PART 11 - FAMILY

1.1K 91 12
                                    

Bellvany duduk di satu sudut kolam renang, kaki sengaja di rendam agar dapat bermain dengan air. Fikirannya jauh melayang dalam masa yang sama airmatanya turut mengalir. Bell terbuai dengan dunianya tanpa sedar bahu bell disentuh dari arah belakang. Terperanjat bell lalu segera menoleh.

"Daddy.." Panggil bell segera menghapuskan airmata yang tersisa di pipi.

"Bell okey?" tanya tuan heros, dia risau dengan keadaan bell sejak bell pulang dari bandar haritu. Anak bongsunya selalu bersendiri dan menangis.

"Ya.. Bell okey.. Hehehhe." balas bellvany sambil pura-pura mengukir senyuman. Dia tahu tuan heros tengah risaukan dia.

"Jangan tipu daddy.. I know you.."

Tuan heros meletakkan tongkatnya di tepi lalu mengambil tempat duduk bersebelahan bellvany.

"Daddyy.. Jangan rendam kaki tu nanti sakit laahh.."

Tuan heros sengaja tidak dengar apa yang bellvany katakan, dia terus merendam kakinya dan bermain air.

"weeee...wweeeee.." tuan heros menghayunkan kakinya ke kiri dan kanan sesekali percikkan air kolam tu terkena pada bell.

"Daddy!"

Tuan heros hanya ketawa, sudah lama dia tidak bergurau begini dengan bellvany. Keceriaan anak gadis kesayangannya tiba-tiba lesap sejak kepulangannya, Dan itu membuatnya sunyi.

"Daddy gurau jak.. Bell jarang bawa daddy bergurau sudah tu yang daddy kacau bell."

  Bellvany mendengar luahan tuan heros terus memeluk tuan heros. Bell jadi sebak dan menangis semahunya di dalam dakapan seorang ayah.

   Tuan heros hanya membiarkan bellvany berkeadaan begitu meskipun dia tidak tahu apa yang bellvany sedang sembunyikan mungkin pelukkan ni boleh melegakan hatinya yang sedang kesedihan.  Tuan heros mengusap lembut rambut panjang bell.

"Everything okey sayang?"

Bellvany menggeleng.

"Then tell me. Manatau daddy boleh tolong bell."

Sekali lagi bellvany menggeleng.

"Bell.. Jangan buat daddy risau, please?"

Bell mengangkat wajahnya dan memandang tuan heros.

"I'm sorry daddy.."

Tuan heros mengusap airmata bellvany. Sempat tuan heros mencuit hidung bell.

"for what?"

Bellvany kembali tundukkan wajahnya.

"For everything.."

Tuan heros ketawa kecil.

"Okey tapi dengann satu syarat?"

Bellvany terus beri pandangan pelik pada tuan heros. Tuan heros seakan memahami pandangan bell.

"Bell kena kembali macam dulu. Daddy mahu bell yang ceria, yang selalu ketawa, selalu usik daddy, jangan buat daddy rasa yang daddy sedang hilang anak bongsu daddy ni."

Airmata bellvany kembali deras mengalir sambil menganggukkan kepala.

"Okey daddy.."

"Pinky promise?"

Tuan heros sudah menunjukkan jari kelinking. Bellvany juga buat benda yang sama. Mereka temukan dua jari dan saling berjanji. Bibir bell mengukir senyuman begitu juga dengan tuan heros.

  -----------

  -----------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Marry Mr.TroubleMakerWhere stories live. Discover now