PART 12 - HECTOR IS BACK

1.1K 90 7
                                    

HOSPITAL HEUTAI CITY
------------

  Tuan collin sedang terlantar lemah di atas katil pesakit dan ditemani brooke.  Beberapa saat kemudian kedengaran pintu dikuak dan seorang konco masuk ke dalam wad lalu mendekati brooke yang sedang berada di sebelah tuan collin.

"Boss panggil saya?" tanya bowl pada brooke yang boleh dikira orang kanan tuan collin.

Brooke memandang bowl seketika dan matanya kembali memandang tuan collin.

"Carlos tahu tentang hal ni?" Kali ni brooke pula menyoal bowl.

"Tahu, masa tu mereka tengah bertengkar boss. Tuan jatuh sakit depan mata tuan carlos tapi tuan carlos hanya biarkan." jawab bowl jujur.

  Brooke menghela nafas perlahan, dia betul-betul tidak menyangka sedalam tu benci carlos pada tuan collin.

"Baiklah kamu boleh pergi." arah brooke pada bowl dan bowl yang mendengar arahan tu terus berlalu pergi meninggalkan brooke bersama tuan collin sendirian di dalam wad.

  Melihat kelibat bowl sudah lesap disebalik pintu brooke membuka briefcase yang berada di genggamannya. Beberapa bukti rakaman cctv yang carlos bersama bellvany di hotel malam tu ditenungnya. Hatinya berbelah bagi samada beri atau rahsiakan perkara ni.

   Namun lamunannya terganggu saat seseorang memasuki wad peribadi tuan collin. Brooke memandang ke arah seseorang itu dan dengan pantas rakaman tu dimasukkan ke dalam briefcase kembali.

"T-tuan carlos.. S-silalah.." Kata brooke yang sudah mulai berdiri memberi peluang kepada carlos untuk duduk.

   Carlos hanya memberi isyarat melalui tangan, bahawa dia hanya singgah sebentar. Brooke hanya mengangguk tanda faham. Carlos merenung ke arah tuan collin dan keadaan menjadi sunyi.

"Brooke." panggil carlos memecahkan kesunyian antara mereka.

"Ya Tuan." Jawab brooke.

"Tolong jaga daddy. Kalau ada apa-apa segera inform pada saya." kata carlos dan terus melangkah pergi. Brooke belum sempat menjawab apa-apa hanya memerhati carlos yang sudah keluar tanpa pamitan.

-----------

  Carlos berjalan perlahan menuju ke wad peribadi milik hezkiel, sesampainya dia dihadapan pintu, pantas tangan carlos menolak daun pintu secara perlahan sebaik pintu terbuka kelihatan hez sedang duduk menonton sesuatu pada telefon pintar sambil mulutnya dipenuhi donat. Hez yang sedar akan kehadiran carlos segera mengangkat tangan dan menunjukkan dua jari tanda 'peace'.

  Carlos hanya membalas dengan jelingan sambil menggelengkan kepala melihat sikap kebudakkan hez.

"Kenapa kau ni?" tanya hez pada carlos yang sedang berjalan ke arahnya.

  Carlos membiarkan persoalan hez sepi tanpa jawapan. Carlos menarik kerusi yang berada di sebelah katil hez kemudian dia melabuhkann punggungnya.

"Hoi! Aku tanya ni.." Hez sekali lagi menyoal bila soalannya tadi di endahkan.

  Carlos kini memandang tajam ke arah hez, renungan tu sudah cukup menunjukkan isyarat tersirat. Hez yang memahami pandangan tu segera memilih untuk diam.

  Keadaan sudah mulai senyap, hez kembali dengan menonton sesuatu pada telefon bimbitnya dan carlos hanyut jauh dengan lamunannya. Entah apa saja yang difikirkan carlos, mata hez sekejap terarah pada carlos kemudian menatap kembali telefon pintar begitulah saja kelakuannya dari tadi.

"Hez.." panggil carlos.

Hez menoleh ke arah carlos.

"Hah."

Marry Mr.TroubleMakerWhere stories live. Discover now