002

7.5K 400 121
                                    

"Kang Areum" bahu aku digoyangkan lembut.

Aku yang sedang membaringkan kepala di atas meja beralaskan kedua dua tangan yang disilang rasa terganggu dengan sentuhan itu.

Aku terus angkat kepala dan menoleh ke arah tepi aku. Pandangan menjengkelkan aku berikan kepada Woozi yang sedang menatap wajah aku.

Ni Woozi. Deskmate aku.

"Apa kau nak cibai ?" aku menyoal malas.

Sudah lah aku takde mood lepas apa yang jadi di antara aku dan Jimin sebentar tadi. Ini kan pulak Woozi nak kacau aku yang cuba tenangkan diri ni.

Serabut tahu tak ?

"Cuba kau tengok ni Areum" Woozi menunjukkan telefon pintarnya kepada aku.

Aku menggulingkan mata ke atas. Punyalah aku ingat penting sangat benda yang dia cuba untuk beritahu aku. Ni mesti dia nak tunjuk game baru dia.

"Kalau pasal game baru kau , aku malas nak ambil tahu. Get lost , Woozi" baru je aku nak baringkan balik kepala atas meja , pantas tangan pendek dia tu tahan bahu aku.

"Kau nak apa lagi ha ?" pandangan tajam aku berikan kepada dia.

"Kang Areum , aku rasa kau patut tengok benda ni"

Sebelah kening aku terangkat mendengar kata kata lelaki itu. Nampak gaya muka dia serious semacam. Aku tak rasa benda yang dia cuba nak sampaikan ni benda remeh.

Aku mula member perhatian sepenuhnya kepada dia. Skrin telefon yang dia tunjukkan kepada aku itu aku mula tatap. Mata aku mula membulat.

Ianya video aku dan Jimin sebentar tadi.

Video di mana aku yang ingin meluahkan perasaan cinta kepada Jimin dan akhirnya ditolak mentah mentah sebegitu sahaja oleh jejaka popular di sekolah ini.

"Ada orang rakam video kau dan aku syak ni member member Jimin. Diorang post dekat group chat batch kita" jelas Woozi.

Aku terpana buat seketika.

Tak mampu nak katakan apa apa lagi tentang hal ini. Patutlah ramai budak kelas aku tadi pandang aku lain macam. Ada yang gelak gelak tengok aku semua.

Rupanya sebab lelaki bernama Park Jimin ni.

Lelaki yang hanya mementingkan kesempurnaan sahaja di dalam hidup dia. Lelaki kacak , pandai , kaya dan popular.

Nampak macam bodoh , tapi aku jatuh cinta dengan dia 10 bulan yang lalu.

Aku melepaskan keluhan berat lalu meraup wajah aku kasar. Dah takde guna dah kalau aku nak putarkan balik masa ke belakang dan baiki apa yang terjadi.

Sebab aku takde peluang untuk buat macam tu.

"Hey Areum , chill lah. Jangan lah sedih sangat , aku tahu benda ni sekejap je. Lama lama nanti senyap lah dorang tu" Woozi di sebelah cuba memujuk aku sambil memegang bahu aku lembut.

Aku menutup kedua dua belah mata aku dengan telapak tangan aku. Siku aku pula ditahan di atas meja sebagai penyokong kepala aku tidak jatuh.

Melihatkan sahaja aku yang tidak memberi sebarang reaksi atau respon kepada kata kata Woozi sebentar tadi. Dia mula gigit bibir bawahnya. Jelas menunjukkan dia rasa bersalah.

"Tulah , apahal kau suka dia bodoh ? Aku dah cakap jangan suka orang sebab rupa ha inilah perempuan" Woozi mula membebel.

Aku hanya mendiamkan diri.

Woozi , kawan baik aku sendiri pun tak faham aku. Inikan pulak diri aku sendiri. Aku sendiri tak dapat nak jelaskan macam mana aku boleh jatuh cinta dengan lelaki itu.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now