PART 6- HEZKIEL

3.1K 182 33
                                    


Perbualan antara carlos dan hezkiel terganggu saat bellvany membuka pintu wad dan melangkah masuk. Carlos dan hez saling berpandangan pelik dan mata mereka kembali memandang kepada bellvany. Perasaan bellvany mula tidak selasa dengan pandangan yang diberikan oleh carlos dan hez. Sebelum keadaan menjadi lebih janggal baik dia terus terang kenapa dia berada disini.

"Erkk.. Sorry menganggu tapi.. sebelum mahu balik tadi saya dan doktor kaisarah.. ."

"Wait ! I can't believe this. Bukankah kau perempuan yang sama berdiri di depan pintu sejak tadi?! Dan kenapa kau berada di sini?!"

Tertunduk sedikit kepala bellvany bila carlos mula menyoalnya dengan nada yang sedikit lantang. Hez yang sekejap memandang carlos dan sekejap memandang bellvany. Hanya diam dengan kehairanan.

"Err.. Tu.. Tu.." suara bellvany seperti terketar ketar ingin menjawab tapi belum habis pun dia berkata carlos memintas lalu memarahinya tanpa dengar penjelasan darinya.

"Jangan jangan kau ni ikut akukan?!! Hey perempuan siapa kau dan kenapa kau ikut aku hah?! Bukan sudah saya pesankah tadi jangan ganggu akuu !!!!! Tak faham bahasakah atau kau mahu saya cakap bahasa alien hah!!!"

Terkejut bellvany bila suara carlos semakin tinggi. Fuh! Lelaki ni bercakap macam orang yang tertelan speaker sudah pun begitu perasaan hot pula tu. Tak pernah sesiapa menengking dia sebegitu even her daddy, Mata bellvany yang mula berkaca itu segera dia cover dengan senyuman. Terasa pelik juga sebab dia sendiri tidak faham apa yang lelaki satu ni merepek. Dia datang sini bukan sebab mahu ikut lelaki perasan handsome ni or whatever, tapi disebabkan niat dan tujuannya untuk bertemu hezkiel. Kerna hez sendiri juga yang mahu berjumpa dengan dirinya. Tup tup sii lelaki perasan yang entah dari mana pula yang over ni.

"Sebelum itu saya minta maaf encik. Tapi encik sudah salah faham ni, tadi sebelum saya ke sini saya berjumpa dengan doktor kaisarah cakap encik hezkiel mahu berjumpa dengan saya. So, Saya datang sini sebab encik hezkiel.. Bukan untuk ikut encik." Jawab bellvany dengan nada lembut, membuatkan carlos terdiam. Hezkiel yang menyandar di katil pesakit mula menekup mulut dan menahan tawa.

Segera carlos menoleh ke arah hez dengan pandangan 'kau ketawa kau siap!!'. Hezkiel yang faham dengan riak itu segera mempamerkan wajah pura pura serius menganggap kejadian ni seperti tidak wujud.

Mata carlos kembali memandang bellvany.

"Whatever!!" Kata carlos dengan ego, apapun dia tidak salah, perempuan dihadapannya saat ni yang salah. Lelaki hot macam dia memang banyak peminat. Carlos kemudian membetulkan duduknya di atas kerusi.

Bellvany juga seperti hezkiel menahan tawa tapi bila melihat wajah carlos tawanya beransur hilang takut mula menguasai. Perlahan- lahan bellvany melangkah menghampiri hezkiel yang menyandar pada katil pesakit.

"Encik dah rasa ok?" Soal bellvany pada hezkiel.

"Ya.. Dan terimakasih sebab selamatkan saya."

Bellvany mengangguk sambil tersenyum manis pada hezkiel dan hez membalas senyuman bellvany. Mereka hanya bertentang mata untuk beberapa saat dan keadaan berubah menjadi sunyi seketika.

Carlos yang sejak tadi menjadi pemerhati mereka berdua mula merasa menyampah. Dia tidak suka kehadiran bellvany disini. Dan dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak menyukai wanita tu. Kalau ikutkan hati mahu saja dia tarik keluar. Tapi cukup dia gangster dengan memukul lawannya bukan perempuan yang dicipta untuk memuaskan nafsunya.

"Ehem !!" sengaja carlos berdehem. Membuatkan kedua manusia itu sedar akan kehadirannya disini. Bellvany dan hezkiel sama sama berpaling ke arahnya. Hez melemparkan senyuman nakal pada carlos dalam erti kata lain 'bagilah chance'.

Carlos pura-pura tidak memahami isyarat tersirat hez. Dia memberi pandangan tajam pada bellvany..

"Sudah puas tengok?? Sudah tahu dia ok kan? Jadi.. Sila berambus !" Kata carlos dengan menunjukkan arah pintu wad.

Bellvany hanya tersenyum pada hez.

"Oklah. Saya balik dulu encik hez."

Hez cuba menahan namun carlos memberinya pandangan maut. Hez menelan air liur. Gila tidak takut !

Perlahan-lahan atau tanpa rela hez mengangguk. Hatinya seakan terpaut pada wanita itu. Dia mahu mengenalinya lebih lagi tapi apakan daya ada saiton yang mengacau saat ni.

Carlos tersenyum sinis sambil menyilangkan kedua tangannya, puas hati kerna arahannya di ikuti. Tidak sedikit pun dia menunjuk muka bersalah bila menghalau bellvany. Bell berjalan dan langkah kakinya diperlahankan, sesampai di pintu wad dia mula memulas tombol dia pergi kerna dihalau oleh carlos dan dia tiada pilihan lain selain menurut, kehadirannya disini mungkin satu gangguan jadi buat apa bertahan. Lagipun hez sudah okey tiada apa yang perlu di risaukan lagi, sekarang dia boleh pergi dengan tenang.

"Tunggu !" suara itu membuatkan kaki bellvany terhenti dan dia menoleh. Carlos menepuk lengan hez cuba menghalang hez. Hez memandang carlos dengan penuh pengharapan. Carlos seakan memahami hanya mendengus kasar. Hez kembali pandang bellvany.

"Kalau boleh saya mahu tahu nama kau?"

Bellvany sempat melirik ke ke arah carlos sebelum memberi tahu namanya. Namun wajah itu tetap dengan bengisnya. Bellvany kembali memandang hez. Senyuman di bibir hez membuatkan dia sedikit lega, Nasiblah hez seorang lelaki baik.

"Nama saya bellvany.. Encik hez"

Hezkiel kembali senyum dan mengangguk.

"Baiklah.. Hati-hati dalam perjalanan pulang bellvany. Dan lagi satu tolong jangan panggil 'encik' panggil saja hez.'

Bellvany mengangguk dan membalas senyuman hezkiel.

"Saya pergi dulu.." pinta bellvany dan berlalu keluar. Setelah susuk tubuh bellvany hilang disebalik pintu. Hez kembali menyandar pada katil sambil memejamkan mata. Betapa gembiranya dia harini. Sudah lama perasaan sebegini tidak muncul di hatinya.

"Dahlah hez.. Dia sudah pergi. Takkanlah perempuan biasa macam tu taste kau?" ujar carlos dengan riak menyampah.

"That girl carl dia bukan girl yang biasa-biasa. Sebab dia buat jantung saya berdegup kencang dengan senyumannya." Kata hezkiel sambil memegang dadanya. Matanya bersinar-sinar bila menceritakan yang bell bukanlah gadis biasa seperti yang dilihat carlos.

"Ceh ! Forget about that girl hez ! Sekarang ni yang aku mahu tahu siapa buat kau macam ni?" -Carlos-

Mendengar sahaja pertanyaan itu sudah membuat hezkiel tertunduk lemah. Hatinya berbelah bagi mahu memberitahu, ini berkaitan dengan dirinya dan perkara tu tidak boleh diketahui carlos.

"Carl.. Its okey.. Saya tak apa apa.. Lupakan"

Carlos segera berdiri dan menendang kerusi yang di dudukinya tadi. Amarahnya sudah memuncak bila hez seakan sembunyikan orang yang sudah hampir membuatnya mati.

"Kau hampir mati dan kau boleh cakap kau tidak apa-apa? Apa kena dengan kau hez!!! Sekali lagi aku tanya siapa buat kau begini !!!" Teriakkan carlos membuatkan hez terkejut tapi hez hanya senyap tanpa sebarang kata.

Dia bukan mahu sembunyikan sebuah kebenaran, dia cuma tidak mahu ugutan wanita itu menjadi kenyataan.

------

Hello readers. Saya cuma mahu bagitau yang part 6 ini saya ada ubah sedikit sebab saya lupa-lupa jalan cerita. Maklumlah lama butul saya berehat. Terimakasih sebab setia tunggu. Nanti saya akan update part7

Marry Mr.TroubleMakerWhere stories live. Discover now