PART 21 - COLLIN PLAN

1K 76 9
                                    

Sepanjang pemanduan bellvany yang tanpa arah tujuan itu, fikirannya tidak menentu dan bellvany memutuskan untuk berhenti sebentar di bahu jalan. Pintu kereta dikuak dan bellvany segera keluar untuk mengambil angin, tubuhnya disandar pada pintu kereta.

  Wajahnya mendongak ke langit dan dengan perlahan bellvany menghela nafas.

"he hate me.." bisik bell perlahan lalu dia menggeleng kepala untuk beberapa kali.

"Kenapa saya pula kena fikir pasal dia. Sudahlah tu jangan fikir sama orang yang nda fikir pun pasal kau bell. Lupakan, lupakan, lupakan." 

    Handle pintu kereta dipegang namun baru saja dia mahu membuka pintu kereta, bunyi deruan enjin kereta mercedes muncul sekaligus mematikan niat bell untuk kembali masuk ke dalam perut kereta.  Bell kembali berdiri tegak sambil matanya galak memerhati manusia yang bakal keluar dari kereta mercedes tu.

   Seperti yang dijangka beberapa minit kemudian pintu kereta tu dibuka lalu keluarlah gerangan manusia yang dinantikan oleh bellvany, tapi setelah mengetahui siapa wajah bellvany menunjukkan mimik muka yang tidak berpuas hati.

"What are you doing here carlos?! Kau sepatutnya duduk di rumah jaga daddy kau yang sakit."

"Shut Up bell! Kalau daddy kau nda suruh aku cari kau, kau ingat aku mahukah cari kau!. Kau ni menyusahkan saja!!."

Bellvany mengetap bibirnya tanda geram.

"Kalau ya pun nda payahlah menjerit-jerit  kalau bercakap. Saya ni belum pekak."

Carlos angkat kening kirinya ditenungnya wajah bellvany. Keadaan tu buatkan bell tidak selesa untuk lebih lama lagi berdiri di hadapan carlos. Segera dia mencari alasan agar bisa lolos dari manusia bengis ni.

"Kau baliklah dulu, saya ada mau pergi satu tempat ni."

"Pergi mana?" soal carlos.

"Adalah. Kasitau saja daddy saya dia faham dan tahu sudah tu."

Carlos jadi panas bila soalannya tidak di jawab dengan jawapan yang memuaskan, pantas tangan bellvany di tarik lalu di genggam kuat.

"Aku tanya kau pergi mana, bukan aku mahu dengar kau mengarah-arah aku!!." kata carlos dengan nada berteriak dekat wajah bellvany.

"Carlos let me go bah.  Jangan buat saya macam ni." ujar bellvany sambil meronta-ronta di dalam genggaman carlos.

"Jawab dlu pertanyaan aku, kau mahu pergi mana!!"

Pegangan carlos semakin ketat buatkan bellvany dalam kesakitan.

"Sakit carlos. Lepaslah.."

"Selagi kau tidak jawab soalan saya selagi tu aku terus buat begini."

Bellvany mengumpulkan seluruh tenaganya lalu menepis tangan carlos. Tubuh carlos terundur sedikit  kebelakang saat bellvany menolaknya.

"Fine!! Seksalah saya, alang-alang bah kau buat begini. Kau bunuh saja saya! Dari awal kau memang suka menyeksa saya kan!! Daripada kau seksa saya bagus kau bunuh saja saya, mungkin puaslah hati kau sana."

"HAHAHA! apa? Bunuh kau? Noolah.. Tiada keseronokkan aku bila buat kau mati awal. Hmm.. Don't you forget bah dear kita mahu kahwin sabtu ni."

   Mata Bellvany mula berkaca-kaca, bibirnya tidak mampu lagi mengungkap apa-apa perkataan. Carlos cukup kejam dan tiada apa-apa ayat yang mampu menggambarkan betapa jahatnya dan betapa tidak berperikemanusiaannya diri carlos.

   Bellvany segera masuk kedalam kereta, hidupkan enjin lalu pergi meninggalkan carlos sendiran di tepi jalan, carlos hanya memerhati kereta yang dipandu bell sehingga bayangannya hilang dari pandangan mata.

*******

   Bellvany memakir keretanya di hadapan rumah anak-anak yatim ceria. Dia tidak tahu hendak pergi kemana dan ini adalah satu-satunya destinasi yang terlintas di fikirannya saat dalam perjalanan tadi. Setelah enjin dimatikan bellvany segera  melangkah menuju ke rumah anak yatim ceria. Sambutan yang diberi oleh kanak-kanak yang berada dalam rumah tu membuatkan bellvany lupa seketika akan masalahnya.

"Mummy belll!!" jerit hames saat keluar dari kamarnya dan berlari mendapatkan bellvany.

"Hames rindu mummy bell?"

"Rindu sangat.."

"Alolo. Sorrylah sayang.. Mummy bell sibuk sejak kebelakangan ni."

"Tu saja mummy bell selalu cakap. Malas hames dengar. Hurmm."  kata hames sambil memuncungkan bibir mungilnya. Bellvany tertawa kecil. Gaya hames betul-betul mencuit hatinya.

"Okey macam nilah.. Mummy masak kek coklat favourite hames tapi dengan syarat hames jangan merajuk."

Hames merenung ke arah bellvany untuk beberapa saat kemudian bibirnya mengukir senyuman manis.

"Okey mummy bell."  Ujar hames sambil mengenyitkan matanya. Bellvany hanya tertawa melihat gelagat hames. Sungguh segala masalahnya hilang untuk seketika.

*********

  Perlahan-lahan mata tuan collin terbuka. Dia memerhati keadaan sekeliling biliknya tiada sesiapa disitu, dia mahu wajah pertama yang dia lihat ialah wajah carlos.  Namun hampa wajah yang dicarinya tiada. Dia menghela nafas menahan diri dari sebak.

"Brooke." panggil tuan collin namun brooke belum muncul lalu tuan collin cuba untuk bangun dari katil, tapi kembali rebah bila tubuhnya masih lemah.

"Brooke.." sekali lagi tuan collin memangil dan beberapa saat kedengaran pintu dikuak. Berlari brooke mendapatkan tuan collin.

"Tuan tolong jangan banyak bergerak tuan, keadaan tuan belum pulih lagi."

Tuan collin mengangguk dan dia menepuk bahu brooke beberapa kali.

"Brooke, mana carlos?" tanya tuan collin. Brooke yang membetulkan bantal tuan collin mula buka mulut tentang hal yang dilihatnya siang tadi.

"Tadi masa tuan tidak sedarkan diri ada pertengkaran kecil antara cik bell dan carlos. Selepas tu saya nampak cik bell pergi dan sejurus selepas tu saya nampak carlos juga pergi."

"kamu tahu dorang bertengkar pasal apa?"

"Eermm.. Tak pasti tuan."

"Oh.. Tidak apalah kalau begitu. Tuan heros mana?"

"Ada dibilik dia. Tuan mahu saya panggilkan?"

"Tak apalah jangan ganggu dia sudah lewat ni biar dia berehat. Kau pun pergilah berehat. Esok saya mahu kamu ke bandar untuk selesaikan sesuatu."

Brooke hanya mengangguk dan sebelum dia beredar brooke membetulkan selimut tuan collin dan kemudian keluar.

  Tuan collin memejamkann mata setelah melihat kelibat brooke sudah menghilang disebalik pintu. Kemudian matanya merenung siling dan apa yang terjadi esok adalah keputusan yang harus dia buat.

******

Marry Mr.TroubleMakerWhere stories live. Discover now