Bab 17 - Malam Pertama

33.5K 205 36
                                    

Sabtu 17/4

Pukul 10.00 lagi kami dah keluar. Aku singgah di bank dulu untuk keluarkan wang. Banyak yang hendak dibeli. Mak Liza pun sudah serahkan wang mas kahwinnya padaku. Dan kekedai emas tempat aku belikan cincin pertunangan kami dululah destinasi kami yang pertama. Kali ini dia memilih rantai dan loket, aku menambah seratus lebih lagi untuk mendapatkan yang terbaik untuknya dan termampu bagiku. Dan dia terus memakai dengan penuh bangga. Aku tumpang gembira melihat dia tersenyum.

Ani menolong angkatkan barang yang kami beli kedalam rumah. Cuma Ani saja aku belikan kemeja-T Pangkor, yang lainnya adalah keperluan kami, printer, radio kecil, kemejaT dan pakaian dalam yang istimewa untuk Liza.

Masuk saja kedalam bilik, aku terus memasang radio. Saje nak test sampai kat mana dia bising, sampai kat mana kami boleh bising. Masa aku tengah tarik wayar extension tu Liza masuk, aku pun berhenti dulu, melihat dia membelek2 pakaian yang kami beli tadi.

"Apasal yang abang beli banyak sangat ni, sampe empat pasang." Pakaian dalamnya. "Mase bile yang nak pakai?"

"Mase kite makan angin nanti ler. Kat dalam ni Za tak pakai pun takpe." Dia jeling kat aku.

"Kite bagi satu kat Ani boleh tak?"

"Kan Za dah beli baju kat dier. Orang lain tak dapat ape pun."

"Atu, takkan nak bagi dekat mak kut?" Dia buat lawak.

"Nanti kite kluar sekali lagi, kite belikan kat Ani. Ok? Yang ni semue, simpan untuk Za dulu. Abang pun tak tau bile pulak nak boleh beli kat Za lagi." Dia angguk.

Memang kali ini aku belikan yang branded, mahal sikit, yang seksi, khas untuknya, bermacam2 warna. Bila dah disimpannya dalam almari, Liza duduk disebelah aku. Aku tarik tubuhnya bagi berbaring bersamaku.

"Dah dekat pukul nam ni bang, takkan nak tidor lagi."

"Tak, baring2 aje." Jawabku. "Za memang rapat yer dengan Ani."

"Kan dari dulu lagi pegi sekolah pun same2. Dier le kawan yang paling rapat."

"Dier tau ler yang Za suke kat abang?"

"Tau. Dier ler yang bagitau kat mak abang. Mak dengan abah pun terkejut bila ayah bagitau. Deme ingat Za sakit, kut orang buat ke. Tapi Ani tu sayang kat abang. Dier pun nangis same tengok abang jadi gitu. Mase dier mula2 tau yang Za suka kat abang, dia yang sokong kuat, suruh Za terus terang dengan abang, kalau tak berani, dier sendiri yang yang nak bagitau. Tapi Za tak bagi. Cukup takat tengok abang seronok, Za pun tumpang seronok. Tapi Ani dah macam meluat dekat kakak Za."

"Pasal tu dier buat layan tak layan aje." Baru aku sedar, dia lebih suka belajar sendirian, tidak seperti sekarang. "Za citer abis la pasal kite?"

"Tak ler citer semue, rahsia kite, rahsia jugak. Tapi dier tau kite dok berkasih malam2, dier pun dok ingatkan, jangan terlanjur."

"Ntah2 dier citer dekat mak?"

"Tak, dier seniri kate tak. Za pecaye cakap dier. Dier pun rase lege bila kita kawin."

"Pasal tu ler yang abang mintak nasihat Zek. Nasib baik dier tolong kite all out."

"Abang citer abis ke kat dier."

"Setakat yang perlu aje. Dier pun paham, dier pun muda macam kite jugak. Abang pun cakap pasal nak mengelak dari terlanjur, bukan pasal dah tak gatal sangat nak kawin. Dier yang cakap terus kat ayah dengan abah malam tu. Tapi abang pun heran macam mana sampai Tok Kadhi sendiri pun boleh ikut cakap dier."

"Tengok ler dier cakap macam mane, abis terngange kite dok dengar dier cakap aje. Tapi tengok gaye dier pun, boleh jadi wakil rakyat tau."

"Tapi dier ni sebenarnya bukan kaki cakap. Bukan ler ramah sangat macam Cathy tu. Bila perlu aje dia cakap."

Yang Teristimewa - Bahagian 2Where stories live. Discover now