013

4K 253 75
                                    

"Fuck you Kang Areum" Jungkook mencarut kuat kepada aku.

Aku hanya menggulingkan mata ke atas. Malas nak layan budak terencat tu. Siapa suruh buat aku kecut lagi , ha tengok dah kena sebijik.

Kau bayangkan lah , bila kau berduaan dengan lelaki yang entah baru kau kenal lepastu dia cakap macam nak rogol kau. Tak ke kecut kau jadinya ?

Aku pandang sekilas ke arah Jungkook yang tengah menahan perit sambil mengepit kedua dua belah kakinya itu. Tangannya pula elok sahaja memegang bahagian 'bawah' itu sakit.

"Lain kali jangan nak tunjuk berani sangat cakap macam tu" aku jeling dia tajam.

Dia angkat kepalanya perlahan dan memandang aku. Dia berikan pandangan tajam kepada aku.

Ha kau fikir aku takut ? Aku buat muka selamba je. Buat donno je. Buat apa aku nak terkesan dengan pandangan dia tu kan ?

"Kau ni memang kejam lah Areum" ujarnya perlahan.

Aku mula bercekak pinggang di hadapan Jungkook. Wajah tegang dan marah aku berikan kepada lelaki itu. Dia jeling aku sekilas sebelum merengus kasar.

"Daripada kau mengeluh tak habis habis ni , baik kau tolong aku cari jalan macam mana nak keluarkan kita berdua daripada tempat ni" arahku tegas.

Dia hanya mendiamkan diri. Tidak langsung ingin memandang wajah aku , ini kan pula dia ingin menjawab kata kata aku memang tak lah.

Aku melepaskan keluhan berat.

Malas nak fikir lebih pasal budak gila sorang tu , aku terus melangkah meninggalkan dia. Segenap ruang stor sukan ini aku perhatikan.

Cuba untuk memikirkan sebarang idea bernas untuk mengeluarkan aku dan Jungkook daripada sini.

Aku tahu , sebenarnya Jungkook boleh je robohkan pintu tu. Tapi dia tak nak. Katanya kelebihan yang diberikan kepada dia bukannya untuk rosakkan harta benda sekolah.

Entah sejak bila dia jadi budak baik.

Kalau nak pakai telefon pulak , ada dekat dalam beg dan bagusnya beg aku ada dekat luar. Memang mustahil lah aku dengan Jungkook dapat keluar daripada sini.

Aku mengeluh.

Aku memejam mata rapat. Kepala aku diangkat perlahan dan aku cuba untuk meregangkan otot kepala. Buka sahaja mata , pergerakan aku terhenti.

"Dah jumpa !" aku tersenyum lebar.

Tatkala mata aku tertancap pada sebuah tingkap yang agak besar dan terletak di dinding tinggi itu.

Aku boleh gunakan alternatif itu untuk keluar daripada sini !

"Jungkook ! Jungkook !" aku berlari ke arah Jungkook yang sedang duduk di lantai itu.

Dia mengerutkan dahinya memandang aku yang dah berpeluh peluh satu badan. Termengah mengah aku dibuatnya kerana belari laju.

"Kau apahal ?" dia pandang aku atas bawah pelik.

"A-Aku ada jumpa satu tingkap besar dan ki-kita berdua boleh keluar daripada sini" tersekat sekat aku cuba untuk menjelaskan tentang apa yang aku nampak di hadapannya.

Dia terus bangkit daripada duduk dan berdiri betul betul di hadapan aku. Pandangan redupnya diberikan kepada aku sekali lagi.

"Kenapa kau tergesa gesa nak sangat keluar daripada sini ? Tak boleh ke kita tunggu sekejap sampai pakcik guard datang round and kita suruh dia tolong bukakan pintu lepastu—"

"Jangan cakap dekat aku yang kau nak tunggu dekat sini lebih lama !"

"Kenapa ? Tak boleh ?"

Aku mengeluh. "Jeon Jungkook , kau faham tak sekarang ni yang aku nak balik ?"

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkDonde viven las historias. Descúbrelo ahora