17 (E)

22K 1.2K 95
                                    

Aryana memandang Daniel yang menyapu lukanya dengan antiseptik. Daripada masuk tadi sampailah sekarang, Daniel tak bersuara sepatah pun.

Setelah selesai membalut luka Aryana, Daniel meletakkan kembali first aid kit di tempat asalnya semula. "Kalau dah rasa okay sikit baru masuk kelas. Nanti aku tolong cakap kat Miss." kata Daniel sebelum keluar. Suaranya jelas kedengaran dingin.

Aryana memandang pintu yang ditutup oleh Daniel. Dia tak kisah sangat pun nak bergaduh dengan Daniel. Fikir aku kesah sangat?

Fikirannya kembali memikirkan Aqilah. Dia mencapai iPhone nya diletakkan di atas meja kecil. Nombor Afit ditekan.

Afit

Jumpa aku petang nanti.

Kat mana?

Usual place. Usual time.

Ok.

Bawa apa-apa je maklumat yg kau
jumpa.

Baiklah.

Aryana terus menutup iPhone nya selepas menerima balasan daripada Afit. Dia tahu dia boleh percayakan Afit. Dia dah kenal Afit dari Tingkatan 1 lagi. Afit merupakan adik kepada Suzana yang belajar course Civil Engineering di UKM.

•••••

Daniel berjalan ke arah kantin. Dia terserempak dengan Aqilah yang baru keluar dari kantin.

"Err.. Tengku." panggil Aqilah. Daniel berpaling.

"Did you call me?" soalnya. Aqilah mengangguk perlahan. Daniel memandang Aqilah. Tangannya diselukkan ke dalam poket seluarnya.

"Tak payah panggil Tengku. Just Daniel." tutur Daniel. Dia meneliti muka Aqilah. Dia ada iras-iras muka Aryana. Cuma dia ada anak mata yang bewarna hazel. Aryana punya biru cair. Warna natural bibirnya pulak bewarna merah delima manakala Aryana bewarna light pink.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" tanya Aqilah. Dia tak selesa dengan pandangan Daniel yang membuatkan jantungnya berlari laju.

Daniel tersentak. "Nothing. Kenapa panggil saya ni?" soal Daniel.

Aqilah bermain dengan jarinya. "Terima kasih sebab selamatkan saya tadi." tuturnya perlahan.

Daniel menjongketkan keningnya. "You should not thank to me. Thanks to Aryana. She saved you."

Aqilah terkedu. "Saya tahu. Tapi.."

"It's okay." kata Daniel. "I have to go now. So ada apa-apa lagi?" soal Daniel.

Aqilah bermain dengan jarinya. "Kalau awak tak kisah, boleh saya minta number awak?" tanyanya perlahan. Ternaik kening Daniel mendengar kata-kata Aqilah.

"Err.."

"Tapi kalau awak tak okay.. awak tak payah bagi pun." kalut Aqilah berkata. Daniel hanya tersenyum kecil.

The Angelz's Killerz [EBOOK]Where stories live. Discover now