19 (E)

21K 1.1K 61
                                    

Daniel memandang Aryana yang baru masuk ke dalam kelas. Sempat dia menangkap luka kecil pada pipi Aryana. Rasa bersalah menyerbu tiba-tiba.

Aryana terus duduk di tempatnya tanpa memandang Killerz. Muka bekunya ditunjukkan. Aura Ice Princess nya sedikit sebanyak mempengaruhi kesenyapan di kelas itu.

"Aryana!!"

Suara Tanisha bergema di kelas itu. Aryana mengangkat muka sambil tersenyum sinis. Dia tahu dia akan didatangi oleh Tanisha.

"Yes Miss Tanisha? May I help you?"

Tangan Tanisha sudah naik untuk menampar Aryana namun Aryana lebih pantas menangkap pergelangan tangan Tanisha. Kuat pegangannya sehingga Tanisha berkerut kesakitan.

"Kalau nak bercakap dengan aku. Jangan guna tangan kalau kau tak nak tangan kau patah." kata Aryana tanpa mempedulikan kesakitan Tanisha.

"Ary. Sakitlah." Tanisha mula merayu kepada Aryana. Terasa seperti tulang tangannya patah kerana genggaman Aryana sangat kuat. Terasa sampai ke tulang.

"I warned you. Aku bukan suka suka lucutkan jawatan kau dari Ketua Disiplin kepada pengawas biasa. Sebab for me kau tak layak pegang jawatan tu kalau kau tak pandai jaga disiplin diri. So before aku lucutkan jawatan kau dari pengawas ke ordinary student, do your job better."

Aryana melepaskan tangan Tanisha dengan kasar. Dia kembali duduk di tempatnya. Tanisha memandang Aryana geram sebelum berlalu meninggalkan Aryana.

"Ary." suara Rasya membuatkan Aryana memandang ke arah Rasya. "Bila kau lucutkan jawatan minah langsuir tu?" soal Rasya.

"Last week. Tapi aku sengaja bagi surat pelucutan jawatan tu sekarang." selamba Aryana bersuara. Dia mula membuka iPad nya.

Tidak lama kemudian kelihatan Miss Diana masuk ke dalam kelas diikuti oleh Aqilah dan Hanis.

"Hari ni Miss ada bawa dua reporter dari William Highschool. Mereka akan study kat sini untuk 3 bulan bagi mendapatkan info akademik dan sukan sekolah kita." terang Miss Diana membuatkan Aryana mendengus kasar.

"Aryana." Aryana mengangkat muka apabila namanya dipanggil. "Kamu okey tak?" soalnya. Aryana memandang Miss Diana pelik. Apasal pulak?

"Kenapa?" Soalnya.

"Pipi kamu tu kenapa?"

Terangkat kepala Daniel mendengar soalan Miss Diana. Semua mata mulai memandang ke arah Aryana.

Aryana memegang pipinya. Dia memandang ke arah Aqilah yang menundukkan pandangan. Mulutnya tersenyum sinis.

"Why not Miss tanya Aqilah? Or Headprefect kita?" sinis suara Aryana. Daniel sudah terkalut sendiri.

Sekarang semua mata memandang ke arah Daniel dan Aqilah kecuali Erin yang nampak tenang.

Aryana tersenyum sinis saat melihat muka kalut Daniel dan Aqilah. "Nah.. I'm kidding Miss." sengaja Aryana berkata begitu. Sometimes, kenalah jadi jahat sikit kan.

"Semalam saya main dengan kucing. So kena cakar." Aryana beralasan. Erin hampir sahaja tergelak. Tak sangka Aryana akan menggunakan alasan yang dicipta semalam.

Flashback

"Habis kalau cikgu tanya esok macam mana?" soal Dian. Semua mata tertumpu kepada Aryana.

The Angelz's Killerz [EBOOK]Where stories live. Discover now