Prolog

539 26 5
                                    

May, 2015

"Pulangkan lah balik.." aku teresak esak menangis dihadapan lelaki ini.

Benci aku melihat muka dia dan tiga lagi kawannya di belakangnya itu sedang tergelak-gelak mengejekku.

Sejak aku pindah masuk ke sekolah ni ada sahaja muka empat orang budak lelaki ini mengacauku. Setiap hari habis duit belanjaku hanya kerana diperas ugut oleh mereka.

Cermin mata aku juga sudah 3 kali dipatahkan oleh mereka. Pelbagai alasan aku beri untuk mengelakkan abah ketahuan yang aku dibuli. Abah itu dahlah garang, habis budak-budak ni dikerjakan oleh abah nanti.

"Wei Dil pulangkan je lah balik. Masuk kali ni dah nak dekat empat kali kau nak rosakkan cermin mata dia ni Dil." Salah seorang kawan pembuli bernama Adil ini menegahnya.

Aku berasa sedikit lega dan merasakan sinar harapan mula muncul apabila kawan Adil itu membelaku.

Budak lelaki bernama Hairul itu aku dapat rasakan yang dia tidak sejahat Adil. Sebab apa? Dia seorang sahaja yang akan membelaku jika Adil membuliku.

"Aik? Kau nak jadi soleh pulak sekarang ni?" Adil memerli rakannya itu.

Kawannya lagi seorang ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Adil. Bencinya aku mendengar mereka ketawa beramai-ramai.

Ikutkan hati mahu saja aku melawan tetapi Adil ini terlalu berkuasa untuk seorang murid sekolah rendah.

"Heh.. bukan soleh Dil. Kalau dia mengadu kat mak dia macam mana? Mati kita."  Hairul membelaku lagi.

"Hei Hairul, kalau kau taknak join kau boleh blah. Aku belum puas lagi ni. Menyampah aku tengok dia ni menangis tipu je ni." Adil menghalau Hairul.

Aku tunduk menekur lantai kerana aku tidak berani memandang muka mereka.

"Hei.. pandang muka aku." Lelaki itu menjerkahku.

Aku masih lagi tidak berani memandangnya. Mataku tidak lepas memandang lantai.

"Aku paling pantang bila aku cakap orang tak pandang aku ni." Lelaki itu menekan daguku dan memaksa aku untuk memandangnya.

"Aduh sakitlah! Lepaslah!" Aku cuba melawannya.

"Berani eh kau sekarang. Meh sini aku ajar sikit kau ni." Adil menerpa ke arahku. Kolar baju sukanku sudah digenggam oleh Adil.

"Wei Dil... apa kau nak buat ni.." Hairul cuba menghalang lelaki itu.

PANGGG!!

Aku ditampar oleh Adil.  Setelah hampir setiap hari aku dibuli, inilah waktu kemuncaknya Adil menamparku sekuat hatinya.

Itulah kali terakhir aku nampak mereka kerana aku pandanganku kelam setelah ditampar begitu kuat.

Ibu juga telah mengambil keputusan untuk memindahkan sekolahku walaupun peperiksaan hanya tinggal beberapa bulan sahaja. Rakan-rakanku yang lain telah menceritakan segalanya pada ibu.

Dan Adil,

Akan selamanya menjadi mimpi ngeri dan memori terburuk dalam hidupku. Doa dan pintaku cuma satu, jangan pertemukan aku dengan Adil lagi.

_______________________________________
[2018]

Pembuli JiwaWhere stories live. Discover now