Bab 7 - Kunjungan Kawan Rapat

19.1K 103 2
                                    

Jumaat 28/2

"Abang, dah subuh."

Dia sudah berbaring diatas katilku, memeluk tubuhku. Patutlah terasa sedap benar tidurku.

"Dah lame ke Liza masuk?"

"Dari semalam lagi," dia mencium pipiku. "Tak lah, ade ler sminit duer."

"Kejut Ani tak?"

"Liza tanye smalam. Die kate nanti ler. Bior le bang, nanti dier ikut le. Jom. Mak Long pun dah bangun kut. Dah cerah kat dapur."

"Liza turun le dulu. Kejap lagi abang turun."

Dia melepaskan pelukannya tetapi tangannya tersentuh batang aku yang terpacak keras.

"Pasal tu?"

Pagi tu, selepas Liza dan Ani bertolak kesekolah, aku kekebun membantu ayah. Dia terkejut melihat kehadiranku, namun aku tau kegembiraan yang terpancar dimukanya. Hampir pukul 12.00 juga baru kami balik. Selepas mandi aku terus berbaring dikatil, memegang nota2ku. Tiba2 handfon aku berbunyi, mujur juga aku baru mencasnya setelah tidak menghiraukannya langsung sejak balik dulu. Zek yang memanggil.

Dia dan isterinya sudah ada di Ipoh, dalam perjalanan ke KL. Orang business, tengah exam pun jalan merata, bisik hatiku. Aku jemput mereka untuk makan tengah hari dirumahku. Hampir setengah jam juga aku menunggu di persimpangan jalan besar ke Lumut itu dan kini Honda CR-V itu mengekori moto aku masuk kehalaman rumahku.

"Assalamualaikum Pakcik, Makcik." Zek dan Cathy bersalaman dengan mak dan ayah.

"Mak, ayah. Depa dua orang ni la yang banyak tolong Dan tiga empat bulan ni. Cathy ni belajar sekali dengan Dan, Zek ni pulak kawan sebilik masa taon sudah."

"Dok blajor lagi le due2?" Mak bertanya.

"Ya, Makcik. Sama dengan Dan la, tapi kami dah habis kelmarin." Cathy menjawab. Baru aku ingat yang mereka hanya mengambil empat kertas sahaja kali ini sedangkan aku enam, dua lagi diminggu hadapan ini.

"Tapi depa dua orang ni tak kisah dah, ada business sendiri. Kilang saje dua tiga bijik"

"Takda lah. Takat cukup makan kami berdua tu ada la." Zek pula berkata.

Mak sudah kedapor menyediakan makanan, Mak Teh pun ada membantu. Tinggal aku dan ayah bersembang dengan mereka. Tidak lama kemudian Liza dan Ani pulang. Melihat ada tetamu, mereka masuk melalui pintu dapor. Aku memanggil mereka berdua.

"Zek, Cathy, ni Ani, adik aku, ini Liza." Mereka bersalaman dengan Cathy.

"Liza ni siapa pulak?" Zek mengusik aku. Memang dia tau siapa tu Liza.

"Tunang abang Dan." Ani yang jawab.

"Ohhh, tak bagitau pun..." Dia usik lagi. Dia tau mood aku baik, tengah gembira.

"Belum rasmi lagi, insyaallah lepas habis periksa Dan ni. Pakcik nak jemput la Zek suami isteri datang nanti. Nanti Dan bagitau tarikh."

"Terima kasih la. Insyaallah, kalau takda apa2 hal, kami datang."

Bila melihat jam hampir pukul 1.00, aku terus bertanya, "Hang nak semayang ka Zek?"

Dia angguk "Masjid kat mana?"

"Atas sikit dari simpang masuk tadi."

"Jom."

"Jom." Aku dan ayah juga bangun. "Liza bawak Cathy naik, dia pun nak semayang kut."

"Elok jugak kita solat dulu, deme masak tak abis lagi ler tu." Ayah bersuara sambil kami masuk kekereta Zek.

"Mintak maaf la kami menyusahkan Pakcik sekeluarga pulak."

Yang Teristimewa - Bahagian 2Where stories live. Discover now