PART 8 - TUHAN, BANTU AKU

1.1K 96 8
                                    

  Bellvany yang sudah terundur tadi menundukkan wajahnya. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuh lalu berjalan. Carlos hanya memerhati dari belakang. Berapa saat kemudian bellvany berhentikan langkahnya dan kembali pandang carlos. Mata mereka saling bertembung, hati carlos pantas berdetak laju dan dia benci keadaan begitu.

"Apa?!!" jeritnya pada bellvany, kelihatan bellvany turut terkejut dengan jeritan carlos.

Bellvany seakan berat mengatakan niatnya lepas dengar jeritan carlos tadi segera dia menggeleng dan teruskan melangkah. Carlos tiba-tiba jadi serba salah namun di tepis laju perasaan itu. Buat apa juga dia mahu rasa bersalah kan? Perempuan itu bukan siapa-siapa pun di hidupnya.

  Kaki carlos mula melangkah dan langkah kakinya lebih laju dan meninggalkan bellvany jauh di belakang. Namun belum sempat hayunan langkah seterus, satu suara mematikannya

"W-Wait.." terketar-ketar suara bellvany.

Carlos berhenti kemudian pusing menghadap bellvany. Keningnya terangkat, muka garang carlos memang tidak boleh blah punya bikin bellvany bertambah kecut. Kedua tangan carlos di silang menanti kata-kata dari bellvany.

"saya.." sempat bellvany menelan liur sebelum meneruskan ayat seterusnya. Dia terpaksa juga minta tolong..

"S-saya n-nak t-tumpang a-awak boleh..?"

"No!" Balas carlos laju lalu mula mengatur langkah lagi.

"Tolonglah saya baru lagi di sini.. Jalan sini pun saya tak tahu. Please.."ujar bellvany serta merta buat langkah kaki carlos kembali terhenti. Dia balik lagi memandang ke arah bellvany.

"Hello girl! Kau tinggal zaman apa ni? Zaman batu? Orang sekarang kalau tiada kenderaan orang akan cari grab,teksi, kalau tak tahu jalan kan ada waze." kata carlos cuba menahan amarah.

"Tulah masalahnya.. Saya tidak pandai guna tu semua. Saya mana tahu apa tu grab, waze semua.." Jawab bellvany sambil menggaru kepalanya yang gatal.

Carlos tersenyum sinis, tidak masuk akal duduk zaman moden tapi cara zaman purba. Kaa, perempuan di hadapannya ini ada agenda lain.

  Carlos mula berjalan ke arah bellvany, mata helang carlos tajam memandang tepat ke wajah bellvany, Bell mulai gelabah satu badan, dia menelan liur dan perlahan-lahan mengundur, sehingga bellvany tersandung sesuatu dan ingin jatuh pantas carlos menyambut. Mereka  sangat dekat sehingga keadaan itu membuat bellvany tidak selesa.

"Kau ingat aku bodoh? Apa susah terus terang saja ni taktik kau mahu dapatkan saya."

Membulat mata bellvany dengar lelaki bengis ni merepek.

Carlos segera melepaskan pegangannya dengan mengejut membuatkan bellvany jatuh terduduk di tanah. Ouch!!

"Jangan perasan!!"

Bellvany cepat-cepat berdiri dan menyapu seluarnya yang kotor. Dia melihat carlos sudah pergi dan dia mulai kejar lalu menarik tangan carlos.

"Woi!!  Apa ni tarik-tarik hah!!" Carlos menarik tangannya yang berada di genggaman bellvany.

"Saya cuma mau minta tolong encik hantar saya pergi ke hotel.. Saya merayu ni, lagipun saya nda kenal siapa-siapa di sini.." Rayu bell sampai melutut di hadapan carlos.

Lama carlos diam seperti memikirkan sesuatu, bibirnya lantas mengukir senyuman.

"Okey.. with one condition." katanya setuju tapi bersyarat.

"Anything.." desakkan yang membuat bell menjawab sedemikian.

"Jom masuk kereta." Ajak carlos, bellvany hanya menurut namun dia mula rasa tidak sedap hati tapi dia cuba positif.

  Usai mereka berdua masuk ke dalam perut kereta, Carlos memecut laju meninggalkan perkarangan hospital.

----------

  Wajah gembira bellvany terserlah selepas nampak tu nama hotel 5 bintang berkelip-kelip. Syukur! Akhirnya sampai juga.

  Seperti biasa carlos memakir keretanya di hadapan hotel lalu menyerahkan kunci kereta pada petugas. Mereka berdua melangkah masuk bersama ke dalam bangunan hotel dan bellvany menuju ke arah penyambut tetamu untuk meminta kunci biliknya kemudian dia pergi mendapatkan carlos yang sedang menunggunya di dalam lif.

"Masih ingat tentang syarat tu.?"

"Oh yeah. Hehehe.. Sorry saya hampir terlupa.?" Ucapnya sambil menepuk lembut dahinya.

"So, memandangkan saya selamat sampai di hotel ni, boleh bagitahu apa syarat encik?" sambung bellvany sambil memandang tepat ke arah carlos.

"Bilik kau tingkat berapa?" Soalan di balas soalan, berkerut dahi bellvany.

"3" jawab bellvany singkat.  Dia melihat jari carlos menekan button bernombor '3'

Ting!! Pintu lif mula terbuka mereka melangkah bersama keluar dari perut lif.

"Bilik no berapa?

"309"

Carlos terus berjalan sambil mencari nombor bilik yang disebut oleh bellvany tadi dan matanya terhenti pada satu pintu dengan nombor yang sama seperti disebut bell tadi.

"Ni kan.." Tanya carlos dengan kening terangkat. Bell pandang tu nombor di pintu lalu mengangguk.

"tunggu apa lagi.. Bukalah."

Bellvany berjalan mendekati pintu bilik hotel tu dia dua hati samada mahu buka atau tidak, lelaki tu belum bagitau apa syaratnya dan perbuatannya juga buat bellvany binggung.

"Kau tunggu apa.. Cepatlah buka!" 

Bellvany pusing menghadap carlos, sekarang mereka saling berpandangan.

"ermm.. Sebelum saya buka.. Bagitau dulu apa syarat encik?"

Carlos menampakkan senyuman sinis dia. Dia kasih dekat lagi tu muka dia sama sii bellvany. Bellvany cuba mengundur tapi pergerakkan dia terbatas sebab belakang dia ada pintu so mana boleh dia mengundur lagi kan.

"Lepas kau buka ni pintu then kau tahulah syarat dia." Bisik carlos. Wajahnya kini amat dekat dengan bellvany.

"J-jangan buat apa-apa okey.." Balas bellvany dengan suara terketar-ketar.

Carlos mengangkat bahu dan tangan di masukkan ke dalam poket. Dia kembali berdiri tegak tapi tu senyuman sinis tu tetap melakat di bibir.

  Bellvany pusing dan buka tu pintu bilik, selepas pintu di kuak carlos dari arah belakang bellvany tadi terus meluru masuk sempat dia menolak bahu bell.Okey tu gaya rude ah.

  Lepas tengok carlos masuk macam tu saja,bellvany berdiri di hadapan pintu sambil mencari benda untuk tahan pintu dari tertutup namun belum sempat dia berbuat apa-apa tangan bell pantas di tarik dan carlos mula mencium bibir bellvany.

Bellvany terkejut lantas menolak badan carlos. Namun kekuatan seorang perempuan apalah saja jika di banding dengan kekuatan lelaki. Airmata bellvany mula mengalir dan semakin rakus carlos mencium semakin deras airmata bellvany mengalir.

"Tuhan.. Bantu aku lepas dari nafsu syaitan lelaki ni..."

-----------

Marry Mr.TroubleMakerWhere stories live. Discover now