Bab 10 - Mini Market

15.1K 88 3
                                    

Ahad 23/3

Pagi itu dia datang lagi, berbaring disisiku, meletakkan batangku yang keras menegang itu dicelah pahanya. Seluar dalamku sudah diambilnya semalam selepas mengelap limpahan air maniku. Kami hanya berdakapan mesra setelah puas merasai nikmat semalam.

Aku baru saja menggantungkan parang parang panjang yang aku bawa bersama kekebun tadi bila segelas Milo panas diletakkannya dimeja dapor itu. Liza sedang memasak bersama Ani.

"Bukak le baju basah tu, tak elok peloh serap balik dalam badan." Aku akur saja dengan kata2 Liza itu, menyangkut baju basah itu dikerusi.

"Sape sakit Ani?"

"Kate ayah, pegawai Haiwan yang dulu keje kat Sri Iskandar."

"Encik Hamid ke?" Ani hanya mengangkat bahu.

"Abang tolong sidaikan kain baju tu. Banyak lagi yang nak dibasuh tu. Nanti tak sempat kering pulak."

Aku menarik telinga aku sendiri dan bangun. Ani tersenyum, mencuit kedua pipinya dengan jari, padan muka le tu. Liza tidak nampak, dia sibuk membasuh pinggan mangkuk, membelakangi kami. Segan betul aku menyidai pakaian, apa lagi pakaian perempuan. Nasib baik tidak ada pakaian dalamnya. Baru aku tau pakaian aku dibasuh bercampur pakaiannya, pakaian mak dengan pakaian ayah dan Ani membasuhnya sendiri. Terasa juga kehidupan kami bagaikan suami isteri, dia yang mengambil alih menjaga semua keperluanku, pakaianku, makan minumku. Bersamaku disetiap ketika yang terupaya. Cuma tidor saja berasingan, tetapi sejak akhir2 ini, dia sudah berani sebantal denganku, seminit dua mendakapku pun sudah memuaskan hatinya.

Aku baru saja duduk disebelah Liza dibuaian depan rumah itu bila Ani memanggil namaku, handfon aku berbunyi diatas. Aku pun baru saja mencas, setelah hampir satu minggu terbiar begitu saja. Memang jarang sekali aku gunakan sejak balik sini. Kadang2 terasa menyesal pula membelinya dulu, kononnya untuk merapat yang jauh. Aku terus berlari masuk, tetapi Ani sudah menghulurnya ditangga.

"Assalamualaikum Zek." Diapun yang selalu bertanya khabar.

"Mualaikum salam, makan dah ka?"

"Dah. Hang ada mana ni?" Aku tanya sambil berjalan kembali kesamping Liza. Dikampus aku selalu guna slanga utara, seronok, terasa mesra terutama dengan member utara.

"Langkawi. Wei Dan, aku nak tau hang punya plan boleh dak?"

"Plan apa pulak?"

"Dulu hang kata nak kerja dengan aku, lepas tu kata nak coach mata air hang. Takkan sampai ujung tahun pi hang buat kerja tu aja."

"Ntah la Zek. Yang itu yang utama pun dalam hidup aku. Takda la plan lain. Dengar ayah aku cakap nak tunangkan kami bulan depan ni. Dia pun ada bagitau hang kan?

Ha, belum aku lupa, aku nak jemput hang dengan Cathy ke majlis tu, hari Sabtu 12 haribulan."

"Insyaallah, tapi aku kena check diari aku dulu. Tapi Dan, takkan hang nak menempek orang tua hang sampai setahun kut?"

"Memang aku dok kekebun pun. Duit biasiswa pun ada sikit lagi, cukup la nak buat kenduri kecik."

"Hang nak kerja dengan aku dak?"

"Buat masa ni dak la kut. Aku mintak maaf la Zek, menyusah hang pulak. Hang bagi la dekat orang lain kerja tu. Terima kasih banyak2 la nak tolong aku."

"Ok, hang dah kacau aku, bagi susah aku. La ni hang dengar elok2, aku nak kacau hang pulak. Masa aku dengan Cathy pi rumah hang dulu, aku tengok ada empat lima taman perumahan baru bukak. Hang tolong pi survey, kalau ok kita bukak mini market kat sana."

Berderau darah aku, memang ada terlintas dikepalaku tentang itu. "Tapi Zek, aku abuk pun taktau pasal beniaga ni. Nak survey apa pun aku taktau."

"La ni macam ni, aku pun free masa tu, besar kemungkinan aku dengan Cathy boleh pi sana. Ada hotel ka dekat2 situ?"

"Rest house ada la dekat P. 10 kilo kut dengan rumah aku. Hampa tidor la rumah aku, tapi tak selesa la kut."

"Yang tu aku tak kisah sangat, tapi sari dua tu aku ingat nak ajak hang round area tu. Tengok macam mana."

"No problem Zek. Hang punya pasal no problem."

"Ok set. Kami pi sana pagi 12 haribulan. La ni hang tolong bagi nombor bank akaun hang."

"Hang nak buat apa?"

"Bagi sudah la, nanti aku bagitau la."

"Aku kena cari dulu la."

"Hang pi cari sekarang ni. SMS kat aku malam ni jugak, aku tunggu. Ingat Dan, hang jangan bagi aku susah dua tiga kali."

"Ok Zek, ok Zek. Aku pi cari sekarang ni jugak. Mintak maaf la menyusahkan hang pasal kerja tu."

"Dah la tu. Ok Dan, kirim salam aku dengan Cathy kat mak ayah hang, famili hang dan tunang hang tu."

"Nama dia Liza, Zek, Liza. Insyaallah. Aku dengan Liza pun kirim salam kat Cathy. Assalamualaikum.

"Mualaikum salam." Dia sahut, dan perhubungan kami terhenti setakat itu.

"Jom Za, kite naik cari buku bank abang."

"Pasal ape dia nak pulak?"

"Mane le tau. Ade le hal mustahak tu. Dier kate nak bukak mini market kat sini, nak suruh abang buat survey dulu."

"Bukan ke abang ade cakap kat mak malam tu." Kami berbual sambil berjalan masuk.

"Dier lagi cekap, lalu sekali aje dah nampak. Tak dan nak bagitau dier, dier dah bagitau kite." Mak dan ayah sedang menonton tv. "Zek kirim salam kat semua."

"Kamu jemput dier tak majlis bertunang kamu nanti?" Ayah tanya.

"Dah ayah, insyaallah, dier ngan Cathy akan datang. Boleh jadi tidor rumah kite kut."

"Nak ke dier?"

"Mak, dier pun macam kite jugak. Deme biase bertenggek dengan saye makan mee rebus tepi jalan. Idak Cathy tak lantak le tempoyak mak tu, bawak balik lagi."

Diatas aku dan Liza berpecah, dia mencari didalam bilik, aku pula dekat longgokan buku2 dibawah katil aku. Liza yang jumpa, dalam beg dibawah katilnya. Dan aku terus menghantar SMS kepada Zek. Tak sampai seminit pun dia malas SMS aku, suruh aku buka e-mel besok. Ketika ini kami masih lagi bertenggek dikatil didalam bilik.

"Amboi, dah siap antar e-mel." Liza bersuara.

"Laptop dier tu tak lekang dari dier, macam bini nombo duer."

"Deme beduer tu pegi mane2 pun sekali ye bang?"

"Abang pun kalau boleh nak camtu jugak. Taknak jauh Za dari abang."

"Macam ni?" Dia memeluk tubuhku.

"Abang nak.... Opps sorry." Ani terhenti melihat kami.

"Ani, mari masuk." Aku panggil. "Kami tak buat ape2 pun." Liza masih lagi memeluk pinggangku. "Ani nak tanye ape?"

"Nak studi tak malam ni?"

"Ak ah, dah pukul 10.00 yer. Jom kite start."

Yang Teristimewa - Bahagian 2Where stories live. Discover now