PART 20 : FORGIVE

1.6K 113 22
                                    

Bellvany terdiam bila dengar kata-kata carlos sebentar tadi, dia tahu carlos jujur mengatakan kebenarannya. Tapi entah kenapa hati mahu mempertahankan hubungan yang masih samar-samar ini.

Bell lajukan ayunan langkah kakinya bila melihat carlos sudah berada sedikit jauh dihadapan.

"Carlos.." panggil bell sambil berlari ke arah carlos. Carlos dengar namanya dipanggil tapi sengaja tidak menghiraukan bell malah dia terus saja berjalan tanpa menoleh kebelakang.

"Carlos..." sekali lagi panggilan bell tidak bersahut.

"Carlos.. Stop!" kata bell sambil memegang tangan carlos, cuba menahannya. Carlos menepis dan memusingkan tubuhnya menghadap bell.

"Apa?"

"Saya... Saya tidak akan ubah keputusan saya. Saya tetap akan kahwin dengan kau."

Kening kiri carlos terangkat, matanya tajam memandang ke dalam mata bell. Kedua bahu bell dipegang bibir carlos mendarat pada telinga bell.

"Dan kau memilih untuk menderita seumur hidup. Tahniah."

Carlos melemparkan senyuman sinis selepas berkata begitu. Bell hanya mempamerkan riak bersahaja ugutan carlos tidak membuatnya berganjak dari keputusannya. Serius ni kerja gila!

"kau akan menyesal bell.. Trust me." Ujar carlos lagi sambil mengenyitkan matanya dan terus melangkah pergi.

"Saya takkan menyesal! And saya akan pastikan kau akan jatuh cinta sama saya!" bell segera menutup mulutnya selepas berkata begitu. Ayat spontan tadi membuatkan jantung carlos bagai disambar petir kakinya yang mahu melangkah tadi tidak jadi. Apa yang baru dia dengar betul-betul buatkan dirinya jadi tidak keruan. Serius perempuan tu betul-betul gila semakin dia minta perempuan tu pergi semakin gila dia bertahan. Tapi bertahan atas dasar apa? Alasan kerna pernah disentuh? Mengarut! Carlos menoleh memandang bell.

"Kau tidak kenal aku. Dan aku tidak tahu apa yang buat kau setuju dengan perkahwinan bodoh ni?"

"Perlukah saya bagitau sebabnya?."

Carlos menarik tubuh kecil bell agar jarak mereka lebih dekat. Bell menahan badan carlos dengan tangannya yang diletakkan di dada carlos.

"aku bagi kau amaran bell. Batalkan perkahwinan ni." usai berbicara begitu tubuh bell segera ditolak dan bell sedikit mengundur dengan perlakuan carlos.

Bell hanya senyap dan biarkan carlos pergi meninggalkan dia disitu. Setelah bayangan carlos hilang dari pandangan bell menghela nafas.

"Macam mana saya mahu batalkan kalau hati saya degil mahu teruskan. Saya nda tau perasaan ni carl. Andai ada penjelasan saya akan jelaskan tapi saya sendiri pun susah mahu fahami isi hati saya sendiri." bisik bell sendirian, andai perasaan ni bukan perasaan cinta mungkin perasaan ni hanyalah permintaan sebuah bertanggungjawaban.

------

Tuan heros memegang seutas rantai, tiba masanya untuk beri rantai ni pada bellvany sebagai tanda hadiah perkahwinannya nanti sesuai dengan permintaan mendiang isterinya. Hatinya gembira dalam masa yang sama terselit sedih.

"Sayang.. Anak bongsu kita bellvany akan berkahwin tidak lama lagi. Tinggallah hubby sendiri lepas ni kalau sayang masih hidup mesti hubby tidak sunyi. Tapi apakan daya Tuhan lebih sayangkan ayang. Berehatlah dengan tenang di alam sana, tunggu hubby okey." kata tuan heros diiringi dengan airmata.

Tok! Tok!

Gangguan bunyi ketukan pada pintu buatkan tuan heros pantas mengesatkan airmata, dia tidak mahu sesiapa tahu yang dia sedang dalam kesedihan saat ini.

Marry Mr.TroubleMakerWhere stories live. Discover now