13 (E)

22.6K 1.2K 21
                                    

Aryana masuk ke dalam perpustakaan. Tak pernah-pernah dia masuk perpustakaan. Kalau bukan sebab nak cari maklumat tentang student yang bawa dadah, tak de maknanya dia nak masuk perpustakaan.

Maklumat kesalahan student simpan dalam perpustakaan? Library dorang ni lain sikit. Ada dua. Satu library untuk maklumat maklumat penting dan satu lagi library untuk student.

Kebetulan tiada orang di situ. Aryana membuka lampu dan air-cond. Dia berjalan ke arah Network Room. Dia membuka salah satu komputer yang terdapat di situ.

Sementara menunggu komputer itu loading, dia berlalu ke rak yang menyimpan segala fail maklumat pelajar.

Setelah mengambil sebuah fail yang dikehendaki, dia kembali duduk di kerusi yang terdapat di situ. Dia menyelak satu-persatu kertas tersebut. Aryana membaca satu-persatu perkataan di situ.

Bunyi pintu dibuka membuatkan Aryana mengangkat muka. Tertayang muka Irfan di muka pintu. Dia membawa beberapa buah fail masuk ke dalam library.

"Err.. Kau Ary? Buat apa kat sini?" tanya Irfan. Dia berdiri di depan rak yang terdapat di situ. Aryana memandang Irfan.

"Tak de. Aku saja baca maklumat students last last year." kata Aryana. Dia kembali memandang ke screen komputer di situ. Irfan hanya mengangguk. Dia membaca label di atas rak tersebut sebelum menyusun fail yang dibawanya tadi.

Ting.

Bunyi pintu dikunci membuatkan Aryana dan Irfan memandang ke arah pintu. Mereka berpandangan.

Aryana bangun ke arah pintu. Dia cuba memulas tombol pintu itu. Irfan menarik tangan Aryana. Dia mendekati pintu itu dan memulas tombol pintu tersebut.

"Tak dapat buka."

Tiba-tiba sekeliling mereka terasa panas. Mata mereka memandang ke arah air-cond yang sudah ditutup.

"Shit!" Irfan mencarut.

"Kita kena cari jalan keluar. Bilik ni kedap udara kut." kata Aryana. Tangannya menyeluk poket blazernya. Kosong.

"Kau bawa phone tak?" tanya Aryana. Irfan segera menyeluk poket seluarnya. Iphone 7+ nya dikeluarkan.

Dia cuba menghidupkan iphone nya tetapi masih gelap. "Shit! Time ni pulak kau nak buat hal tak de bateri bagai."

Aryana sudah menepuk dahi. "Kau pakai phone kau untuk apa sampai habis bateri?" tanyanya. Irfan tersengih. Aryana menjeling Irfan.

Dia meliarkan pandangannya ke sekitar Network Room itu. "Kalau kita tak keluar dalam 5 jam.."

Beberapa ketika kemudian, kelihatan asap-asap kecil masuk ke bilik itu. Aryana dan Irfan serentak memandang ke arah asap itu. Serentak itu juga, mereka menutup hidung masing-masing.

••••••

"Weyh Daniel. Ada nampak Ary tak?" tanya Rasya. Daniel, Ian dan Izwan mengangkat muka.

"Ary? Tak de. Irfan pun tak de ni." balas Daniel. Rasya sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Irfan tadi rasa rasanya dia pergi bilik pengawas. Dia cakap dia nak key in beberapa maklumat. Ary aku tak tahu." ujar Izwan. Rasya dan Raina berpandangan.

"Cuba call." cadang Ian. Rasya hanya mengangguk. Dia kembali ke tempatnya.

"Ary tak bawa phone." katanya apabila melihat iPhone 7+ hitam Aryana masih di atas meja. Mereka yang lain sudah menepuk dahi.

The Angelz's Killerz [EBOOK]Where stories live. Discover now