35

21.7K 1.2K 15
                                    

Setiap kumpulan menerima satu peta untuk jungle trekking. Mereka harus mengikut tanda tanda dalam peta tersebut untuk keluar dari hutan. Setiap kumpulan diletakkan di setiap tempat yang berbeza dan ditutup mata sebelum mendapat arahan untuk membuka penutup mata.

Angelz dan Killerz memandang ke sekeliling mereka sebaik sahaja penutup mata dibuka. Hanya penuh dengan pokok yang besar besar dan tumbuhan yang liar.

Aryana orang pertama yang membuka peta yang telah diletakkan di atas rumput. Berkerut dahi Aryana memandang peta tersebut. Arghh! Sebab tu aku tak suka Geografi! Pening!
Aryana terus menutup kembali peta tersebut. Malas nak tengok. Dia lebih selesa menggunakan kemahiran yang sudah dipelajari nya selama 2 tahun di Ireland. Matanya tajam memandang ke sekeliling.

Daniel mengambil peta dari tangan Aryana dan dibukanya. Dia cuba memahami segala simbol di dalam peta tersebut. Setelah beberapa minit, baru dia bersuara.

"Jom." Daniel orang yang pertama berjalan mengikut peta tersebut. Diikuti oleh Aryana, Raina, Nellysha, Rasya, Irfan, Izwan dan Ian.

Masing masing hanya senyap mengikut langkah Daniel. Setiap kumpulan telah dinasihatkan untuk tidak membuat bising di dalam hutan. Kang ada haiwan liar keluar.

"Panas." tutur Raina tiba tiba. Gila tak?! Cahaya matahari yang panas terik membakar kulit mereka. Daniel spontan berhenti menyebabkan Aryana hampir terlanggar belakangnya.

"Kau kenapa stop tak berisyarat ni?" tanya Aryana kasar. Dahlah tengah panas badan ni. Jangan pula si Daniel ni buat aku panas hati.

"Kejaplah. Aku tengah meneliti peta ni." kata Daniel tanpa berpaling. Matanya hanya statik pada peta. Sesekali dia memandang ke sekeliling. Yang lain mengambil masa untuk berehat.

Aryana coklatnya dan dibukanya bungkusan tersebut sebelum digigitnya sedikit. Daniel masih lagi memandang peta tersebut. Dia berasa tidak sedap hati. Dia masih mengingati kata kata Abang Rody tadi.

"Makin jauh kamu pergi makin lapang jalan kamu. Tapi kalau kamu sesat, makin jauh kamu pergi, makin sesak jalan tersebut."

Daniel cuba bertenang sehingga ada huluran air mineral di depannya. Dia memandang ke arah Aryana. "Apa?"

"Minumlah. Kang pengsan pula tak cukup air." kata Aryana. Daniel mengambil botol tersebut dan diteguknya.

"Dah?" soal Daniel selepas beberapa ketika. Mereka mengangguk. "Ok jom." Daniel terus berjalan dengan keraguan. Yang lain hanya mengikut.

••••

Abang Rody tersenyum saat melihat kesemua kumpulan sudah kembali. Namun senyumannya mati apabila menyedari kumpulan dari Expo Highschool belum lagi berada di situ.

"Kumpulan dari Expo belum sampai?" tanyanya. Serentak itu, semua berpandangan. Hakimi, Putera, Dian dan Tasha turut berpandangan.

"Entah entah mereka sesat tak?" suara seorang pengawas dari Art Highschool membuatkan semua bising.

"Senyap!" teriak Abang Rody. "Jangan fikir bukan bukan. Mungkin mereka on the way. Kita tunggu sahaja." kata Abang Rody untuk menenangkan mereka walaupun hatinya sudah berasa risau.

••••

"Daniel. Betul ke jalan ni? Makin lama aku tengok makin sesak." kata Irfan dengan suara yang agak kuat agar Daniel di depan mendengar. Sudah dua jam lebih mereka berjalan namun belum menemui jalan keluar.

The Angelz's Killerz [EBOOK]Where stories live. Discover now