46

20.4K 1.1K 24
                                    

"Freedom!!"

Jeritan bergema di dewan Expo Highschool. Guru yang menyelia hanya tersenyum saat melihat pelajar-pelajar mereka yang sudah melompat sana sini.

Namun tidak bagi Angelz dan Killerz. Masing-masing tidak dapat bersorak keriangan seperti yang lain. Masih ada beban yang menanti.

•••••

Lucas, Aqilah dan Gia masuk ke dalam bilik yang sudah menjadi tempat meeting mereka. Mereka bertiga berdiri menghadap lelaki yang duduk membelakangkan mereka itu.

"Tengku Mardhiyah koma." lapor Gia. Lelaki itu tersenyum sinis sambil menepuk tangannya.

"Bagus. Bagus." Tepukannya bergema di bilik itu. "Korang dah lumpuhkan salah satu kekuatan mereka. Sangat bagus." sambungnya lagi.

"Teruskan seksa perasaan mereka. Aku nak tengok mereka menderita apabila kehilangan orang yang disayang." arahnya. "Aku nak surat pewarisan takhta Aryana berada di tangan aku secepat mungkin."

"Faham?!"

"Faham!"

"Bagus."

"Kalau boleh. Musnahkan Tengku Mardhiyah. Musnahkan terus sumber kekuatan mereka."

Lucas, Aqilah dan Gia berpandangan. "Mereka kawal ketat ward Tengku Mardhiyah. Susah nak masuk." kata Aqilah.

"So? Masalah aku ke?"

Lucas dan Gia sudah menjeling Aqilah. Mulut tak reti tapis betul si Aqilah ni.

"Korang selesaikan sendiri. Yang aku tahu Tengku Mardhiyah musnah dan surat pewarisan takhta Aryana kat tangan aku."

Lelaki itu bangun dari kerusi tersebut dan terus masuk ke bilik yang berada di belakang dinding tersebut.

"Kau lain kali tapis mulut boleh tak?" marah Gia. Aqilah memandang Gia.

"What? Aku cakap benda betullah! Dia fikir senang ke nak masuk dalam ward tu?" balas Aqilah turut dalam nada marah.

"Kau tahu tak nyawa kau bila bila masa je boleh melayang kalau kau teruskan sikap kau ni." kata Gia lagi. Matanya tajam memandang Aqilah.

"Can you guys just shut up?!" Jerkah Lucas. Kedua dua gadis itu terus terdiam. "Sekarang ni fikir apa kita nak buat! Bukannya gaduh macam ni. Kau fikir korang gaduh macam ni dapat tumpaskan mereka?!"

Aqilah dan Gia hanya diam.

"Just get ready. I'm not sure apa plan mereka lepas ni."

Lucas terus melangkah keluar dari situ meninggalkan Aqilah dan Gia.

•••••

"Hey Ary."

Aryana yang sedang menyusun barangnya mengangkat muka memandang Daniel yang sudah duduk di depannya.

"Kau buat apa?" soal Daniel. Aryana hanya tersenyum kecil.

"Susun barang."

Daniel mengangguk kecil. "Hmm.. Ary.. Nak tanya something boleh?" soal Daniel. Aryana mengerutkan dahinya.

"Tanya jelah. Peliklah kau ni."

Daniel tersengih. "About majlis graduation weekend ni.. Kau dah cari partner?" soal Daniel. Terus terhenti kerja Aryana.

"Belum lagi. Kenapa?"

Daniel tersenyum kacak. "Pergi dengan aku nak?" soal Daniel direct. Terjongket kening Aryana. "Err.. Yang lain semua dah rancang nak  pergi together. So.. Tinggal kita je. So why not kita pergi together?"

Aryana menghembuskan nafas perlahan.

"Please." rayu Daniel. Aryana merenung mata grey Daniel. Daniel turut membalas renungan mata Aryana.

"Okay." Balas Aryana selepas beberapa ketika mereka merenung satu sama lain. Daniel terus mengorak senyuman lebar.

"Thank you."

Aryana hanya tersenyum.

•••••

Satu figura yang berpakaian serba hitam masuk ke bilik Aryana. Dia memandang seketika figura Aryana yang masih lena tertidur. Dia melangkah ke arah walk-in closet Aryana untuk mencari sesuatu.

"Kau langkah setapak, I will shoot you."

Figura tersebut terhenti saat satu pistol diacukan pada belakanganya. Dia memandang ke belakang. Kelihatan Angelz dan Killerz sedang mengacukan pistol masing masing kepadanya.

Ian cuba membuka mask yang dipakai olehnya namun tersasar apabila figura itu menyepak perutnya. "Shit!" Ian tercarut.

Figura itu terus membuka tingkap bilik sebelum terjun dari situ. Daniel, Irfan, Ian dan Izwan turut mengikut langkah figura tersebut manakala yang lain berlari untuk turun ke bawah.

Sekarang mereka mengelilingi figura tersebut. Rasya memulakan langkah pertama. Bahu lelaki tersebut disepaknya. Nellysha meneruskan dengan menumbuk muka lelaki itu. Raina menghentak kepala lelaki itu dengan sikunya. Aryana mengambil langkah. Dia menyepak perut lelaki itu sebanyak dua kali membuatkan lelaki itu terbatuk mengeluarkan darah. Rasya memusingkan lengannya ke belakang. Lutut lelaki itu disepak oleh Raina dan Nellysha serentak membuatkannya melutut.

Killerz menelan liur saat melihat Angelz melakukan tugas mereka dengan pantas.

Aryana merentap mask yang menutupi separuh muka lelaki itu. "Siapa hantar kau?" soal Aryana pantas. Lelaki itu tidak menjawab malah dia hanya menjeling Aryana.

"I ask once, so answer me in once!"

Nellysha menarik rambut lelaki itu membuatkannya terdongak. "Jawablah! Kau bisu ke apa?!" jerkah Raina. Turun naik dadanya menahan amarah.

"I rather die than betray my leader." .

Tersenyum sinis Aryana. "So kau pilih mati daripada bagitau aku?" soal Aryana sinis. "Fine." Aryana mengeluarkan pistol yang disimpannya di belakangnya tadi.

"Lepaskan dia." arah Aryana membuatkan Rasya dan Nellysha melepasan 'tahanan'. "4 direction. Now." arahnya lagi.

Angelz mengangguk faham. Masing masing mengeluarkan pistol. Rasya berdiri di belakang lelaki tersebut. Raina di sebelah kanan. Nellysha di sebelah kiri dan Aryana di depan. Inilah yang dipanggil 4 direction. Mereka akan melepaskan tembakan daripada 4 arah yang berbeza.

Picu pistol ditarik. Pistol diacukan kepada sasaran. Senyuman sinis diukir.

1

2

3

Bang!

4 bunyi tembakan itu bersatu saat tembakan dilepaskan serentak. Darah memercik. Tubuh mulai terbaring di tengah-tengah 4 gadis itu.

Killerz terlopong.

"We're done with you."

•••••









The Angelz's Killerz road to the end 💦 So get ready to say good bye to AngelzKillerz

The Angelz's Killerz [EBOOK]Where stories live. Discover now