18 (E)

21.4K 1.1K 43
                                    

Bam!

Terkejut Angelz apabila pintu rumah dihempas dengan kuat. Kelihatan Aryana sedang melangkah laju ke biliknya dengan muka yang menahan amarah.

Mereka tahu bila Aryana marah. Pandangan mata Aryana kalau marah memang tajam mengalahkan pedang. Mukanya jelas menunjukkan sisi evil yang sebenar. Dan semestinya dia akan menutup mukanya dengan rambutnya yang panjang itu.

Bam!

Sekali lagi mereka dikejutkan dengan hempasan pintu oleh Aryana. Angelz berpandangan. Masing-masing tertanya-tanya sebab Aryana balik dengan keadaan  yang marah. Ni memang confirm Aryana bawa GTR dia tu laju selajunya tadi. Traffic light memang confirm kena langgar. Aryana kalau marah memang tak kisah dah pasal peraturan jalan raya apa semua tu. Main langgar je.

"Kenapa tu?" soal Raina. Dia pula yang cuak tengok Aryana macam tu. Muka Aryana kalau marah memang seram. Mereka sendiri pun takut.

Nellysha dan Rasya sama sama  menjongketkan bahu. Adalah tu yang buat Aryana marah sampai naik jadi ice princess tu.

•••••

Aryana duduk di birai katil. Perasaan amarah masih lagi belum terubat. Dia memandang dokumen di atas katilnya. Dia tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja marah apabila melihat muka Aqilah. Dan sebab itulah dia tercari gaduh dengan Daniel tadi.
Dia berlalu ke cermin. Pipinya yang merah bekas tamparan Daniel tadi dipegangnya. Nampak macam ada luka sedikit di pipinya. Agak agaklah. Daniel tu dahlah orang yang biasa main gym.

Berkerut dahinya memegang luka yang hampir tidak kelihatan itu. Pedih rasanya. Kalau dia keluar karang, memang kena soal siasatlah dengan Angelz.

Telefonnya yang berdering minta diangkat itu mengalihkan perhatiannya. Dia mengambil ip nya itu. Nama Erin terpapar di skrin ip nya.

"Apa?"

"Kau kenapa ni tiba-tiba garang terus?"

"Kau nak apa?"

"Weyh. Jom dinner sama. Lama kut tak dinner sama."

"Kat mana?"

"I don't know. Nantilah pilih. Yang penting sekarang ni. Kau nak ikut ke tak nak?"

"Siapa lagi ikut?"

"As usual lah. Putera. Hakimi. Dian.Tasha."

"Hmm. Ok. Nanti kau suruh Putera or Hakimi ke ambik aku. Malaslah nak drive."

"Putera dah tawar diri nak ambik kau. So get ready before 7."

"Ok."

Aryana terus menamatkan panggilan. Lebih baik spend time dengan mereka daripada layan sakit hati. Putera, Hakimi, Dian dan Tasha merupakan cucu kepada business partner Nenda. Itu yang rapat tu. Lagipun memang sama pangkat tengku.

Tengku Hakimi Ridzwan. Tengku Putera Aiman. Tengku Zira Diandra. Tengku Tasha Farina.

Aryana memandang jamnya. Pukul 4 petang. "Tidur dululah. Nanti pukul 6 aku siaplah." sempat dia set alarm sebelum melayar ke alam mimpi.

•••••

Aryana mengenakan skinny jeans dan sleeveless shirt. Setelah itu dia mengenakan jacket hitam pada badannya. Rambutnya yang panjang itu diikat satu. Merah pada pipinya mulai surut namun luka yang hampir tidak kelihatan itu masih kelihatan. Ahh! Lantaklah.

The Angelz's Killerz [EBOOK]Where stories live. Discover now