PART 15 - CARL ❌ BELL

1K 101 14
                                    

Usai menidurkan hames, bellvany berjalan perlahan-lahan untuk keluar dari bilik, gayanya seperti pencuri yang berhati-hati agar tidak tertangkap.
Tibalah di hadapan pintu, bellvany tidak sengaja terlanggar bahu ibu reece.

"Eh mak kau pink. Eh! Bell.."

"Shhhh...."

"Mahu balik sudah?"

Bellvany mengangguk sambil menutup pintu bilik.

"Iya bu.. Baru perasaan sekarang sudah pukul 10, bell rasa mesti daddy risau ni. Bell belum sempat call daddy tadi, bagitau bell lambat."

"Okeylah. Bell balik dulu biar ibu urus semuanya."

"Sure ni nda perlu bantuan bell?"
"Betullah, kerja pun tidak banyak mahu dibuat."

Bell sekali lagi mengangguk tapi kali ni dia menunjukkan ibu jari sambil mengenyitkan mata.

"Orait."

"esok bell datang kah nda ni?"

"Hmm.. Maybe bell datang. Tapi not surelah but bell akan usahakan."

"Ah.. Yalah. Bah balik nanti hati-hati memandu kalau ada sesiapa tahan-tahan bell di jalanraya tu nanti jangan pandai-pandai mahu berhenti bahaya, bell tu perempuan lepastu pandu sendiri lagi. Ni lagi satu Kalau rasa tidak tahan ngantuk berehat tepi jalan tidur sekejap tapi jangan lupa kunci semua pintu, tingkap, kita tidak tahu bahaya ni ada di mana-mana jadi sebelum apa-apa berlaku kita kena hati-hati."

Bell hanya berdiri dan merenung sahaja ibu reece membebel. Bibirnya mengukir senyuman. Ya Tuhan, tengok ibu reece membebel, buat dia sedih teringatkan mendiang mama. Kalaulah mama masih ada..

"Bell dengar apa ibu cakap?"

Kepala bell turun dan naik tanda iya. Airmatanya mula mengalir. Laju sahaja dia memeluk ibu reece. Ibu reece agak kaget tapi dia membalas juga pelukkan bell.

"Terimakasih bu.."

"Sudahlah.. Macam sii hames sudah gaya kau. Cenggeng."

Bellvany ketawa dengan lawak spontan ibu reece, pelukkan dileraikan, ibu reece menyeka airmata bell.

"Ingat pesan ibu."

Bell hanya mengiyakan lalu masuk ke dalam perut kereta. Sebelum kereta bergerak meninggalkan kawasan rumah anak yatim, bell sempat melambai dan membuat ciuman terbang pada ibu reece. Ibu reece hanya tersenyum melihat kelakuan bell. Dia menggeleng kepala terkadang keluar juga gaya kebudakkannya.

"Bell.. Bell.."

---

  Sepanjang perjalanan menuju ke rumah agam, bellvany hanya ditemani lagu-lagu sekejap rancak, sekejap slow melalui corong radio.

  Selama 30minit bellvany memandu akhirnya dia sampai ke destinasi. Bell membelok keretanya ke lorong kanan untuk masuk ke perkarangan rumah agam milik tuan heros. Namun, saat dia sampai kelihatan banyak kereta sedang beratur di hadapan rumah. Bell berhentikan keretanya di luar pagar. dahinya sudah berkerut. Takkan tuan heros buat majlis lewat malam begini? Kalau iya pun mesti dia sudah di maklumkan awal-awal lagi. Kalau bab-bab majlis memang dialah yang akan mengatur dari A to Z. Tapi kalau diperhatikan rumah tu biasa-biasa saja tiada hiasan, tiada kata 'selamat datang' tiada apa-apa pun. Hanya seperti biasa.

"Hmm..."

Knock! Knock!

Bell yang terkejut dengan bunyi ketukkan pada cermin keretanya pantas menekan lock untuk mengunci pintu kereta miliknya. Bukan apa, bell trauma dengan apa yang sudah terjadi padanya sebelum ni. Namun dia menghela nafas lega bila melihat wajah uncle ryth. Bell segera keluar dari perut kereta.

Marry Mr.TroubleMakerWhere stories live. Discover now