48

20.9K 1.1K 12
                                    

Daniel duduk menyandar pada dinding yang terdapat di pinggir kolam. Matanya memandang ke arah langit yang hitam pekat.

"Jauh termenung? Ingat siapa ?"

Daniel mengalihkan pandangannya memandang alongnya, Danish yang berdiri di hadapannya. Kaki yang dilunjurkannya tadi dibengkokkan untuk memberi ruang kepada Danish untuk duduk.

"Jauh adik along ni termenung. Ingat siapa?" sekali lagi Danish menyoal sambil merenung wajah Daniel. Daniel tersenyum hambar.

"Tak ingat siapa-siapa punlah." nafi Daniel. Danish menjongketkan keningnya.

"Well.. Terpulang kat angahlah nak share ke tak nak. Tapi adik tu risau sangat dengan angah. Itu yang dia suruh along turun padang." ujar Danish sambil tersenyum.

Daniel menarik nafas dan dihembuskannya perlahan. "Along pernah kena reject tak?" soal Daniel tiba-tiba. Danish tersenyum.

"Patah hatilah ni? Who is it?" soal Danish. Daniel hanya diam tidak menjawab. "Aryana?"

Daniel terus memanggung kepalanya memandang Danish. Mana abang aku tahu ni?

"Diane bagitau eh?" soal Daniel. Danish menjongketkan bahunya. Daniel merengus kasar. Tak tahu simpan rahsia betullah si Diane ni.

"Look. Along taklah pandai sangat pasal benda ni tapi along nak cakap something. Cinta tak semestinya memiliki tapi sometimes kita kena belajar melepaskan. Along percaya yang dia ada sebab sendiri reject angah. So, jangan desak dia. Kalau korang ada jodoh.. lambat laun pun dia akan jadi milik angah."

Daniel hanya diam.

"Dahlah angah. Tak payah sedih sedih macam ni. Termenung sana. Termenung sini. Macam perempuan dah gaya kau frust ni. Cubalah pergi buat perkara yang mencabar minda." ujar Danish. Daniel sudah tergelak.

"Hitung bintang pun mencabar minda apa?" gurau Daniel. Giliran Danish tergelak. Gembira sebab Daniel dah boleh bergurau.

'Tabahlah angah.'

•••••

"Lucas!"

Lucas mengangkat muka saat mendengar jeritan Aqilah yang sudah berdiri di depannya. Aqilah mengambil nafas.

"Apahal kau?"

"Markas senjata kita kena serang."

"What?!" Membulat mata Lucas saat mendengar penyataan yang dikeluarkan oleh Aqilah. "Kau jangan buat lawak boleh tak?!"

"Kau fikir aku ada masa untuk buat lawak dalam keadaan kita sekarang?!" balas Aqilah juga dalam nada separuh menjerit. "Aku cedera! Kau nak bukti apa lagi?!" soal Aqilah sambil membuka tekupan tangannya pada sisi perutnya tadi.

Lucas memandang ke arah bahagian baju Aqilah yang sudah dibaluti dengan darah. Rasa serba salah menyerbu.

Dia mendekati Aqilah. "Aku minta maaf. Aku cuma terlalu terkejut tadi." pinta Lucas. Aqilah memandang Lucas dengan linangan air matanya.

Lucas memeluk Aqilah. "Aku minta maaf." Rambut Aqilah diciumnya. "Jom aku rawat." Aqilah ditariknya masuk ke biliknya.

Sebuah peti First Aid Kit diambilnya dan dibawanya kepada Aqilah. Bahagian bawah baju Aqilah diselakkannya. Luka yang disebabkan pisau itu dipandangnya.

"Macam mana kau boleh ada kat markas senjata tu?" soal Lucas sambil mencuci luka Aqilah.

"Aku nak check stock."

Lucas mengeluh. "Kenapa tak suruh si Gia je?" soal Lucas. Aqilah tergelak sinis.

"Tak de maknanya minah tu nak turun padang check semua tu." kutuk Aqilah selamba. Lucas tersenyum kecil. Tahu sangat yang si Aqilah dengan si Gia tu tak pernah nak sebulu.

Tanpa mereka sedar, terdapat sepasang mata yang memandang mereka dengan cemburu.

"Kau rehat kejap. Aku nak keluar." kata Lucas sebaik sahaja dia habis merawat luka Aqilah. Aqilah hanya mengangguk.
Lucas keluar dan menuju ke bilik kerjanya. Berkerut dahinya saat melihat Gia yang duduk di kerusinya.

"Kau buat apa kat sini?" soal Lucas. Gia yang sedang berpusing di kerusi Lucas mengangkat muka. Dia tersenyum dan berdiri berjalan mendekati Lucas.

Jarinya dimainkan pada dada Lucas membuatkan Lucas berasa rimas. "Apahal kau ni?" tanya Lucas dengan nada yang mendatar sambil menepis jari Gia.

"Kenapa? Kenapa aku tak boleh pegang kau? Kenapa kau tak layan aku macam kau layan Aqilah?" soal Gia dengan suara yang perlahan sambil tangannya mengusap leher Lucas. Tangannya mulai naik mengusap bibir Lucas.

Lucas menahan rasa amarah. Tangan Gia pantas sahaja direntapnya kuat. "Kau boleh berhenti jadi budak budak tak?!" marah Lucas. Gia membalas pandangan Lucas.

"Aku suka kau Lucas! Aku masuk dunia ni sebab kau! Sebab aku sayang kau!" jerit Gia membuatkan Lucas tergamam. Rentapannya tadi melonggar.

"Aku korbankan masa depan aku! Aku korbankan pelajaran aku! Aku korbankan persahabatan aku! Untuk kau! Sebab aku sayang kau! Tapi apa aku dapat?! Nothing! Kau tak pernah nampak aku! Yang kau nampak cuma Aqilah! Sebab apa?! Sebab dia Black Catters?!" jerit Gia dengan air matanya yang menurun laju.

"Gia.." Lucas memegang bahu Gia. "I'm sorry." Badan Gia ditariknya ke dalam pelukan.

"Lepaslah! Jangan peluk aku sebab kau kesian kat aku! Lepas!" Gia meronta dalam pelukan Lucas namun pelukan Lucas makin erat.

"Shhh.."

Gia akhirnya mengalah. Dia membiarkan Lucas memeluknya. Lucas mengusap belakang Gia. Buat beberapa ketika mereka berada dalam keadaan begitu sebelum seorang ahli Emperor datang.

"Dragon."

Lucas melepaskan pelukannya terhadap Gia dan memandang lelaki yang berdiri tidak jauh dari mereka. "Maaf aku ganggu. Tapi aku nak sampaikan pesanan. Mind to talk for a few minutes?" soalnya.

"Kejap." Lucas memandang Gia kembali. "Kau tunggu sini. Nanti aku balik lagi." Lucas mencium dahi Gia sebelum berlalu bersama lelaki tadi.

Mereka berdua keluar dari situ dan melangkah ke arah sudut yang agak terpencil. "Kenapa?" soal Lucas.

Lelaki itu memandang Lucas. "Pasal Angelz dan Killerz." Lucas terus memandang lelaki tersebut menanti kata kata seterusnya.

"Mereka hantar notes." Lelaki itu mengeluarkan kertas dari poket seluarnya dan diberikan kepada Lucas. Lucas pantas mengambil kertas tersebut dan dibuka untuk dibaca.

It's been a long time since I send you a notes right? Well.. I just want to say that I would like to finish all of this. We have been a rival since long long time ago and I think this is the time to finish all of this. Mind to have a battle? Let's see who will be the winner after all.

Date: 051217
Place: XXX Building
Time: 1130PM

Lucas mengenggam kertas tersebut.

"Prepare semua orang kita. As soon as possible."

•••••

The Angelz's Killerz [EBOOK]Where stories live. Discover now