PART 22-THE WAR BEGIN

1.1K 80 16
                                    

       Jam sudah menunjukkan jam12 tengahmalam namun bellvany belum bersedia untuk pulang kerumah, Malas hendak bersemuka dengan carlos. Perbuatan carlos masih segar dalam ingatannya bukann berdendam tapi hati masih terluka dengann cara carlos memperlakukannya.

    Airmata yang mula mengalir segera diseka, bell menarik nafas dan kemudian menghela. Pandangan bellvany tertuju pada wajah hames yang sedang lena di dalam ribaannya begitu tenang dan mendamaikan. Dengann lembut bellvany mengoles pipi hames.

"Bell.. Belum pulang?  Sudah lewat ni nanti tuan heros risau." Terdengar suara puan reece yang baru keluar dari arah dapur lalu mengambil tempat duduk bersebelahan bell.

"Sudah mesej daddy tadi tapi daddy belum balas, mungkin sudah tidur lah tu." balas bicara bellvany pada puan reece. Puan reece yang dengar hanya mengangguk faham, lagipun kalau bellvany sudah maklumkan dia bermalam di sini tuan heros takkan susah hati.

"Ibu.." Panggil bellvany saat keadaan mula sepi.

"hurmm.."

"Ibu rasa betulkah keputusan bell ni?"

Berkerut kening puan reece mendengar soalan bellvany.

"Keputusan apa tu?"

  Bellvany pandang puan reece dan baru dia teringat yang puan reece belum tahu bahawa dia bakal berkahwin dengan lelaki bengis yang perlakukan dia seperti patung pada sabtu ni.

"Bell?."

Bellvany yang tersedar dari lamunan segera memandang wajah puan reece. Jelas wajah itu mengharapkan penjelasan daripadanya.

"Oh.. Bell akan berkahwin sabtu ni bu. Maaf lambat bagitau."

"Apa? Kahwin? Sabtu ni? Dengan siapa?"

Soalan yang bertubi-tubi dari puan reece buatkan bellvany binggung mahu jawab yang mana satu.

"Bu.. Relax. Bell akan explain satu-satu."

"Yaya.. Explain cepat."

"Bell kahwin sabtu ni sebab daddy yang aturkan dan bakal suami bell adalah anak kepada kawan baik daddy."

"Oh okey.. Tapi kenapa cepat sangat? Jadi bell setuju macam tu saja?"

Bellvany memandang ke lantai lantas ia menganggukkan kepalanya tanda iya.

"Astagaaa bell.. Kenapa bell terlalu cepat sangat buat keputusan ni. Bell kena fikir betul-betul dulu sebab ini melibatkan masa depan bell sendiri. Bell dengar cakap ibu reece ni. Kalau bell rasa perkahwinan ni bukanlah keputusan yang tepat bell bagitau saja, jangan sebab bell mahu jaga hati daddy bell, hati bell yang terluka."

  Bell pandang wajah puan reece. Teguran puan reece ada betulnya tapi ni bukanlah keputusan yang dibuat tanpa berfikir atau menjaga mana-mana hati pihak.Semuanya bersebab, betul dirinya memang bodoh sebab mahu mengahwini lelaki yang terang-terang jahat, tiada hati. Perlakukan dirinya seperti patung, tapi semua tu disebabkan hanya mahu carlos bertanggungjawab dengan apa yang dia buat pada dirinya.

"Bell... Dengarkah ni apa ibu cakap?"  soal puan reece bila melihat bell hanya diam sambil merenung ke arahnya.

"Bu.. Bell bukan terpaksa setuju. Bell memang setuju sebab.. Sebab..."

"sebab apa bell?"

  Teragak-agak bell mahu bagitau hal yang sebenar kepada puan reece. Tapi apa yang dirasakannya sekarang begitu berat, dirinya memang tidak boleh pendamkan lagi. Dia harus luah.

"Sebab dia lelaki yang rogol bell." Ujar bell sambil airmatanya juga turut mengalir. 

  Puan reece menutup mulut yang sedang melopong apa yang baru dikatakan bellvany amat mengejutkan dirinya.

"Bell.." panggil puan reece lalu memeluk bellvany. Puan reece mengusap lembut belakang bell cuba menenangkannya. Tapi esakan bell menjadi semakin kuat.

"Kenapa selama ni bell tak bagitahu ibu.."
"Bell takut bu.."

"Apa juga yang bell takutkan, bell tahu bell sedang lalui hal yang sukar kenapa pendam seorang-seorang. Kalau bell bagitahu ibu pun ibu nda marah bell tapi ibu marah lelaki tak guna tu. Lagipun semua ni bukan salah bell dan tindakan bell minta dia bertanggungjawab itu suatu keputusan yang tepat bell."

Bell melepaskan pelukkan puan reece, kini mereka saling berpandangan di antara satu sama lain.

"Tapi dia tidak mencintai bell bu. Cara dia layan bell pun macam bell ni bukan manusia." 

  Puan reece mengusap kepala bell lalu tangannya turun menyeka sisa airmata bell.

"Mungkin selepas kahwin bell mampu mengubah dia. Cuma sekarang semuanya perlu waktu. Bell sabar ya sayang."

Bellvany hanya mengangguk faham. Dia kembali memeluk puan reece. Ada kelegaan baginya selepas meluahkan "rahsia hitam" yang cuba dia simpan seorang diri selama ini.

"Jadi daddy bell sudah tahulah tentang hal ni?. Dan sebab tulah daddy bell aturkan perkahwinan ni?." kali ni soalan puan reece buatkan bell panik.

Bellvany pantas meleraikan pelukkan puan reece lalu memegang kedua bahu puan reece.

"Jangan bu.. Daddy nda perlu tahu hal ni. Hanya ibu dan uncle collin saja yang tahu."

  Berkerut dahi puan reece bila nama seseorang yang tidak dia kenali terpancul dari mulut bellvany.

"Siapa pula tu?"

Bellvany kembali menundukkan kepalanya.

"Dia daddy kepada bakal suami bellvany."
"Jadi bell rasa semua ni ada kena mengena dengan uncle collin tu. Semua ni dia yang atur kaa atau macam mana."

" Tak tahu bu.. Ada kemungkinan besar dialah yang pujuk daddy." usai berbicara begitu bellvany diam. Fikirannya sudah melayang jauh memikirkan sesuatu.

*******

   Carlos mematikan enjin keretanya, akibat tersesat jalan sewaktu dia mencari bellvany akibatnya dia pun lewat sampai kerumah agam tuan heros. Namun saat dia hendak keluar dari perut kereta, carlos melihat brooke  keluar dari rumah agam dengan gaya yang mencurigakan. Kuat gerak hatinya mengatakan ada yang tidak kena jadi carlos memutuskan untuk mengikuti jejak brooke secara senyap-senyap.

  Brooke berdiri di halaman yang berada dekat dengan kolam renang dan carlos pula bersembunyi di bawa timbunan pokok-pokok hiasan dan jarak mereka tidaklah jauh sangat. Carlos mengintip perbuatan brooke dari cela-cela pokok hiasan. Brooke sepertinya sedang menghubungi seseorang.

"Hello tuan adam. Ni saya brooke. Tuan kita tak boleh bercakap lama."

Carlos terus memerhati dan mendengar hatinya tertanya-tanya siapa pula adam. Perasaannya semakin membuak-buak ingin tahu.

"Iya tuan, sekarang tuan collin sedang sakit dan mereka berada di ladang tuan heros. Jadi kalau tuan mahu rancangan diteruskan ini adalah waktu yang sangat tepat."

"Baik Tuan, saya akan ikut seperti yang diarahkan."

  Usai berbicara brooke menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Dia memandang kiri dan kanan lalu pergi meninggalkan halaman.

  Carlos hanya memandang brooke sehingga kelibat brooke hilang di pandangan matanya. Dia jadi semakin yakin memang ada yang tidak kena.

"Teruskan permainan kau brooke, sampai kau bawa aku jumpa tuan adam kau tu." bisik carlos sambil mempamerkan senyuman sinisnya.

  

Marry Mr.TroubleMakerWhere stories live. Discover now