007

5K 378 207
                                    

"Tunggu , ni semua tak make sense langsung kau tahu tak ?!" aku menjengilkan mata memandang ke arah Jungkook yang berada di sebelah aku.

Sekarang aku dan Jungkook berada di dalam sebuah kereta di bahagian seat penumpang. Selepas sahaja habis contract apa semua , Encik Jang suruh staff dia hantar kami balik.

"Maksud kau ?" Jungkook memandang aku dengan sebelah keningnya terangkat ke atas.

"Macam mana pulak kau boleh jadi ciptaan diorang tu ? Jadi maknanya kau ni robot lah kan ?" aku menekup mulut dengan kedua dua belah tangan.

"No Areum , aku ni manusia"

"Habistu bukan Encik Jang kata tadi..."

"Bagitahu jelah aku yang kau sebenarnya masih tak faham dengan apa yang orang tua tu cakapkan kan ?"

Aku terdiam. Betul lah tu. Aku pening sebenarnya.

"Aku ni manusia. Tapi cuma aku ada kebolehan yang luar biasa. Aku boleh dikatakan antara ciptaan yang paling sempurna. Aku ada kepantasan yang luar biasa , kekuatan yang luar biasa dan kebijaksanaan yang luar biasa. Tapi aku masih manusia. Cuma aku dianggap seperti robot"

Aku hanya mengangguk kepala faham dengan apa yang dijelaskan oleh Jungkook ini.

Keadaan menjadi sunyi sepi buat seketika di antara aku dan Jungkook sebelum Jungkook mula berdehem perlahan membuatkan aku memandangnya semula.

"By the way , mulai malam ni aku akan tinggal di rumah kau"

"Tunggu , apa ?!" mata aku membulat memandangnya.

"Well you know , aku dah jadi milik kau sekarang and kau patut bela aku macam haiwan peliharaan kau. Ada rumah semua tu. Dan rumah kau macam cukup besar untuk kita berdua tinggal"

"No way , omma dan appa aku akan balik bila bila masa je kau tau tak ?"

"Oh yeah ? Tapi aku tak rasa diorang akan balik malam ni kan ?" dia mengenyitkan sebelah matanya kepada aku.

Aku terdiam.

"Well you know what Kang Areum , I'm all yours now. Jadi kau kena jaga aku baik baik dan aku akan berikan segalanya yang terbaik untuk kau"

"Why would you ?"

Dia memberikan pandangan redup kepada aku. Anak matanya menatap ke dalam anak mata aku membuatkan aku terkebil kebil memandangnya.

"Sebab aku diciptakan dalam dunia ni hanya untuk bahagiakan kau , Kang Areum"

Aku tergamam.

"Tak kira lah kau suka ke tak suka ke , aku tetap akan jaga kau selama sebulan. Dan dalam masa sebulan tu jugak aku akan jadikan kau seorang perempuan yang sangat bahagia dalam dunia ni"

Aku tak tahu kenapa aku tak mampu nak keluarkan sebarang ayat kepada lelaki bernama Jungkook ini. Tubuh aku jadi kaku.

Dan aku tenggelam dalam pandangannya.

"Kenapa kau pandang aku macam tu ?" dia menyoalku.

Aku geleng kepala perlahan dan mula meloloskan diri di tempat duduk. "Ta-tak ada apa apa"

Keadaan menjadi sunyi sepi di antara aku dan Jungkook sekali lagi. Kedua dua kami saling mendiamkan diri. Tak tahu nak berbual tentang apa lagi.

Aku dah lah baru kenal dia dan sekarang ni aku kena biarkan dia tinggal bersama aku dalam rumah aku ? Ini sudah semestinya kera gila !

Mata aku membulat apabila tangannya memegang sisi kepala kiri aku dan menarik kepala aku perlahan sebelum mendaratkan kepala aku di atas bahunya.

"Ju-Jungkook..." aku cuba untuk mendongakkan wajah untuk memandangnya.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now