Bab 14 - Jadi Suami ke, Tunang?

16.7K 99 3
                                    

Isnin 14/4

Zek dan Cathy berangkat pulang petang tadi. Kedua keluargaku meratap tangis dimajlis perpisahan itu bagaikan satu kehilangan besar yang tiada gantinya. Tetapi ketika itu aku sudah tenang. Aku tahu perhubungan kami akan bertambah erat.

Sememangnya kehadiran mereka suami isteri membawa impak besar kepada keluarga kami. Pada kunjungan pertama dulu lagi keluargaku sudah menyanjung tinggi mereka berdua walaupun hanya bersama kami tidak sampai lima jam. Kunjungan kali kedua ini memberi kesan yang lebih mendalam. Hilang segala was2, hilang segala keraguan mereka tentang hati budi dua insan itu. Yang tinggal kini hanya puji2an yang melambung tinggi, yang sememangnya menjadi hak mutlak mereka suami isteri. Sambil aku, ayah dan Pak Teh atau yang kini aku panggil abah kagum dengan kematangan, kepetahan dan ketulusan Zek membantu menyelesaikan kekusutan yang aku hadapi, kedua emak, isteri dan adik2 pula memuji kejelitaan, kesopanan, keramahan dan kekuatan ibadah Cathy. Mereka kagum melihat kebolehan Cathy mengendalikan persediaan majlis pertunangan itu dengan sebegitu mudah, berupaya menyesuaikan diri dalam suatu majlis ditempat yang asing baginya. Dia bagaikan bidadari, menjadi perhatian dan tajuk perbualan jiran2 dari hari pertama lagi. Entah mengapa sejarah percintaan mereka yang aku luahkan malam itu menjadi hidup dan tersebar bagaikan satu lejenda dikampungku. Mungkinkah kerana mereka berdua tampan dan jelita, bijak dan berharta, berbudi dan berbahasa. Apa pun aku sememangnya cukup2 bangga mempunyai sahabat seperti mereka berdua.

Walaupun kini rumahku kembali tenang, tetapi suasana ceria masih terasa. Walaupun dibulan2 mendatang ini aku dan Liza terpaksa berlakon sekadar tunangan, tetapi aku gembira kerana kasih sayang yang terserlah antara aku dan Liza tidak lagi memberi keluh kesah kepada orang tuaku, tidak lagi menjadi penghalang kepada paduan kasih antara aku dan Liza. Cuma buat masa ini, kami bersama2 sudah berpakat untuk menunggu malam pertama nanti dengan penuh sabar.

"Abang nak tidor mane malam ni?" Liza bertanya bila dia mengekoriku naik untuk bersalin pakaian solatku.

Termenung juga aku untuk mencari jawapan. "Geran dapat dah, tapi tak leh teroka lagi. Nebas sikit2 boleh kut?"

Dia senyum sambil mengangguk. "Sikit2 aje tau."

Aku keluar mencari seluar trek yang aku pakai semalam. Baju yang aku pakai hari2 pun dah tiada dimeja tepi katilku. "Za letak mana kain baju abang?"

"Za tak ubah pun. Tak naik atas pun sari ari ni."

"Ani, kain baju abang mane?" Aku tanya dari atas tangga saja.

"Dalam bilik kamu le. Belakang pintu."Mak yang jawab.

"Yer le mak." Soalan Liza tadi sudah terjawab, tanpa ragu lagi. Kini semuanya bergantung atas kami berdua saja untuk mengotakan janji yang aku berikan kepada Zek dan orang2 tuaku.

Kami mengulangkaji seperti biasa. Tetapi bila Ani sudah tidak dapat bertahan, kami juga berhenti. Dan aku mengekori Liza masuk kedalam bilik. Dia sudah berbaring, menunggu aku. Dia memeluk aku sebaik saja aku meletakkan kepala. Memang terasa debaran yang berlainan sekali malam ini. Aku meletakkan tanganku didadanya.

"Ade ape bang?" Dia membisik.

"Za suke ke kite dapat tidor same2?"

"Apasal tak suke pulak?"

"Za nak abang jadi suami ke tunang?"

"Tentu le suami."

"Tapi jadi suami pun abang tak boleh jalankan tugas abang."

"Za faham. Kite sabor le."

"Abis Za periksa nanti, abang periksa Liza pulak, nak?"

"Abang...." Dia meniru gaya Cathy petang tadi. Aku tersenyum sambil menarik hidungnya. "Abang taknak tutup lampu ke?"

Yang Teristimewa - Bahagian 2Where stories live. Discover now