14 (E)

23.5K 1.2K 5
                                    

Sejak daripada peristiwa di Network Room, Aryana kembali menjadi dingin. Lebih dingin daripada yang dulu. Sepatah ditanya sepatah dijawabnya. Kalau sehari dengar dia keluarkan suara emas dia tu 5 kali pun dah cukup baik dah tu.

Angelz yang lain pun mati kutu nak buat apa dengan leader kesayangan mereka ni. Bilik bawah tanah yang menjadi bilik latihan mereka pun tidak pernah kosong. Asal lapang je, mesti nampak muka Aryana ni kat sana.

Pelajar Expo Highschool pun semakin takut dengan perubahan sikap penolong ketua pengawas mereka itu. Malah makin berganda- ganda ketakutan mereka.

Aryana berjalan masuk ke dalam kelas. Kepalanya ditutupi dengan hoodie yang dipakainya. Kelas yang tadinya seperti pasar mulai menyepi. Aura kedinginan seperti menguasai mereka.

Aryana duduk di tempatnya. iPad nya dikeluarkan tanpa menurunkan hoodie nya. Rasya yang berada di sebelahnya tidak dihiraukan.

Daniel yang berada di belakang Aryana memandangnya. "Now I know apa feel bila dapat tengok sisi Ice Princess dia tu." bisik Irfan. Daniel memandang Irfan sebentar sebelum kembali memandang ke arah Aryana.

"Aku lebih suka Aryana yang dulu." bisik Ian pula. "Ary version Ice Princess memang seram. Aura dia tu. Meremang bulu roma aku nak tegur dia." kata Ian.

"Itulah. Seram sihh. Aku pun takut. Kalau dah aku takut, kau boleh bayangkan tak students lain?" giliran Izwan memberi komen. Namun suara mereka masih dikawal.

Daniel hanya menggelengkan kepala mendengar bisikan mereka. Dia memandang nota di iPad nya.

••••••

Aryana dan Afit berjalan keluar dari cafe.

Bam!

Badan Aryana dilanggar oleh seorang gadis yang bertudung. Bajunya disimbahi dengan air gadis itu. Gadis itu mendongak memandang Aryana yang lebih tinggi darinya.

"Saya.. Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya nak cepat tadi." Pinta gadis itu kalut. Aryana tidak membalas. Matanya memandang wajah manis gadis tersebut.

"Qilah! Cepatlah! Nanti lambat." suara seseorang membuatkan gadis itu memandang ke belakang mereka.

"Kejap!" laungnya. "Saya minta maaf lagi sekali. Saya minta diri dulu." gadis itu terus berlari ke arah kawannya.

"Cik? Cik okay tak?" tanya Afit. Dia memandang baju Aryana yang sudah kotor dengan air gadis tersebut. "Baju cik."

"Aku nak kau cari pasal perempuan tu. As soon as possible." kata Aryana. Dia terus meninggalkan Afit yang terpinga-pinga. Kakinya diatur pantas ke keretanya.

Sebaik sahaja menghidupkan enjin, dia terus memecut laju ke apartmentnya.

•••••

Pintu apartmentnya dibuka. Suis lampu dibuka. Tanpa menanggalkan kasut, dia mengatur langkah ke biliknya.

Semua almarinya diselongkar mencari sesuatu. iP nya yang berbunyi tidak dihiraukan. Dia beralih ke laci di sebelah katilnya.

Kertas-kertas di situ dikeluarkannya. Sebuah kotak kecil dikeluarkannya. Dia membawa kotak itu duduk di birai katilnya. Perlahan kunci kotak tersebut dipusingkan.

Seutas rantai dikeluarkannya. Dia tahu rantai ini merupakan peninggalan keluarganga. Dan rantai ini ada pasangannya.

Wajah gadis tadi terlintas di fikirannya. Rantai yang dipakai oleh gadis itu sama dengan rantainya.

The Angelz's Killerz [EBOOK]Where stories live. Discover now