hadiah dier."

"Baik mak."

Besoknya Liza pergi menempah baju bersama Ani, sorang sepasang. Kalau pergi dengan aku pun, macam tikus tengok besi saja.

Suatu pagi itu Ani ternampak Liza baring dikatilku. Nasib baik dia hanya memeluk tubuhku dari belakang, masih lagi berpakaian lengkap. Aku pula ketika itu memakai kemeja-T dan berseluar trek, kesejukan dek hujan semalam.

"Jom." Ani membisik sambil mencuit bahu Liza. Terkejut kami berdua, namun Ani sudah meletakkan jari kemulutnya.

"Lewat kamu hari ni Liza." Emak menegur bila melihat mereka berdua turun.

"Dah sedor tadi, telena balik."

"Nasib baik Ani tejaga, tidak kalo lewat keskolah le hari ni."

"Itu ler, bejage sampe pukul satu duer pagi. Mane tak ngatuk. Dah kejut abang kamu?"

"Dah mak." Liza menjawab.

"Dier tu lagi teruk. Kejut pukul sepuluh, pukul sepuluh le bangun."

"Ani dok mencece ape pagi2 ni. Baru hari ni Ani bangun awe dari abang." Diam dia. Tetapi Ani ngan aku memang tak kisah. Dia rapat dengan aku dari kecik lagi, menangis aku menangis le dia. Bila dah sekolah baru dia renggang sikit, tetapi sejak aku ditimpa bahana, dia turut bersedih bersamaku. Dan diakhir2 ini dia juga menumpang gembira bila aku sudah bersama kawan karibnya, Liza.

Yang Teristimewa - Bahagian 2Where stories live. Discover now