20 (E)

21.6K 1.1K 69
                                    

"Ary!"

Suara Erin membuatkan Aryana berpaling. Dia memandang Erin yang sudah berdiri di depannya. Erin mendekatkan diri kepada Aryana.

"We have a problem. Emperor buat hal." bisiknya. Aryana memandang Erin sebelum mendengus.

"Share location. I will be there."

Erin mengangguk. Aryana berlari ke bilik persalinan. Aryana mengambil long coatnya. Dia keluar melalui pintu belakang bilik persalinan tersebut.

Langkahnya pantas diatur ke GTR hitamnya. Setelah menghidupkan enjin kereta, GTR hitamnya dipecut laju menuju ke tempat serangan tersebut.

Sebaik sahaja tiba di situ, dia mengambil pistolnya yang terdapat di dalam keretanya. Dari keretanya, dapat dilihat Angelz dan Killerz sedang bertarung dengan orang dari Emperor.

Dia memerhatikan tempat tersebut sebelum keluar dari kereta. Dia melangkah ke arah belakang bangunan tersebut. Bangunan yang kosong. Nampak sangat Emperor hanya hantar anak buah mereka untuk buat kacau.

Aryana berlalu keluar. Dia mengintai pertarungan Angelz dan Killerz dengan Emperor. Matanya menangkap pergerakan seorang yang mensasarkan Rasya.

Bang!

Peluru Aryana tepat mengenai bahu lelaki itu. "Kau cederakan kawan aku, kau mati." tuturnya. Dia keluar dari bangunan itu. Sekarang semua mata memandang ke arahnya.

Angelz kembali recharged apabila melihat Aryana. Melihat isyarat mata daripada Aryana membuatkan masing-masing mengeluarkan pistol dan mensasarkan target.

Bang!

Bang!

Bang!

Killerz tergamam melihat tindakan berani Angelz. Mereka pun jarang menggunakan pistol dalam pertarungan. Sekejap sahaja kesemua anak buah Emperor sudah tumbang mengerang kesakitan.

Angelz berjalan ke arah Killerz. "You guys better do your job." Aryana berkata sinis sebelum melangkah meninggalkan mereka.

"Our Ice Princess is back."

••••••

"Qilah." suara Hanis menyentakkan Aqilah yang sedang termenung di balkoni biliknya.

"Kau termenung apa ni?" soal Hanis. Aqilah memandang Hanis. "Fikir pasal Daniel ke?" soalnya lagi.

"Ish! Pandai je kau kan."

Hanis tergelak melihat muka blushing Aqilah. "Memang aku pandai bab teka apa yang kau fikir." Aqilah tersenyum mendengar kata-kata Hanis.

"So. Macam mana kau dengan Daniel sekarang?" soal Hanis selepas beberapa ketika. Aqilah memandang Hanis.

"Kenapa aku dengan dia?" soal Aqilah. "Kitaorang kawan je lah Hanis." sambungnya lagi.

"Yelah tu kawan." Hanis mencebik. "Kejap. Aku dah lama nak tanya kau satu benda ni."

"Apa dia?"

"Kau tak rasa ke yang Aryana tu ada iras muka kau?" soal Hanis membuatkan Aqilah memandangnya.

"Aryana? Iras muka aku? Kau buat lawak apa ni Hanis? Aryana tu cantik kut. Aku ni..biasa biasa je."

"Memanglah. Tapi kalau kau tengok betul betul memang dia ada iras kau. Dia punya bulu mata. Sama dengan kau. Panjang dan lentik." kata Hanis. Aqilah hanya mendiamkan diri.

"Entah-entah. Dia kembar yang kau cari?" soal Hanis membuatkan Aqilah tersentak. Dia memandang Hanis.

"Takkanlah. Family aku mana ada pangkat Tengku. Nama dia ada letak pangkat Tengku."

The Angelz's Killerz [EBOOK]Where stories live. Discover now