PART 10 - CARLOS VS COLLIN

1K 93 8
                                    

"I said No and the answer is no!! Part mana daddy tidak faham ni?" suara carlos sudah naik senoktah. Cuba melawan apa yang tuan collin arahkan.

"Kau harus kahwin!! Hidup kau takkan berubah kalau kau terus begini carlos." Balas tuan collin tidak mahu mengalah.

Carlos memandang tajam ke arah tuan collin.

"Apa yang daddy faham tentang hidup? Hidup daddy sendiri pun tidak pernah teratur!! And now daddy mahu bercakap tentang hidup saya?!!"

Pang! Satu tamparan menyinggah di pipi carlos, ni bukan pertama kalinya tuan collin sampai tangan pada anak sulungnya.  Riak bersahaja carlos kembali memandang ke arah tuan collin.

"Puas?"

"Kau." Belum sempat ayat seterusnya ditutur, seorang konco datang mendekati tuan collin dengan membawa telefon bimbit.

"Tuan, ada panggilan dari tuan heros."

   Mendengar nama yang di sebut tadi serentak membuatkan tuan collin menghentikan perbalahan antara dia dan carlos. Pandangan tajam tuan collin terarah pada carlos tanda amaran.  Usai menghantar isyarat melalui pandangan mata, tuan collin pergi meninggalkan carlos seorang diri di ruang tamu.

   Tuan collin mula berjalan menuju ke beranda. Telefon bimbit sudah bertukar tangan, isyarat meminta para konconya pergi membiarkan dia sendirian hanya disambut dengan anggukan.

"Hey.. Heyy.. Apa khabar sahabat ku heros." Ujar tuan collin setelah melihat para konconya pergi.

"Baik sahabatku collin.." Jawab tuan heros dengan nada yang sayu. Tuan collin yang mendengar suara tuan heros merasa pelik.

"Macam ada masalah saja ni? Everything okey heros?"

Keadaan menjadi senyap seketika..

"Heros?" Panggil tuan collin soalannya hanya dibalas sepi.

"Saya perlukan bantuan kamu collin. Bellvany mungkin dalam masalah semasa dia berada di bandar."

Tuan collin terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh tuan heros.

"Maksud kau?"

Tuan heros menghela nafas lemah.

"Saya ada nampak kesan lebam pada leher bellvany, tangannya juga seperti kena cakar. Aku risau collin, bellvany tidak pernah begini.."

"Aku faham heros.. Aku akan bantu kau menyiasat hal ni."

"Terima kasih collin.."

"Kau sahabat aku heros, apa pun masalah kau ianya akan jadi masalah aku. Kau janganlah risau, kau rehat tenangkan hati dan fikiran kau k."

"Baiklah." usai menutur ayat tersebut panggilan segera dimatikan.

   Tuan collin mulakan langkah untuk kembali ke ruang tamu, namun kelibat carlos tidak lagi kelihatan. Seorang konco datang ke arah tuan collin dan menyambut telefon bimbit yang di hulur tuan collin.

"Brooke, saya mahu kau siasat sesuatu."

Konco yang dikenali sebagai brooke mendekatkan dirinya pada tuan collin. Brooke mengambil perhatian terhadap apa yang di arahkan.

"Ingat lagi tuan heros?" Soal tuan collin pada brooke.

Brooke cuba mengingati dan beberapa saat kemudian dia mengangguk.

"Cuba lihat pada mesej yang tuan heros kirimkan." Arah tuan collin pada brooke.

Brooke hanya menuruti. Dia membuka mesej yang dihantar oleh tuan heros, sebaik di tekan terpapar sebuah gambar seorang gadis yang sedang memegang bunga, terukir manis senyuman pada bibirnya.

"Siasat apa yang berlaku sewaktu dia berada di bandar. Dengan siapa dia keluar, siapa kawan dia, siapa yang bersama dia. Siasat semua dan maklumkan pada saya esok."

Brooke mengangguk dan terus pergi sebaik arahan habis dituturkan.

Marry Mr.TroubleMakerWhere stories live. Discover now