PART 14 -😎🔫

974 88 8
                                    

Carlos berjalan keluar dari bangunan hospital, hatinya sedikit lega bila dengar dari hez tuan collin sudah sedarkan diri tadi. Dia mahu melihat sendiri keadaan tuan collin namun egonya lebih menguasai hati dan fikirannya saat ni.

Pap!  Pap! Pap! 

Bunyi tepukkan tangan dari arah belakang mematikan langkah carlos, segera carlos menoleh dan memandang seseorang. Bibir carlos mengukir satu senyuman sinis, memang dia tengah mencari mangsa untuk melepaskan tekanan dan dia tidak perlu pergi mencari sebab mangsa sudah datang tanpa dijemput.

"Carl.. Long time no see.." kata hector mahu memeluk carlos. Segera carl menolak kasar badan hector sehingga dia terundur dan hampir jatuh.

"Auch.. Kasarnya." Ejek hector sambil tersenyum penuh makna.

"Apa kau mahu.."

"Rilexlah.. Aku datang dengan niat yang baik."

"Pernahkah manusia macam kau ni ada niat baik?"

Hector ketawa dengan sekuat hati, bukan merasa soalan tu lawak tapi dia sebenarnya menahan sakit hati dan diri dari menumbuk carlos.

"Belum aku tumbuk, kau sudah gila ah."

Hector terdiam, takkan hatinya saja terus sakit. Hector ada cara untuk sakitkan hati carlos barulah rancangan berjalan.

"Aku dengar bapa kau sakit.. Baguslah! Lagi cepat bapa kau mati, lagi bagus. Senang kerja aku."

Carlos sudah mengenggam penumbuk, pantang dia bila musuh bawa masuk bab bapak dia dalam hal peribadi.

"Apa masalah kau."

"Masalah aku? Kau tanya apa masalah aku? Hahahaha.."

Carlos sudah tidak dapat menahan diri, dia langsung ke arah hector dan tangannya diangkat mahu menumbuk muka carlos. Tapi belum sempat tumbukan kena pada wajah hector, tangan carlos sudah ditahan oleh brooke.

"Sabar tuan carl.. Ingat tuan collin belum sembuh. Jangan buat hal."

Serta merta carlos mengundur. Dia sempat menunjuk wajah hector tanpa berkata apa-apa namun hector hanya tersenyum sambil mengetap bibirnya.

"Hector aku rasa baik kau pergi, jangan ganggu tuan carlos."

Hector merenung wajah brooke dengan pandangan tajam.

"Fine.!!" Balas hector kemudian berlalu pergi meninggalkan carlos dan brooke di kawasan hospital. Tanpa mereka sedar ada beberapa pasang mata sedang memerhati.

Brooke menoleh dan dilihatnya carlos sudah melangkah pergi, pantas dia berlari menuju ke arah carlos.

"Tuan!" panggil brooke menahan carlos dari pergi.

"Apahal?!" jawab carlos sambil menoleh ke arah brooke.

"tuan collin mahu berjumpa."

  Carlos mengusap pelipisnya sambil tangan belah kiri di letakkan pada pinggang.

"Apa lagi orangtua tu mahu."

"Ada hal penting dia mau cakap sama tuan."

"Malas." jawab carlos singkat dan kemudian mahu melangkah namun sekali lagi dihalang oleh brooke.

"Tolonglah tuan, ni berkaitan antara hidup dan mati ni tentang nyawa tuan collin." Bohong brooke, dia tidak tahu lagi mahu beri alasan apa pada carlos. Kalau mahu cakap yang benar tentu saja dia menolak mentah-mentah silap haribulan mukanya jadi mangsa tumbukkan carlos.

Carlos merenung wajah brooke mencari kepastian kemudian dia merengus dengan kasar dan berlalu tanpa berkata apa-apa. Brooke hanya memerhati  carlos yang sudah berjalan menuju ke pintu masuk utama bangunan hospital.

Marry Mr.TroubleMakerजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें