PART 3 - DIANDRA DAN BELLVANY.

2.7K 180 10
                                    

Wajah carlos kelihatan tegang setelah keluar dari perut lif.

"Bos.!"

Suara seseorang itu kedengaran dari arah belakang dan langkah kaki carlos terhenti. Perlahan lahan wajahnya menoleh untuk melihat siapakah manusia yang memanggilnya.

"Gord?"

Terangkat kening sebelah kiri carlos menyebut nama orangsuruhannya.

"Heheh.. Hai Boss." Sapa gord sambil meraup rambutnya ke belakang.

"Hah, apa lagi kau mau? Jangan cakap betina tu lari."

Gord memandang wajah carlos tanpa senyuman. Bergegar juga kakinya hendak menyuarakan hasrat hatinya. Bukan dia tidak kenal baran bossnya yang satu ni tak pasal pasal bukan duit yang dia dapat tapi flying kick pula.

"Errr... Tak boss.. Dia ada kat dalam dah ready dah tinggal tunggu boss lagi."

"Habis tu kau mahu apa?!"

"Hehe.. Erm.. Macam ni boss Memandangkan semuanya sudah selesai. Saya mahu minta..sedikit... Ermm yalahh.. Sikit.. U know right what i mean." Tersengih sengih dan berhati hati gord menutur kata pada carlos.

Carlos berdecit sambil mengeleng kepala memandang gord. Sudah tentu dia faham apa yang di maksudkan gord.

"Berapa kau nak?" Soal carlos lalu mengeluarkan dompet dari poket seluarnya.

"Memandangkan kali ni saya dapat yang freshh untuk bos.. Apa kata bos kasih lebih. Bukan selalu pun bos."

Carlos memandang gord dengan dahi berkerut. Tak sah kalau tak minta duit.! Gord senyum menampakkan sebaris gigi.

"Nahh."  Carlos menghulurkan beberapa keping not berwarna ungu pada gord.

Gord yang menyambut huluran duit tersenyum sampai ke telinga. Makann besar la aku malam ni. !

"Cukup?" Soal carlos pada gord

"Cu.. Cukup bos."

"Bagus laa kalau cukup. Aku nak masuk dulu. Nak rasa barang fresh."

"Okey bos.. Selamat 'menikmati' boss."

Carlos tidak membalas malah terus pergi meninggalkan gord disitu.

"Arg ! Lantaklah janji aku dapat duit.."

                          ********

Bellvany dan diandra berjalan perlahan sambil memerhati nombor nombor yang yang ada di pintu setiap bilik.

"Aunty bell.. Lama lagi ka??" 

"Sabar sayang.. Aunty tengah cari nombor bilik kita ni.."

Diandra kembali diam sambil matanya turut membantu mencari nombor bilik mereka.

"Aunty.."

Langkah kaki diandra tiba tiba terhenti laju dia mengangkat tangan dan jari telunjuknya terarah pada pintu bernombor 309.

"Its our room right?"

Bellvany memandang pada nombor pintu bilik tu dan matanya kembali memandang nombor yang tertera pada kad untuk mencari kepastian.

"Yes ! Ni dia.. Finally.."

"Jumlah masuk aunty.. Andra penat sangat."

"Ohh okey sayang.. Jum masuk."

Setelah bellvany dan diandra masuk ke dalam bilik hotel. Mereka menghempaskan tubuh di atas katil queen size. Sungguh perjalanan Plus mencari bilik tu memenatkan badan mereka.

"Diandra."

Bellvany mula bersuara setelah 15minit berdiam.

"Yes aunty."

"Esok mamy datangkan?"

Wajah diandra tadinya ceria mula kelihatan muram. Bukan dia tidak gembira bila mamanya datang menjemput dia esok. Cuma hatinya berat untuk meninggalkan makcik keesayangannya yang sorang ni. Mereka cukup rapat dan diandra amat menyayangi bellvany. Hati kanak kanaknya terusik dengan perpisahan ini. Bukan sehari dua dia akan meninggalkan bellvany, dia sendiri tidak pasti bila dia akan kembali kerna kedua orangtuanya sudah memutuskan untuk menetap di luar negara.

"Hey, kenapa senyap ni."

"Andra rasa.. Andra nak aunty ikut sekali.."

"Mana boleh macam tu sayang.. Aunty banyak hal kena urus dekat sini.  Bayangkan kalau aunty pergi ikut andra.. Siapa jaga Grandpa? Siapa nak jaga rumah anak anak yatim ceria? Siapa nak jaga ladang??"

Diandra kembali senyap. Bellvany tahu yang diandra sedih kerna terpaksa berpisah dengan dirinya esok. Namun itulah pilihan kakaknya yang mahu menetap di luarnegara dan menguruskan bisnes keluarga mereka di sana.

Bellvany menarik dagu diandra, di usap lembut pipi diandra yang mulus.

"I know its hard for you sayang.. Tapi andra kena ikut mamy dan dady sebab andra anak mereka. Andra tak boleh melawan ok, apapun yang mereka buat itu semua pastinya untuk masa depan andra."

"Tapi mamy dan aunty berbeza. Mamy always pentingkan kerja.. Takpernah pun tanya apa yang andra mahu."

"Mamy sayang andra. Mamy kerja untuk andra.. Andra masih kecil untuk memahami hati orang dewasa sayang."

"Dan orang dewasa sukar memahami hati kanak kanak.." Sambung diandra pada ayat bellvany.

"Diandra Kairyna.."

Diandra menlepaskan keluhan.

"Tiapa laa aunty.. Andra mandi dulu."

Sungguh bellvany faham apa yang dirasakan andra saat ini. Tapi dia tiada hak menahan andra untuk pergi, hatinya pun berat untuk berpisah dengan andra. Tapi sudah ni pilihan kakaknya, dan semestinya kakak berhak ke atas andra bukan dia. bellvany mula mengelamun teringat ketika mula mula andra baru sampai diladang kampung tempatnya dan Tuan Heros tinggal. Betapa angkuhnya kanak kanak itu. Ada saja tak kena ini tak mahu itu tak mahu hatinya keras sekeras ais batu. Namun kasih sayang bellvany yang berjaya mencairkan hatinya yang keras seperti ais batu dan mengubah andra. Tidak lah susah baginya mendidik diandra menjadi seorang kanak kanak yang baik. Kuasa kasih sayang tu kuat.

Kring ! Kring !

Lamunan bellvany terhenti taktala terdengar bunyi deringan iphone miliknya. Sekejap ke kiri dan kanan kepalanya mencari telefon bimbit yang berdering.

"Damn ! Mana pula aku letak ni."

Dalam bellvany sibuk mencari telefon bimbit,  diandra keluar dari bilik mandi bersama bathrobe yang bersarung ditubuh.

"Aunty lupa lagi erk?"

"A'ah sayang.. Aunty tak tahu aunty letak mana tu phone."

Diandra berjalan menuju ke meja yang berada di tepi katil queen dan membuka beg bellvany lalu mengeluarkan telefon bimbit bellvany yang masih berdering.

"Aunty its here."

Bellvany menepuk dahi.

"Thanks God !."

Bellvany berlari anak menuju ke arah diandra untuk mendapatkan telefon bimbit yang berada di tangan diandra lalu menyambutnya.

"Hello.." Bellvany mula bersuara.

"Hello adik.. Where's diandra?"

"Ohh kakak.. Diandra? Err.. She here with me."

"Thanks adik.. Btw kakak dalam perjalanan ke lapangan terbang sekarang. Something happen so flight akak tukar pergi malam ni.. Boleh vany hantar diandra ke lapangan terbang tak?"

Mata bellvany memandang ke arah andra. Andra bagai mengerti isyarat pandangan bellvany laju saja dia berlari masuk ke dalam bilik mandi semula.

"Err.. Malam ni kak?"

"Ya.. Vany tolong pujuk andra k. Akak tahu dia akan ikut cakap vany."

"Vany akan usahakan."

"Thanks adik.."

*******

VOTE
COMMENT

Marry Mr.TroubleMakerWhere stories live. Discover now