PART 17 - PROMISE

1.1K 99 12
                                    

Carlos tersedar dari lenanya kerna silau dengan cahaya matahari pagi yang menembus masuk melalui tingkap yang sedikit terbuka. Matanya terasa pedih disebabkan tu dia pusingkan badannya ke kanan dan cuba melelapkan matanya semula namun gagal, dia merengus kasar lalu segera bingkas dari katil dan menuju ke bilik air.

     selesai membuang air kecil, carlos menekan button flush kemudian melangkah ke sink untuk buka air paip. Kedua tangannya menadah air yang keluar dari aliran paip lalu dibilasnya wajahnya.

Kreeeekkkkk.... (Bunyi pintu dikuak)

Carlos dapat rasakan ada orang lain sedang masuk ke dalam bilik, dia menutup semula air paip di sink, lalu berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu dan dibukanya sedikit agar dapat mengintip siapa sedang berada dalam kamar tidurnya.

Kelihatan bellvany sedang menyusun beberapa pasang baju di atas katil. Carlos tersenyum nakal dia ada idea gila. Hatinya belum puas mengenakan bell kerna semalam mereka di ganggu dengan kehadiran tuan heros tapi harini jangan harap bell akan terlepas dengan mudah.

Carlos segera keluar dari bilik air tanpa baju. Niatnya berkeadaan begitu kerna ingin mengusik bellvany.

"Sorry saya masuk tanpa.." Mulut bell bagaikan terkunci apabila matanya  terpandang carlos yang tidak berbaju. Wajahnya mula kemerahan dia pantas tunduk memandang lantai.

"S-Sorry m-masuk tanpa minta izin, saya ingatkan kau mandi.. Hurmm..Tak apalah saya keluar dulu."

Baru sahaja bell ingin melangkah pergi tangan carlos lebih pantas memaut lengan bell menjadikan langkahnya terhenti.

"Mahu pergi mana.." Soal carlos lembut sambil badannya sengaja dirapatkan pada bellvany. Bell kelihatan tidak tentu arah disebabkan carlos. Dia cuba menarik lengannya dari genggaman tapi semakin dia cuba semakin erat pula pautan carlos.

"Pandang aku.." Kata carlos yang melihat bell hanya tunduk sejak tadi.

Perlahan-perlahan bell mendongak memandang carlos yang berdiri rapat dihadapannya. Saat matanya bertentang dengan mata carlos ada satu perasaan aneh yang hadir membuatkan dia susah untuk mengerti apa lagi menjelaskan perasaan apa yang sedang mengetuk pintu hatinya saat ini. Jantungnya juga berdegup kencang seperti baru menamatkan larian pecut apabila carlos merenungnya. Renungan tu membuatkan dia terkaku dan tidak berpijak di dunia yang nyata rasanya saat ini dia sedang berada di awang-awangan.

  Carlos tersenyum puas kerna rancangannya mahu mengusik bellvany berjaya. Bell sedang masuk dalam perangkap yang diciptanya tanpa sengaja. Dia terfikir untuk meneruskan permainannya agar lebih jauh biarkan bell hanyut dengan godaannya.  Malah carlos semakin berani apabila dia mula menyentuh mata, hidung dan terakhir bibir bell, bell langsung tidak menghalang  apalagi melawan dia hanya membiarkan apa saja perbuatan carlos kepada dirinya.

   Semakin lama semakin tajam dan menyusuk pandangan carlos membuatkan bell kalah dan tidak mampu melawan. Dia hendak tundukkan wajahnya semula namun cepat carlos menahan dagu bell. Memandangkan bell tidak membantah menjadikan permainan carlos semakin berani dan dia sengaja dekatkan mukanya pada bellvany. Bell menutup mata, bibir carlos pun sudah mengukir senyuman jahat, bell betul-betul sudah masuk perangkapnya. Belum sempat bibirnya mendarat di bibir bellvany satu suara langsung menghentikan perbuatannya.

"Carlos!!" Panggilan tu buatkan carlos segera menolak tubuh bell bagi menjarakkan ruang di antara mereka.

"Bell.. Are you okey?" Tanya tuan collin  bila perasan yang wajah bell sudah pucat.

Teragak-agak bell mengangguk.

"Ya uncle.."

Tuan collin memberi pandangan tajam pada carlos. Saat dia lalu di hadapan bilik carlos tadi dia tanpa sengaja terpandang pintu carlos yang tidak di tutup dengan rapat, kuat hatinya ingin menjenguk ke dalam kalau-kalau carlos masih tidur namun sangkaannya meleset saat pintu terkuak alangkah terperanjatnya dia melihat babak yang tidak sepatutnya terjadi.

Marry Mr.TroubleMakerWhere stories live. Discover now