Bab 16 - Khilaf

16.6K 91 1
                                    

Khamis 15/4

Sejak kami tidor bersama ni, baju aku dah jadi baju dia. Mula2 tu mak dok jeling juga, tapi lama2 dah biasa, dah tak heran. Aku juga semakin sibuk, dah tiada masa nak sambung tidor waktu pagi. Selepas Liza dan Ani kesekolah, aku terus kekebun. Malah aku sudah berpakat dengan ayah untuk bersihkan kolam ikan yang dua buah itu.

Ketika lalu kawasan sarang asmara aku dulu, terdetik juga hatiku, tapi cepat2 aku ingatkan Liza. Tetapi otak jahatku masih mengganggu, mengukir bayang2 didalam air. Aku menyandar dipangkal sawit. Membezakan mereka dua beradik, Liza menang, kulitnya lebih cerah, dia lebih tinggi, dia lebih langsing, dia lebih manis, dia lebih cantik, dia lebih manja, dia lebih lembut, dia lebih penyayang, dia lebih mudah tersenyum, dia lebih berterus terang, dia lebih disenangi oleh keluargaku, dia lebih menyayangiku, dia lebih pandai mengayak, walaupun aku belum lagi dapat merasainya, tetapi aku tau dia yang terhebat. Dan aku benar2 bangga mempunyai isteri sepertinya. Tiada siapa yang dapat menandinginya... kecuali.... Apapun dia kini milikku, akan terus menjadi milikku, pelita hatiku, penyeri hidupku.

Dan dalam seminggu dua ini akan kucerahkan kawasan ini, akan kuminta isteriku Liza menghiasnya dengan pohon2 bunga. Biar bila aku lalu nanti, cuma wajah Liza saja yang kelihatan, cuma wajah isteriku saja yang terbayang didalam air.

"Dan, ade bungkusan untuk kamu dekat tv tu." Mak bagitau bila aku balik dari kebun.

"Dari sape mak?"

"Dari Zek kut." Aku terus menerpa keruang tamu.

Satu bungkusan agak besar juga terletak didepan tv.

"Ape tu bang?" Liza baru sampai balik dengan Ani.

"Ntah, Zek yang antor." Aku menjawab sambil mengoyak kotak pembalut itu.

Liza, Ani dan mak mengelilingi aku, menanti untuk melihat apa yang dihantar oleh Zek. Dua tiga lapis lagi didalamnya sebagai penyendal. Dan akhir sekali lapisan plastik gelembung udara.

"Komputer laptop." Kataku. "Zek punya."

Aku tau kerana aku sendiri pernah menggunakannya semasa kami sebilik dulu. Dan dari komputer inilah aku dapat riwayat hidupnya. Aku kaku, perasaan bersalahku menghimpit hatiku. Aku terus naik keatas, menarik beg yang mengisi barangan aku semasa dikampus dulu. Aku terus mengambil disket itu dan menuju kedapor, dan meleburkannya sedikit demi sedikit diapi yang menyala itu. Berkeromot disket tersebut ditanganku.

"Abang buat ape ni?" Tanya Liza lagi sambil menghampiriku.

"Abang bakar kesilapan abang yang terbesar kat Zek." Terdiam dia. Aku membuang sisa disket itu kedalam tong sampah. Lega hatiku, yang tinggal kini cuma kenangan didalam kepalaku saja dan tidak kan kuceritakan kepada sesiapa pun, walaupun isteri tersayangku ini. Biarlah pengalamannya sekadar mana yang aku ingat itu menjadi pedoman hidupku, kenangan yang boleh merapatkan lagi aku dengannya.

Dia mengunjukkan surat yang terselit bersama komputer itu kepadaku. Cuma beberapa baris saja yang ditulisnya 'Maaf, aku bagi komputer lama, tetapi isi semua baru. Segala bentuk laporan dan contoh ada didalam. Selamat maju jaya dan selamat berbahagia dari kami suami isteri, Zek. rsvp'

"Abang kamu tu belum makan lagi Liza."

"Baik mak." Dan Liza menarik bajuku yang masih basah itu. "Bukak baju ni dulu bang, tak elok pakai baju basah."

"Abang macam tak seronok aje dapat komputer tu?" Liza bersuara sambil menyangkut kain telekungnya dibelakang pintu. Aku sudah pun berbaring dikatil, laptop itu disisiku.

"Bukan tak seronok, tapi rase lege bila abang bakar disket tu."

"Ape ade dalam tu?" Sedikit sebanyak aku perlu bagitau juga, apatah lagi bila dia sudah melihat semua perbuatan aku. Aku tidak mahu berselindung dengannya.

"Riwayat hidup Zek, kisah suka duka dia bercinta dengan Cathy. Abang curi dari dalam laptop ni mase kami duduk sebilik dulu."

"Dier tak tau?"

"Tak. Pasal tu ler abang mintak ampun banyak2 dekat dier hari tu. Tengok ikhlas dier, sungguh2 dier tolong kite, abang rase macam tikam dier dari belakang pulak. Memang abang menyesal sungguh."

"Takpe le bang, nak buat macam mane. Pekare dah terjadi. Yang mustahaknye abang dah menyesal, dah jahanamkan disket tu, dier pulak dah maafkan abang."

"Tapi abang tak bagitau ape kesalahan abang dekat dier."

"Tapi kan dier ikhlas memaafkan segala kesalahan abang. Takkan abang nak liskan satu2 baru nak mintak maaf." Dia duduk disebelahku dan meramas2 tanganku. "Abang ikhlas kan mase mintak maaf tu?" Aku angguk. "Cukup le tu. Sekarang ni giliran kite nak bayar balik budi dier, nak tebus balik dose kite. Kite buat ler seikhlas kite, sebaik yang terdaya. Tuhan pun maha pengampun bang."

"Pandai jugak isteri abang ni memujuk yer?" Aku memeluk bahunya.

"Untuk yang istimewe aje." Dia senyum. "Nanti Za boleh pinjam kut laptop ni."

"Nak bawak ke sekolah?"

"Idak ler. Takat buat assignment aje."

"Kene beli printer dulu ler. Ari Sabtu ni kite cari nak. Kite beli wayar telefon same."

"Buat ape?"

"Sambung internet ler. Dulu laptop ni ade modem, le ni tak tau ler. Tapi takkan Zek nak buang kut. Dier pun dok antor e-mel kat abang lagi."

"Check ler tengok."

Aku terus membuka. "Ade kut, ni Explorer ade, Netscape pun ade. Nanti petang kite turun try tengok."

"Abang ade akaun ke?" Aku angguk.

"Mari Za, teman abang tidor kejap. Letih nebas tadi." Aku mengenjakkan badanku, memberi ruang untuknya berbaring disisiku.

"Pintu?" Memang pun sudah rapat, cuma tak berkunci.

"Takpe, kite pun bukan buat tu." Dia mencubit sisiku. Menepis aku.

"Geli ler." Kataku sambil ketawa. Dia menyucuk lagi. "Za...." Seronok dia melihat aku.

Aku memeluknya kuat sehingga reda gelak ketawa kami. Dan kami akhirnya berpelukan melayan nafsu mata.

Yang Teristimewa - Bahagian 2Where stories live. Discover now