36

21.4K 1.1K 7
                                    

Sebulan kemudian..

Sebulan tanpa gangguan daripada Emperor membuatkan Angelz dan Killerz bernafas dengan lega buat seketika. Aqilah dan Hanis juga sudah balik ke William Highschool. The Divas pula nampaknya dah serik nak cari gaduh. Tanisha pula sudah seminggu tidak hadir. Tak tahu pergi mana. Sekarang masing masing concentrate dengan TRIAL 1 yang akan diadakan seminggu lagi.

Aryana dan Rasya melangkah ke arah tandas. Mereka baru sahaja habis latihan larian. Rasya masuk ke tandas manakala Aryana hanya mencuci muka di singki.

Bunyi tangisan di dalam satu bilik tandas itu menarik perhatiannya. Rasya yang baru keluar turut memandang Aryana. Aryana melangkah ke arah bilik tandas yang paling hujung. Rasya mengikut langkah Aryana.

Aryana menolak perlahan pintu tersebut dan dijenguknya ke dalam. "Tanisha." tuturnya saat melihat Tanisha yang berada di sudut tandas dengan darah di pahanya.

"Kau buat apa ni?" soal Aryana. Tanisha memandang Aryana lemah. Rasya sudah menutup mulut akibat terkejut.

"To..tolong..aku.."

Aryana memandang Rasya. "Cari cikgu." kata Aryana. Rasya mengangguk sebelum berlari keluar dari situ. Aryana mendekati Tanisha. "Keluar dulu." kata Aryana sambil memapah Tanisha keluar. Tanisha disandarkan pada dinding di luar. Aryana kembali menjenguk kepada tandas tersebut. Ada beberapa biji batu yang agak tajam di situ.

"Kau buat apa kat sini?" soal Aryana. Tanisha masih lagi menangis.

"Ba..bapak aku.."

"Bapak kau?" berkerut dahi Aryana. "Kenapa dengan bapak kau?" soal Aryana.

"Aryana!" Aryana berpaling. Kelihatan Angelz dan Killerz serta beberapa orang cikgu mendekati mereka. "Kenapa dengan Tanisha?" soal Cikgu Hazrul. Aryana menggeleng tidak tahu. "Tak pe. Biar Cikgu bawa dia ke hospital." Cikgu Hazrul mengarahkan dua orang pelajar yang membawa pengusung untuk mengusung Tanisha.
Angelz dan Killerz hanya memandang langkah mereka. "Kenapa dengan dia?" soal Nellysha. Aryana memandang Angelz.

"Aku nak korang cari bapak dia. Hari ni juga." kata Aryana tegas sebelum keluar dari situ. Angelz dan Killerz berpandangan sebelum mengikut langkah Aryana.

•••••

"Cik Tanisha mengalami keguguran."

Angelz dan Killerz berpandangan apabila penyataan itu keluar dari mulut Doktor Eric.

"Tapi itu bukanlah keguguran sebab kemalangan tanpa sengaja tetapi saya rasa Cik Tanisha sendiri yang mengugurkan kandungannya memandangkan pada bahagian abdomennya terdapat kesan calar. Mungkin dia menggunakan sesuatu yang tajam." jelas Doktor Eric lagi. Aryana terus teringatkan batu batu yang tajam di tandas tadi.

"Boleh saya tahu sama ada Cik Tanisha sudah berkahwin atau belum?" Mereka hanya diam. Doktor Eric sudah menggangguk faham. "Saya rasa, baik kalian rujuk kes ini kepada polis. Saya rasa Cik Tanisha mungkin telah menjadi mangsa rogol." katanya lagi. "Saya pergi dulu."

Angelz dan Killerz berpandangan sebaik sahaja Doktor Eric meninggalkan mereka. "Aku nak masuk tengok dia kejap." kata Aryana sebelum melangkah masuk ke dalam ward tersebut.

Kelihatan Tanisha sedang termenung di atas katilnya. "Tanisha." Tanisha berpaling. Dia memandang Aryana dengan matanya yang berair.

"Aku.. Aku kena rogol Ary." beritahu Tanisha. Aryana hanya tenang. "Bapak aku jual aku untuk bayar hutang dia. Aku.."

"What?" Aryana sudah mengerutkan dahinya. Tanisha mengangguk.

"Dia.. Dia berhutang dengan.. Dragon.." Aryana sudah mengenggam penumbuk. "Dia..dia tak .. Dapat bayar.. Sebab tu dia.. Jual aku.. Aku.. Aku kotor Ary.."

Aryana mengeratkan penumbuknya sebelum keluar dari ward Tanisha. "Ary. Kau nak pergi mana?" soal Rasya. Aryana memandang Angelz.

"We have something to do. Now."

••••

Angelz memandang lelaki yang sedang disimbah dengan air longkang oleh orang mereka. Aryana mengurut tangan kirinya.

"Enough." Aryana mendekati lelaki yang diikat pada dinding dengan rantai besi.

"Dato' Rahman." tuturnya dingin. Dato' Rahman mengangkat muka memandang gadis di depannya.

"Tengku. Tengku.. Apa salah saya?"

Pap!

Kayu di tangan Aryana diayunkan kepada perut Dato' Rahman. "Apa kau dah buat?! Kau jual anak kau tu apa cerita?!" soal Aryana kasar. Kesah apa dia orang depan dia sekarang tua ke bukan.

"Saya.. Saya.."

"Kau memang tak guna Rahman! Kau dah bahayakan nyawa anak kau dulu. Dan sekarang kau jual anak kau?!"

Bushh!

Sebotol lagi air longkang disimbah kepada Dato' Rahman. Aryana mengisyaratkan Angelz untuk melakukan 'rutin' mereka.

Rasya mengambil pisau kecil dari poketnya. Tangan Dato' Rahman ditorehnya 3 kali menyebabkan orang tua itu mengerang kesakitan. Nellysha ambil alih dengan menyimbah torehan tersebut. Raina pula menyepak aset lelaki tua itu dengan kuat sebanyak beberapa kali.

Rasya memberikan pisau di tangannya kepada Aryana. Aryana memusingkan pisau tersebut dan berjalan mendekati Dato' Rahman. Aryana menoreh pipi Dato' Rahman.

"Kau berani buka mulut. Aku buat lebih dari ni." kata Aryana sambil menekan pisau di tangannya dengan dalam. Setelah itu, dia melemparkan pisau di tangannya ke belakang. "Kau dengar sini. Dulu, aku selamatkan nyawa kau. Tapi sekarang, aku boleh ambik nyawa kau macam tu je." Bisik Aryana di telinga Dato' Rahman.

"Hantar dia pergi Balai Polis." Angelz keluar dari situ. Glove yang dipakai diberikan kepada seorang pengawal mereka untuk dibakar. Killerz yang bersandar di luar memandang Angelz.

"You guys do it again." tutur Daniel. Aryana memandang Daniel tanpa perasaan.

"None of your business." tutur Aryana selamba sebelum meninggalkan mereka. Angelz terus mengikut langkah Aryana tanpa mempedulikan pandangan Killerz.

"Aku tak fahamlah apa yang dorang berani sangat pergi buat benda macam tu?" ujar Ian. Daniel memandang Ian sebelum memandang Irfan.

"Kau tak pernah cuba nasihatkan Rasya ke?" soal Daniel. Irfan memandang Daniel.

"Susah. Rasya nampak je lembut tapi pendirian dia kuat. Lagipun dorang dah lama buat kerja ni." kata Irfan.

"Tapi perbuatan dorang tu boleh membunuh tahu tak." celah Izwan. Irfan mengeluh sebentar.

"Aku tahu. Tapi memang susah nak nasihatkan mereka." kata Irfan. Killerz mengeluh.

"Daniel? Kau tak nak try ke nasihatkan Ary tu?" soal Ian. Daniel menjongketkan keningnya.

"Kau dengar kan apa yang dia bagitau tadi? Kalau Rasya susah, Aryana lagilah susah." jawab Daniel. Dia memasukkan tangannya ke dalam poketnya.

"Kau tackle dia. Confirm dia dengar punya." Cadang Ian lagi. Daniel memandang dengan muka kau-merepek-apa-ni.

"Asal tak kau je tackle Nelly tu?" balas Daniel balik membuatkan Ian tersengih.
"Marah ke?"

"Marahlah!"

Daniel terus berjalan meninggalkan mereka. Izwan dan Irfan memandang Ian. "What? Aku gurau je lah." kata Ian menyedari pandangan Izwan dan Irfan.

"Gurau pun carilah timing yang elok sikit." kata Izwan sambil menggelengkan kepalanya. Dia melangkah meninggalkan Ian dan Irfan.
"Aku pulak yang salah?"

"Dah tu kau expect siapa lagi yang salah?" soal Irfan menyampah sebelum turut meninggalkan Ian. Ian terpinga pinga di situ.

"Ah! Lantak koranglah!"

•••••

The Angelz's Killerz [EBOOK]Where stories live. Discover now